Baru sahaja ingin kembali kepada dunia lakonan, Sharifah Haslinda ataupu Lynn Al-Khaired khabarnya bakal bercerai dengan suaminya Datuk Seri Reezal Merican iaitu Timbalan Menteri Luar.
Sebutan kes mereka juga telah diadakan kira-kira jam 3 petang tadi di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat. Lynn bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili oleh peguam beliau.
Buat masa ini Lynn tidak mahu memberikan sebarang kenyataan lanjut berkaitan isu tersebut dan sebutan semula kes mereka telah ditetapkan pada 2 Disember hadapan.
Lynn dan Reezal mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2005. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Erm.. agak terkejut juga kami mendengar berita ini, rasanya baru sahaja haritu menonton rancangan Datin Masak Datuk Suka dan mereka kelihatan sangat menghargai antara satu sama lain.