Written by AbangNara | February 4th, 2015

Hati ayah mana yang tidak terharu apabila anak sendiri tampil mempertahankan dirinya dengan menepis tohmahan dan fitnah daripada ibu tiri sendiri. Buat anda yang tidak tahu, baru-baru ini anak sulung Awie hasil perkahwinannya dengan Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha telah memuatnaik status yang mem’backup’ ayahnya dan mendakwa segala kata-kata Rozana Misbun adalah palsu semata-mata. Kata orang, kanak-kanak tak pandai menipu. Apa yang ditulisnya, itulah kenyataan.

aleeya antasha

Awie jelas terharu dengan apa yang telah dilakukan oleh anaknya yang berusia 15 tahun itu. Kalau ada yang terfikir Awie sengaja menyuruhnya anaknya berbuat demikian, sila padamkan fikiran anda itu. Awie tak pernah sekali pun menyuruh/memaksa anaknya membuat kenyataan sebegitu. Ia lahir dari hati Aleeya sendiri. Kata Awie:-

Luluh sebenarnya hati saya apabila membaca posting yang dimuatnaik olehnya (Aleeya) itu. Sampai menitis air mata saya. Tidak sangka dia sanggup berbuat demikian demi untuk pertahankan saya.

Apapun, dia sudah besar. Dia sudah 15 tahun. Dia beritahu saya dia muatnaikkan status berkenaan kerana dia sudah tidak tahan lagi apabila membaca kenyataan dari pihak sebelah sana dan dia mahu ceritakan keadaan yang sebenar.

Bayangkan seorang anak yang saya tidak ajar untuk berbuat demikian, tiba-tiba buat macam itu? Dan selalunya, yang akan pertahankan saya adalah anak perempuan saya yang kedua iaitu Putri Aleefa Antasha, 11. Tapi, inilah kali pertama dia berbuat demikian

aleeya antasha

Sebenarnya sedih juga dengan kemelut yang sedang melanda keluarga Awie ini. Habis semua cerita dalam kelambu terbuka. Lagi sedih apabila anak-anak yang masih kecil turut masuk campur. Sukar nak cakap siapa betul siapa salah. Cuma Abang Nara berharap segala permasalahan mereka dapat diselesaikan secepat mungkin. Kalau berlarutan, makin banyak pekung yang terbuka. Siapa yang malu? Awie dan keluarga mereka juga. Sumber portal Murai.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 responses to Luluh Hati Saya Baca Baca Status Aleeya – Awie

    • K.A.A says:

      kasih sayang anak kat ayah dia…

      0

      0
      • Anonymous says:

        nt qaseh antasha bsar mungkin dia akan bela mak dia.,aleeya bela ayah dia.,sbg anak,ank pepuan,mmg rapat dgn ayah kita..masa kes arni dlu aleeya kecik lagi..masa tu la bru boleh kata budak x pndai mnipu..15 dh tua bangka dh..x sesuai nk kata budak2.. satu je nk puji.,aleeya cantik,sbijik arni..

        0

        0
    • Anonymous says:

      we trust & support u awie… ;)

      0

      0
  1. Dafi Gayah says:

    kesian awie….

    0

    0
  2. HAMBA ALLAH says:

    ANAK2 NI JARANG NAK MASUK CAMPUR JIKA SALAH SEORANG IBU ATAU BAPAK MEREKA DI AIBKAN. JADI BILA ALEEYA TELAH MEMUAT NAIK STATUS MEMPERTAHANKAN BAPA NYA AWIE, ITU ADALAH ISYARAT KEPADA KITA BAHAWA HENTI2 KAN LAH MELEMPARKAN KATA2 NISTA PADA BAPA NYA KERANA SEBAGAI SEORANG ANAK, TENTU NYA ALEEYA LEBIH MENGENALI BAPA NYA AWIE SERTA IBU TIRI NYA ROZANA. KESIAN SEBANAR NYA BILA ANAK2 TERASA TEMPIAS NYA BILA SALAH SEORANG IBU ATAU BAPA MEREKA DI HINA SERTA DI PERSALAHKAN DI ATAS PERKARA YANG TAK SEPATUT NYA. BUDAK2 NI MEMANG TAK PANDAI MENIPU, JADI SEBAGAI ANAK DARA PADA AWIE MUNGKIN ALEEYA TERASA TEMPIAS DAN KEMELUT YANG DIHADAPI BAPA NYA AWIE ITU. SABAR LAH, KERANA SETIAP MASALAH ADA JALAN KELUAR NYA.. AAMIIN YA ROBB.

    0

    0
  3. […] Bayangkan seorang anak yang saya tidak ajar untuk berbuat demikian, tiba-tiba buat macam itu? Dan selalunya, yang …read more […]

    0

    0
  4. Azrain says:

    umur 15 tahun masih kanak-kanak ke?rasanya time besar tu dah pandai kot menipu tp takde la nak tuju kat dia ni (play safe…haha)

    0

    0
    • Zu Mohd says:

      Maaf ya…pesal ramai benar dislike komen si azrain nih?
      betol pe kate die, 15 tahun tuh bukan level kanak-kanak ribena ok
      da leh jd bini org ler kalo idop zaman dolu
      maka, statement abg nara:
      “kanak-kanak tak pandai menipu”
      kurang tepat dlm kes ini
      bukan nak kate anak awie nih menipu ya…
      tp sesape pun yg sudah mencapai tahap umur remaja otak pun cerdas tipu sikit2 tuh ujung jari jek…

      0

      0
  5. mayang sari says:

    Alhamdulillah..wan maimunah dah xkena ragut lagi..

    0

    0
  6. rianda says:

    ye ke tu awie? ke guna fb anak nak defend diri? ke pujuk anak? lolz. pelakon.apa sgt la nk baca script kan

    0

    0
  7. Kiah Propa says:

    Kalau saya ada kat tempat awie pn sye rse sebak jugak…selalu nya anak perempuan bila da meningkat dewasa akan segan dengan ayah dan akan lebih rapat dengan ibu.tetapi dalam situasi ni kita dapat lihat mungkin awie seorang ayah yang baik, rapat dengan anak2, pandai amek ati mereka..saya salute die boleh layan sume kerenah anak2 nya…semoga mereka menemui kebahagian yang berkekalan..jika tidak jumpa jodoh selepas ini pun xpe, anak2 lagi perlu perhatian awie…

    0

    0
  8. Anonymous says:

    aku rasa mmg anak dia yg tulis status tu sbb cara penulisan mmg mcm budak pompuan belasan tahun. dan aku rasa mmg awie ni bapa yg bertanggungjwb dan penyayang. sbb dari dulu lagi mmg dia fight utk anak2 dia. TAPI awie bukanlah suami mithali. apa2 pun arni dah bahagia…bye :-)

    0

    0
  9. lalalla says:

    anak sulung Awie hasil perkahwinannya dengan Arni Nazira … Ok. Rozana tu “Mak tiri” anak dia. Nampak tak permainan awie? :)

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Kalo mmg awie yg suruh memang busuk perangai awie ni…
    Kalo budak tu yg wat sendiri.. mmm budak2 fikir x panjang lagi lebih lak utk MAK TIRI…
    agak2 kalo mak dia sendiri sanggup ke dia kata cam tu…
    Dah ada org gaji , ramai yg suruh orang gaji wat.. tp tak bermakna lepas tanggung jawab….

    0

    0
    • anon says:

      aku ade org gaji, tapi aku tak bagi dia sentuh anak2 aku sb aku tak percaya dgn dia, lagipun aku tak kerja. Anak2 adelah harta yg tak ternilai bagi aku. So aku jaga mereka mcm menatang minyak yg penuh. Nak mandikan anak ke, masak ke, aku yg buat. Org gaji buat bende2 lain spt cuci baju, bersih/mop rumah.

      0

      0
  11. kejong says:

    saya dapat rasa keikhlasan penulisan budak ni….

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Seorang anak akan mempertahankan siapa yang mengambil berat dan sayangi mereka . Adakalanya pengasuh dan keluarga angkat yang mencurahkan kasih sayang kepada mereka akan disayangi lebih dari kedua ibu bapa yang hanya lebih menumpukan kepada kerjaya. Dalam kes Awie ni rasanya Aleeya meluahkan perasaan dia kerana menghargai dan menyayangi Awie yang selalu mengambil berat tentang dirinya. Tak semudah itu untuk dia meluahkannya kecuali jika dia benar2 tertekan dengan keadaan sekeliling dan tidak mahu berjauhan dari Awie. Selalunya kanak2 lebih suka meluahkannya melalui tulisan dari ucapan . Sebab tu jika hendak tahu perasaan kanak2 yang lebih kecil lihat la pada lakaran yang mereka lukis. Bagi yang lebih dewasa pada tulisan yang mereka luahkan.

    0

    0
  13. bored says:

    This situation is so screwed up

    0

    0
  14. ayayayya says:

    Awie ni jadi camni sejak bukak kelab tu dulu. Hidup porak peranda. Bila orang tegur melenting. Balasan dari Tuhan tak terjawab kau.

    0

    0
  15. akaq pot pet says:

    tak payahlah nak mencemuh sangat awie dapat balasan dari Tuhan. Kadang2 Tuhan turunkan azab sengsara kat dunia sebagai peringatan dan tanda Dia sayangi kita dan mahu kita pulang ke pangkal jalan. Kita patut lebih risau kalau hidup penuh dosa tapi tak kena azab pun.. Maknanya azab besar menunggu dalam kubur nanti.. na’uuzubillah

    0

    0
  16. annonymous says:

    Anak2 Rozana dgn awie masih kecik2 lagi tak boleh nak bela mak diorang yg lagi teruk diaibkan dan kena belasah…

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Anak Awie dgn arni agaknye bertepuk sorak sakan tgk mak tiri kena belasah ……

    0

    0