Ketika awal perkahwinannya dengan Ashraf Muslim, Wan Sakinah bertubi-tubi dikritik, dikecam dan dituduh perampas serta pemusnah kebahagiaan rumah tangga. Itu perkara biasa yang harus ditempuhi setiap insan yang bergelar isteri kedua. Namun lama-kelamaan, orang ramai sudah dapat menerima hakikat apatah lagi selepas melihat kebahagiaan dan kemesraan yang terpancar antara Wan Sakinah, Dayana dan Ashraf Muslim ketika menyambut puteri sulung dalam kehidupan mereka.
Mungkin ada sesetengah pihak yang masih tidak putus-putus mengecam dan tidak gembira melihat kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh mereka sehingga membuatkan Wan Sakinah meluahkan kata-kata semangat buat anaknya, Sarah Ashraf. Tulis Wan Sakinah menerusi akaun Instagramnya:-
Sarah sayang… Kat dunia ni ramai yg marah ibu. Ramai yg benci pun. Tp sarah jgn risau.. Ibu, ayah & mama sayang sgt kat sarah. Ibu mntk maaf, sebab ibu, sarah pun terkena tempiasnya. Ibu tau ramai doa yg bkn2 utk anak ibu ni. Tp insyaAllah, anak ibu, Sarah Ashraf bt Mohd Ashraf ni dipelihara & dilindungi Allah dunia & akhirat. Jd anak yg solehah sayang yea.. #sarahashraf
Nasihat Abang Nara, walau sebenci mana pun kita terhadap seseorang, jangan libatkan anak mereka yang suci dan tidak tahu apa-apa. Lagipun Abang Nara rasa Ashraf Muslim dah berjaya membuktikan bahawa hidup berpoligami yang diamalkan olehnya amat adil dan membawa kebahagiaan kepada kedua-dua isteri. Marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik buat mereka. Kesian pula tengok Wan Sakinah yang masih tertekan. Semoga ia tidak menganggu proses menjaga anak.
P.S: Produk “best seller” MisClaire best sellers kini kembali dengan saiz yang lebih besar. Berita baik untuk pembaca BeautifulNara, anda cuma masukkan kod promosi “MCNARABEST10” ketika membuat pembelian untuk menikmati diskaun tambahan sebanyak 10%. Terbaik kan? Layari www.misclaire.com, Instagram MisClaire dan Facebook MisClaire sekarang juga untuk melihat pelbagai pilihan pakaian yang cantik menarik.