Kami masih tak menonton filem 2 Alam so kami tak berani nak komen apa-apa tentang filem tersebut. Dengar ceritanya kutipan filem 2 Alam di hari pertama tayangan sudah pun mencecah 2 juta. Tak tahulah sama ada itu satu propaganda ataupun sememangnya fakta.
Dengar-dengar ceritanya, segala komen negatif di Facebook Dr Rozmey tentang filem 2 Alam telah pun didelete. Yang tinggal hanyalah komen-komen positif sahaja. Dan daripada apa yang kami baca, kehebatan filem 2 Alam ini indah khabar dari rupa. Ada sesetengah orang berpendapat yang filem ini hanya layak masuk Cerekarama sahaja.
Dan semalam kami ada menerima emal daripada seorang pembaca BeautifulNara yang ingin meluahkan isi hatinya selepas menonton filem 2 Alam. . Sekiranya anda sudah pun filem 2 Alam, sila berkongsi pendapat anda di ruangan komen. Dengarkanlah luahan hati penonton filem 2 Alam dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
[note]Salam..
Abg Nara, sy ni baru je blk dari tgk movie 2 alam…
Huh!!! mmg rasa sakit hati sgt tgk citer ni…motif tu dah bagus dah..mmg bguslah la motif citer ni tp masalahnye penceritaan & jln cite dia tu x digarap dgn baik…permulaan citer tu dah la agak lama iklannya..pastu scene plak ada yg tergantung, ada yg tujuan halanya ntah kemana…
Ada scene yg sekadar nk cukupkan masa tayangan (1jam 15 min). Scene berulang2 dgn didiringi muzik latar…scene berjalan tepi kolam renang dari ujung ke ujung hmpir 10 min…bnyk sgt cut off flash back….serius la…rs nk baling kasut kat screen je time tu….dR Rozmey tu ckp beria ar…scene bnyk yg dh mcm gazet citer tu…citer adlh gazet, gazet adlh citer…e…serius la….pengarahan yg teruk..kite sbg penonton smpai berpk “nape dia tukar jantina?” “sape plak laki yg dia kawen kat london tu?” “bila masa plak kat london ni tiba2 jek”.
Scene tayar pecah nk bw mayat pun xtnjuk keadaan tayar tu yg pecah..nmpk sgt nk save budget…ni adalh filem cut cost…sy rs krew produksi kena study dulu skrip & pengolahan citer sblm nk ckp bsr ttg filem ni….saya & kwn2 yg xtau psal pengarahan filem ni pun rasa mcm nk jd pengarah utk mengarahkan filem tu sbb geram sgt ianya x diolah dgn bernas…serius!!! saya rasa mcm nk baling kasut!!!! so for this movie sy bg 1 out of 10…1 tu adlh utk motif yg ada…
saya harap abg nara dptla sampaikan pendapat & komen sy ni pd produksi 2 Alam ni..lagi2 kat dr Rozmey tu….wat filem xsama mcm wat ubat diet….
thanx abg nara..
salam….
[/note]