Luahan Hati Seorang Penonton Drama Hello Mr Perfect

Hiburan

Luahan Hati Seorang Penonton Drama Hello Mr Perfect

Sekiranya anda tidak tahu, slot Akasia TV3 (jam 7 malam sehingga 8 malam) sekarang ini sedang menayangkan drama Hello Mr Perfect. Antara pelakon-pelakon drama ini ialah Fattah Amin, Nur Ruhainies, Rafiq Razali, Ezzaty Abdullah, Azlan Mokhtar, Mimi Ernida, Nafiez Zaidi, Keena Mentor, Afzan A.Rahman, Kay Maria, Eizlan Yusof dan Fiza Halim. Kalau tak silap Abang Nara, drama ini telah diadaptasi daripada novel. Jadi sudah tentu para pembaca novel ini teruja untuk menonton drama ini.

hello mr perfect

Advertisement

Abang Nara ada juga menonton satu dua episod drama Hello Mr Perfect ini. Fuh!!! Memang mencabar minda, jiwa dan akal. Paling tak boleh tahan ialah tahap lakonan para pelakonnya terutama si heroin. Agak rendah mutu lakonan yang ditampilkan. Apa pun, Abang Nara ingin berkongsi satu luahan daripada seorang pembaca BeautifulNara tentang drama ini. Jom baca!!!

As salam Nara,

Sy nak meluahkan rasa tak puas hati dgn cerita terbaru keluaran A Aida Production yg sy rasakan amat tidak berkualiti dari segi jalan cerita dan juga pilihan pelakonnya.

Sejak episod pertama lagi sy merasakan ada tidak kena dgn drama ini. Seperti biasa slot akasia pilihan cerita adalah adaptasi daripada novel. Jln cerita sudah biasa seperti kebanyakan novel2 sblum ini. Tapi cerita kali ini paling teruk. Sy pasti ramai penonton diluar sana bersetuju dgn pendapat saya. Lihat saja komen2 negative di media social ttg cerita ini.

Mmg sbg penonton sy berhak utk menukar channel yg sy inginkan, tp slot akasia mmg mnjadi pilihan sy setiap kali pulang dari kerja. Dengan harapan dapat menenangkan fikiran slps bebanan kerja n kesesakan lalu lintas, tapi bila tiap kali menonton cerita itu membuatkab sy rasa tension pula.

Secara jujurnya sy menilai drama keluaran A Aida Production kebayakannya tidak berkualiti dari segi jalan cerita dan pilihan pelakon. Sbg contoh cerita menantu 10 ribu n halimah jongang. Utk hello mr perfect, lakonan pelakon2 amat hambar. Sbg contoh, watak utama wanita cerita tersebut yg mainkan watak Ain n Alya. Pelakon tersebut bg pendapat sy belum layak diangkat memegang watak penting dlm sesebuah drama yg mana dia perlu byk belajar ttg menjiwAi sesuatu watak. Sy tertanya2 apa logiknya seorang pelakon memainkan 2 watak berbeza tp hakikatnya dlm cerita tersebut mereka tiada kaitan lgsung.

Watak ibu, yg mempunyai anak2 berumur 20 an lakonan Fiza Elite. Adakah logik Fiza memegang watak seorang ibu??? Lain2 pelakon seperti watak2 adik2 Izzu yg sy rasakan agak annoying.

Saya berpendapat tv3 perlu lebih peka n selektif dlm memilih drama utk slot akasia pada masa akan dtg. Slot akasia adalah antara yg berating tinggi, tp jgn smpai rating jatuh oleh kerana cerita2 begini yg sering ditayangkan.

Sekian.

hello mr perfect

Malah dari pemerhatian Abang Nara di laman sosial, rata-rata yang menonton drama ini berharap agar ia tamat secepat mungkin. Ramai yang kecewa dengan jalan cerita serta mutu lakonan para pelakon Hello Mr Perfect. Pada pandangan Abang Nara, untuk slot Akasia yang sering menjadi pilihan ramai, sekurang-kurangnya ambillah pelakon yang benar-benar boleh berlakon. Janganlah main hentam sahaja. Semoga akan ada perubahan di masa hadapan. Sementara itu diharap anda semua bersabar sehingga drama ini tamat. Hehehe.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...