Luahan Hati Rozana Misbun Ini Boleh Buat Anda Mengalirkan Air Mata

Hiburan

Luahan Hati Rozana Misbun Ini Boleh Buat Anda Mengalirkan Air Mata

Bergenang air mata ini membaca luahan hati Rozana Misbun, isteri kepada penyanyi rockers terkemuka, Awie. Pengorbanannya sebagai seorang ibu dan isteri memang amat besar. Iyerlah, Isteri Abang Nara nak jaga 2 orang anak pun dah kelam-kabut tak cukup tidur, penat dan sakit-sakit badan. Inikan pula Rozana yang menjaga 3 orang anak hasil perkahwinannya dengan Awie iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.
awie dan rozanaBaru sahaja memenangi hak jagaan sementara terhadap anak-anaknya, Rozana Misbun masih tidak putus harapan untuk berbaik semula dengan Awie demi anak-anak. Namun jika itu bukan kemahuan Awie, Rozana rela dilepaskan. Kata Rozana:-

Kalau betul saya gagal memberikan kebahagiaan yang Awie cari selama ni, lepaskanlah saya dengan cara baik. Tapi demi kebajikan anak-anak, saya bersedia untuk berbaik dengannya dan duduk berbincang. Kita jadi kawan.

Kalau benar Awie dah hilang rasa hormat pada saya sebagai manusia dan isteri, hormatilah saya sebagai ibu yang bersengkang nyawa untuk melahirkan anak-anaknya. Itu saja yang saya minta

Advertisement

Abang Nara respek dengan mana-mana suami/isteri yang sanggup berbaik semula demi anak-anak. Sememangnya ia adalah satu perkara yang sukar kalau hati sudah benci sesama sendiri. Namun untuk masa depan anak-anak, ia satu tanggungjawab yang wajib dilakukan. Anak-anak yang membesar tanpa ibu dan ayah di sisi memang terbukti ada impak negatif. Apa pun, kesediaan Rozana untuk berbaik semula dengan Awie adalah satu permulaan yang baik.

Baca artikel ini sepenuhnya untuk mendengar luahan hati Rozana Misbun tentang tuduhan Awie yang menyatakan dirinya curang, mengabaikan anak, mengamalkan ilmu hitam dan banyak lagi.

Boleh Rozana komen mengenai kemelut dan rintangan terhadap kisah rumah tangga Rozana dengan Awie?

Setelah pelbagai dugaan dan rintangan yang saya hadapi sejak tujuh bulan kebelakangan ini, Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya bina kekuatan diri. Saya tak mahu berdendam sebab saya tahu kalau saya menyimpan perasaan yang macam tu, saya sendiri yang makan hati dan merana sendiri nanti.

Jadi saya belajar untuk move on  dan berkat sokongan keluarga, Insya-Allah saya akan teruskan hidup dengan semangat baru. Siapalah saya untuk bagi nasihat pada Awie?

Tapi dalam klausa (4) perintah mahkamah, ada ditulis secara terang dan nyata bahawa Awie ditegah sama sekali dari mengaibkan saya melalui media elektronik, Internet dan cetak. Kalau dia berdegil juga, maknanya dia menghina makhamah dan biarlah mahkamah saja yang tentukan hukumannya.

Pelbagai tuduhan Awie lemparkam melalui peguamnya di mahkamah seblum ini termasuk tuduhan Rozana mengamalkan perkara ditegah agama Islam. Apakah yang dapat Rozana simpulkan?

Siapa yang tak malu apabila suami sendiri tuduh saya macam-macam sedangkan saya ni isteri dia? Memang jatuh air muka saya dan ada masa-masanya saya malu sangat untuk berdepan dengan masyarakat.

Saya tahu ramai yang tertanya-tanya kenapa saya selalu pakai kaca mata hitam apabila hadir ke makhamah. Tapi itulah saja caranya untuk saya ‘sembunyikan’ diri saya yang malu untuk berdepan dengan wartawan dan juga mata yang memandang.

Kalau boleh bila saya keluar rumah, saya tak mahu orang ramai kenal saya sebab saya sedar, banyak berita yang negatif berbanding positif tentang saya yang diperkatakan orang.

Tapi saya kena tabah. Takkan nak berkurung saja dalam rumah?

Apa penjelasan Rozana apabila Awie pernah mendakwa Rozana curang dengan lelaki lain?

Macam manalah saya nak curang? Saya ni, sepanjang sembilan tahun berkahwin, hidup mati saya hanya untuk Awie dan keluarga. Sejak Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha mula bersekolah, celik mata aje, sayalah yang mandikan, sediakan sarapan dan siapkan pakaian mereka semua sebelum menghantar mereka sendiri ke sekolah.

Tengah hari pulak saya sibuk di dapur untuk siapkan makan tengah hari untuk keluarga sebelum sebelah petangnya pula, jemput anak-anak di sekolah. Sebelah malamnya pula, saya pastikan mereka mengaji dan ‘monitor’ buat kerja sekolah.

Pukul 9 malam, semua dah kena tidur sebab saya tak mahu mereka liat bangun pagi esoknya untuk ke sekolah.

Saya tak tahu ruang manakah untuk saya berpeleseran dengan lelaki lain? Lagipun, dengan imej Awie sebagai “ayahanda”, ada ke lelaki yang berani nak kacau isterinya ini?

Mestilah ada ‘mata-matanya’ akan segera memberitahu “ayahanda” Awie kalau betul mereka nampak saya berpoya-poya di luar.

Tuduhan Rozana mengabaikan anak?

Macam mana saya ni boleh dituduh tak jaga anak? Sedangkan dalam seminggu, ada masa-masanya, beberapa hari saja Awie di rumah terutama sekali kalau dia terlibat dengan penggambaran filem atau konsert di luar KL (Kuala Lumpur). Tapi saya faham kesibukannya itu dan tak pernah mengeluh.

Apa perancangan Rozana selepas mendapat hak penjagaan sementara anak ini?

Saya nekad untuk bawa anak-anak tinggal dengan Saya. Anak-anak yang sedang membesar perlukan disiplin. Masa saya jumpa anak sulung saya, Merrah di sekolah hari tu, dia nampak macam tak cukup tidur. Saya rasa dia orang bebas berjaga sampai tengah malam main video game.

Dengan saya dulu, mereka tak boleh suka-suka hati buat macam tu. Saya memang pantau aktiviti anak-anak.

Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...