Petang semalam, sebuah foto Yuna dengan kesan gigitan di lehernya mula mencetuskan kontroversi apabila ada yang mendakwa ia adalah “love biteâ€. Yuna menerima pelbagai komen yang mempersoalkan gigitan berkenaan dan timbul juga spekulasi hangat mengenainya.
Tidak mahu masyarakat terus salah faham, Yuna menjelaskan kesan merah di lehernya itu terjadi selepas digigit oleh labah-labah ketika berada di Alabama, Amerika Syarikat untuk membuat persembahan.
Bayangkan saya terpaksa membuat persembahan dalam keadaan sakit kerana muka dan leher bengkak. Saya diserang labah-labah sewaktu tidur dan gigitan itu menjadi bengkak seperti bisul.
Sehingga hari ini Yuna masih sakit kerana di gigit dan ia turut meninggalkan kesan gelap pada kulitnya.
Buat Yuna, tuduhan yang tersebar sejak semalam itu sangat melampau dan beliau masih lagi tahu menjaga batas-batas seorang Muslim meskipun berada di negara barat.