Written by AbangNara | May 13th, 2013

Susah juga jadi pelakon terutamanya buat wanita. Nak pakai tudung pun ada kekangan daripada segi bab tawaran berlakon. Namun usaha Lisdawati untuk menutup aurat seharusnya dipuji. Sekurang-kurangnya Lisdawati sudah ada usaha untuk berubah ke arah kebaikan. Itu yang penting.

lisdawati

Walaupun sudah berimej baru, Lisdawati masih menerima tawaran berlakon yang menampakkan rambut. Kata Lisdawati kepada portal Murai:-

Kalau boleh saya tidak mahu komen pasal penampilan saya ini. Dan saya tidak juga umumkan dimana-mana bahawa saya sudah bertudung atau sebagainya kerana saya tidak mahu dilabel atau dihukum mana-mana pihak terutamanya masyarakat. Sebagai seorang pelakon, saya kena paham dan professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan, harap orang ramai dan peminat tahu mengenai itu. Tetapi dihati kecil saya sendiri saya inginkan perubahan kearah kebaikan. Ya, memang ini adalah imej terkini Lisdawati, tetapi harap orang ramai paham, jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.

lisdawati

Susah kan jadi pelakon? Abang Nara memang akan menghalang anak Abang Nara menjadi pelakon walaupun mendapat tawaran menjadi hero filem. Tambah Lisda lagi:-

Tetapi seboleh-bolehnya saya cuba untuk tidak lagi melakonkan watak yang perlukan saya pakai baju yang seksi dan sebagainya. Selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung, saya akan cuba menutup aurat selagi boleh. Ini semua datang daripada diri saya sendiri dan saya buat perlahan-lahan kerana niat saya adalah untuk berubah kearah yang lebih baik dan ia bukan boleh dibuat dengan sekelip mata. Saya mahu orang ramai paham dan bukannya terus menjatuhkan hukuman kepada saya kalau nanti nampak saya berlakon tak pakai tudung kerana saya sendiri tidak mengumumkan saya bertudung atau berhijrah.

lisdawatiPerlahan-lahan berubah pun dah kira okay. Mungkin tahun ini masih terima tawaran yang menampakkan rambut. Tahun depan tak perlu dah. Slow-slow. Yang penting berubah. Apa pun tahniah kepada Lisdawati atas perubahan ini.

P.S: Pasangan romantis pada musim banjir

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

66 responses to Lisdawati Kini Bertudung, Masih Terima Tawaran Lakonan Menampakkan Rambut

  1. sengal.. says:

    tutup lah dr x tutup langsung……..

    0

    0
    • akupunperempuanjuga says:

      tengok drama ari sabtu aritu, abis sume meninggal.huhu

      0

      0
      • Lembu Gemok says:

        bagi aku, pakai tudung biar istiqamah..kalau rasa tak bersedia, takyah pakai sbb ko macam mempermainkan hal wajib..boleh lak nak kawtim benda to..macam tudung ni sekadar fesyen….so better kalu betol2 nak bertudung, kena betol2 tahu bahawa menampakkan rambut tu haram..so gud luck laa lisda..~

        0

        0
        • kak timah says:

          yg gambar first tu…tudung jenis apa ya mcm tu??? kalau mari angin tak tercabut ke? kak timah suka pakai tudung bawal je

          0

          0
        • manusia bukan lembu says:

          tak pe..pakai je..lembu gemok jangan la fikir guna otak lembu..sekurang-kurangnya masa dia pakai tudung tu dah tertutup auratnya (termasuk pakaian). Hari tu dia dah takde dosa kerana aurat tertutup. esok nya dia tak pakai tudung plak, jadinya haritu dia berdosa sebab tak menutup aurat. Kesimpulanya, dalam dua haritu, satu hari sahaja la dia dapat dosa.satu lagi dapat pahala..biar pun buat kerana terpaksa..paham dok?main ke tak main ke tu soal dia dengan Allah..

          0

          0
        • Lembu Gemok says:

          Wahai Manusia Bukan Lembu….

          ko ni main2 dgn hukum Allah kan..sbb tu aku cakap kadang2 lembu lagi bijak dari manusia macam ko…sbb buat benda2 wajib ni jadi remeh laaa sbb tu laa wujudnya manusia kat ofis bertudung, kat luar free hair..ko ingat hukum Allah ni main2 ker? Susah kalau bercakap dgn orang yang ada penyakit WAHAM!!!!

          0

          0
        • cik embun says:

          Bila seseorang itu membuat keputusan untuk menutup aurat dengan sempurna, hormatilah. Janganlah buat permintaan bukan-bukan, scene kena buka tudungla, atas katil la, berpegang tangan la, peluk apa semua. Andai kata ada scene contohnya scene dalam rumah, mungkin si pelakon perempuan boleh lebih kreatif letak towel atas kepala ke, alah..biasanya orang tak kisah pun kalau pakai tudung dalam rumah. kalau pakai tudung lagi manis, tengok pun sedap mata memandang. Jadi, tahniah kepada Lisda untuk perubahan yang baru, hopefully ada la producer/pengarah atau production crew lebih sensitive dalam2 hal2 macam ni.

          0

          0
        • Kuki says:

          alahai. pernah dengar fake it till you make it? usaha dan niat tu, walaupun sebesar zarah, Allah tahu. Allah tahu jugak hambaNya memang lemah bab melawan nafsu. ingat senang nak buat jihad terbesar, bila melawan diri sendiri? bukan semua boleh berubah suddenly, lagi lagi yang dah terbiasa. sikit sikit nanti tbiasa la.

          0

          0
        • mulut puaka says:

          hey lembu gemok otak lembu, pastu ada penyakit lembu gila.. kalo dia xde duit nak bg anak dia makan ko tolong k??????????? ke jawapan ko otak lembu gak ala rezeki byk cabang… dah kalo xde usaha ingat rezeki tu turun sedepuk dari langit.. org nak buat amal ibadat jgn direndah2 kan sbb martabat ko lg rendah.. lain la org buat maksiatmak la org pertama tampil bergosip dgn minah jambu kan kan

          0

          0
      • Only CT (In The World) says:

        Orang Melayu hanya ada masa 4 tahun lagi sebelum segalanya terlambat. Melayu yang masih bergaduh dan bergasak sesama Melayu meninggalkan kesan kekalahan kepada beberapa buah negeri dan hampir kalah di sebuah negeri.

        Melayu yang masih kecil dan belum faham erti politik tentu kecewa bila dapat tahu 10 tahun lagi, kuasa Melayu itu sudah tiada lagi di Tanah yang bernama Melayu. Moga itu tidak berlaku. Namun, segalanya boleh hilang jika tumpas empat tahun lagi. Segalanya boleh berlaku, jika perubahan sikap tidak dilakukan.

        Cukup cukuplah sengketa dan menuding jari. Masa itu tidak harus dibazirkan. 5 tahun dahulu, faktor yang sama dibincang dan dicanang sebagai punca beberapa negeri tumpas. Namun pengajaran tidak pernah diambil. Pelajaran tidak pernah dipelajari. Yang dibincang bagai mencurah air di daun keladi.

        Yang tua terus bergasak untuk kuasa. Yang muda terus dianggap terlalu mentah dan baru dalam politik. Tua anggap muda kurang pengalaman. Muda tidak hormat tua. Itulah realitinya, tidak hormat dan pandang pada ilmu dan kebolehan. Akhirnya jurang itu diisi oleh kekalahan. Parti Melayu yang mengisi kemerdekaan negara ini baru menyambut ulang tahun yang ke-67.

        Perjuangan dahulu dan sekarang umpama langit dan bumi. Banyak yang muda sudah tidak faham erti dan manifestasi diri. Mereka diajar menyokong individu bukan parti. Mereka dirajakan dan disahabatkan dengan duit bukan perjuangan pertiwi. Oleh itu, bila yang tua bergasak, mereka turut sama bergasak kerana sokongan itu adalah pada individu.

        Duit menjadi raja. Pengampu orang kaya dipandang sebagai mahir segala. Kasihan pemimpin yang rajin bekerja. Mereka benar benar berkhidmat untuk bangunkan negara. Beri segala yang rakyat minta. Beribu ditatang di mata pemimpin, namun hakikatnya ribuan itu bukanlah realiti sokongan.

        Hanya sedap pandangan mata. Segala yang manis ditabur kepada pemimpin. Takut bercerita situasi yang pahit. Yang manis enak didengar. Yang masam disapu bawah tilam. Jangan diulang perkara sama, hadaplah rakyat dengan suasana sebenar. Biar pemimpin lihat realiti. Biar pemimpin rasai apa yang terbuku di hati.

        Siang dan malam mendahulukan rakyat. Kampung dan kota habis dikunjungi. Semuanya demi rakyat. Namun apakan daya ada rakyat yang tidak faham erti terima kasih. Mereka memilih kerana emosi. Mereka memilih kerana persepsi. Bila keputusan diumum, barulah mereka menyesali. Kesan buruk bila tersalah undi.

        Kesan yang bakal ditempuh 5 tahun lagi. Melayu sekarang sudah semua senang. Lahir dalam senang. Bertatih pun senang. Bersekolah pun senang. Masuk universiti pun senang. Segalanya sudah ada sebab negara sudah senang.

        Bila sudah sudah senang, mereka gagal fahami apa itu erti susah. Susah hendak fahamkan orang yang lahir lahir sudah senang. Lagi bertambah susah bila hendak memahamkan mereka bahawa kesenangan itu adalah hasil kerja kuat nenek moyang Melayu dalam politik.

        Mereka kata itu cerita karut. Mereka kata itu dongeng. Mereka tidak mahu dengar Sejarah. Mereka tidak mahu dengar cakap orang tua. Inilah masalah besar orang Melayu yang masih muda. Lebih percaya pada cakap penglipur lara yang datang atas pentas terbuka.

        Lupa dan alpa dengan cerita manis penglipur lara. Membawa cerita percuma, percuma dan percuma. Lupa dan hanyut dalam janji manis penglipur lara. Janji yang belum tentu mereka dapat penuhi. Itu pun ada orang yang masih percaya dan tersengih sampai ke pipi.

        Melayu mudah lupa. Ungkapan itu ada kebenarannya kini. Lupa pada kesusahan. Lupa pada tangan yang memberi kesenangan. Mudah percaya pada “hantu” yang menjaja cerita segalanya dalam dunia ini haruslah percuma. Melayu yang datang atas hak demokrasi pun dianggap hantu.

        Suatu ketika, orang muda Melayu bangkit menyatukan bangsa untuk kemerdekaan. Suatu masa, belia Melayu bangun menyedarkan bangsa tentang ancaman komunis dan keselamatan negara. Satu waktu dulu, pemuda bangsa Melayu berusaha gigih selamatkan bangsa dari miskin di bumi sendiri.

        Tiga usaha tersebut sudah berlalu. Kini cabaran yang terbesar adalah mengekalkan kuasa politik Melayu. Masih ramai Melayu yang kurang faham matematik politik Melayu dalam parlimen. Mereka gagal bezakan antara persefahaman politik dengan “pakat pakat” berpolitik.

        Jangan sampai segalanya sudah hilang. Sekali terlepas kuasa ini. Melayu akan hilang terus kuasanya. 4 tahun lagi, usah diulang faktor faktor yang sama ini.

        Masa sekarang adalah untuk bertindak. Hentikan tuding jari dan memulakan konspirasi. Melayu tidak akan kalah jika Melayu bersatu. Melayu hanya akan kalah jika Melayu itu menjatuhkan Melayu sendiri.

        Lihatlah sejarah pemerintahan Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Selepas 29 tahun, pemerintahan itu berakhir kerana pergaduhan semasa sendiri. Abbasiyah juga hancur kerana pengkhianatan dalaman. Kota Melaka yang agung selama 116 tahun juga runtuh kerana pergaduhan sesama sendiri.

        Putrajaya dibina atas runtuhan Kota Melaka, sedarlah kemerdekaan ini baru 56 tahun. Usia masih lagi di pertengahan era Empayar Melaka yang pernah gemilang dahulu.

        Fahamilah, bahawa dunia Islam sekarang adalah pada akhir zaman. Banyak tempat yang lain, Islam sudah dicabar, dibakar dan diserang. Hanya bumi Melayu, syiar Islamnya masih kuat. Kuat kerana Melayu itu adalah Islam dan Islam itu adalah Melayu. Khalifahnya masih lagi Raja Melayu.

        Inilah istimewanya Melayu di bumi ini. Jangan menyesal air mata darah. Renungilah ungkapan “Melayu Itu” karya Usman Awang. Melayu sedang dilawan dengan politik ideologi oleh pihak lawan. Jawapan terbaik untuk melawan arus lawan itu adalah dengan mengembalikan semula “roh Melayu dan Islam”. Inilah caranya.

        Bacalah dengan mata hati.

        MELAYU ITU

        Karya: Usman Awang

        Melayu itu orang yang bijaksana
        Nakalnya bersulam jenaka
        Budi bahasanya tidak terkira
        Kurang ajarnya tetap santun.

        Jika menipu pun masih bersopan
        Bila mengampu bijak beralas tangan.

        Melayu itu berani jika bersalah,
        Kecut takut kerana benar,
        Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut,
        Biar mati adat, Jangan mati anak.

        Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
        Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
        Banjar juga disebut Melayu,
        Minangkabau memang Melayu,
        Keturunan Acheh adalah Melayu,
        Jakun dan Sakai asli Melayu,
        Arab dan Pakistani,
        semua Melayu,
        Mamak dan Malbari serap ke Melayu
        Malah mua’alaf bertakrif Melayu
        (Setelah disunat anunya itu)

        Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautan
        Melorongkan jalur sejarah zaman
        Begitu luas daerah sempadan
        Sayangnya kini segala kehilangan.

        Melayu itu kaya falsafahnya
        Kias kata bidal pusaka
        Akar budi bersulamkan daya
        Gedung akal laut bicara.

        Malangnya Melayu itu kuat bersorak
        Terlalu ghairah pesta temasya
        Sedangkan kampung telah tergadai
        Sawah sejalur tinggal sejengkal
        tanah sebidang mudah terjual.

        Meski telah memiliki telaga
        Tangan masih memegang tali
        Sedang orang mencapai timba.

        Berbuahlah pisang tiga kali
        Melayu itu masih bermimpi
        Walaupun sudah mengenal universiti
        Masih berdagang di rumah sendiri.

        Berkelahi cara Melayu
        Menikam dengan pantun
        Menyanggah dengan senyum
        Marahnya dengan diam
        Merendah bukan menyembah
        Meninggi bukan melonjak.

        Watak Melayu menolak permusuhan
        Setia dan sabar tiada sempadan
        Tapi jika marah tak nampak telinga
        Musuh dicari ke lubang cacing
        Tak dapat tanduk telinga dijinjing.

        Maruah dan agama dihina jangan
        Hebat amuknya tak kenal lawan.

        Berdamai cara Melayu indah sekali
        Silaturrahim hati yang murni
        Maaf diungkap senantiasa bersahut
        Tangan diulur sentiasa bersambut
        Luka pun tidak lagi berparut.

        Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
        Segala yang ada sanggup diberikan
        Sehingga tercipta sebuah kiasan:
        “Dagang lalu nasi ditanakkan
        Suami pulang lapar tak makan
        Kera di hutan disusu-susukan
        Anak di pangkuan mati kebuluran”.

        Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
        Masihkan tunduk tersipu-sipu?
        Jangan takut melanggar pantang
        Jika pantang menghalang kemajuan;

        Jangan segan menentang larangan
        Jika yakin kepada kebenaran;
        Jangan malu mengucapkan keyakinan
        Jika percaya kepada keadilan.

        Jadilah bangsa yang bijaksana
        Memegang tali memegang timba
        Memiliki ekonomi mencipta budaya
        Menjadi tuan di negara Merdeka.

        0

        0
    • anzalnyah says:

      wei tudung macam sarong nangka! buat alas meja time kenduri kawen mak dengan asherap mozlem lagi bagus la lidahwati!

      0

      0
      • Glamer Gilerrr says:

        anzalnyah… ko ni nyah eh? Betapa busuk nyer hati ko kan…. sekurang2 nyer dia nk berubah ke arah kebaikan… Moga Allah bersihkan hati ko yg busuk tu..

        0

        0
        • Keenah Meroyans says:

          Hello Keekers , ni Saripah Sakeenah ~!! Hari nie Keenah nk ckp sikit pasal Minah yg bernama Nisdawati Nasaruddin nie , Keenah tk suka dia sbb dia sgtlah over ~!! Napew pakai tudung mcm tu homaigott ??
          Lebih baek berSerban ala YUNALIS ZARAI yg dah confirm2 lagi cantek dari kau LISDAHWATI ~!! dah la suami ko pon kuat meroyan ~!! Pasangan selebriti yg plg choii ~!! Akhir kata .. Fooock Foooock ~!!

          0

          0
      • Anonymous says:

        mulut longkang…. puiiii

        0

        0
    • budak2 says:

      syukur alhamdulillah… kept ur word

      #orang yang berjaya ialah orang yang hari ini lebih elok dari semalam.. aamiin

      0

      0
    • Akus says:

      klu mcm tu..saya cadangkan pakai rambut palsu mgkin dpt membantu jika sekiranya ada tawaran yg melibatkan lakonan tanpa pakai tudung..sekurang-kurangnya dpt mengelakkn dari nmpak rambut asal.. sekian..

      0

      0
      • qq says:

        xbertudung haram…pakai rmbut palsu pun haram..

        0

        0
      • Anonymous says:

        pakai rambut palsu dengan niat untuk tutup aurat itu cara orang yahudi menutup aurat jadi ianya haram..
        tak tutup aurat itu berdosa..
        tapi kalau dibandingkan dengan mengikut dan menyerupai agama lain..
        astaghfirulahalazim

        0

        0
    • bengal says:

      ohh..tudung just sekadar fesyen jela ni eh??ni olang pon ada ka??

      0

      0
      • Anonymous says:

        klu fesyen pun apa masalahnya?bertudung jugak,lepas dosa tayang rambut.. kau ni sepatut ajak org dalami islam,ni org berubah kau kondem!

        0

        0
    • Olga says:

      LAKI BINI SAMA2 SENGAL

      0

      0
    • Selena Gemas says:

      BAGI JE LA DIA MASA DULU LAGI PUN DIA BKN ARTIS YG MMG DH PAKAI TUDUNG SEJAK MULA2 JD ARTIS..SO X SALAH KOT KITA BERI DIA MASA. NNT DIA JUMPA2 KAKAK2 ARTIS YG DH BERTUDUNG PASTU DORNG BG KATA2 SEMANGAT LAMA2 NNT DIA KEKAL LA TU..KITA YG KT SINI X YAH LAA NK MELONGKANG SNGT DUK NGUTUK DIA.

      0

      0
    • Yatie says:

      alhamdulillah…mula2 bertudung…lps tu solat…lps tu sayang nk tggl solat…lps tu perbaiki segala perbuatan,percakapan… akan sempurna insyallah… teruskan kerana ALLAH S.A.W… MULUT TEMPAYAN MEMANG X BOLE TUTUP…N MULUT LONGKANG MMG TETAP LA LONGKANG…

      0

      0
  2. saya ok jer!! says:

    ALHAMDULILLAH.. SEMOGA SEMUA NYA DIPERMUDAHKAN KE ARAH KEBAIKAN.. TAHNIAH LISDAWATI :)

    0

    0
    • aku taklah laser sangat says:

      apa laki ngko yg setia tak hengat tu tak mampu nak bagi makan ke sampai kena buka tudung berlakon?

      0

      0
  3. kak ton comel says:

    kenapalah pakai tudung camtu..pakai tudung sarung mcm tudung ariani kan cantik..ni dah mcm sister pon ade…aiyooo

    0

    0
    • miss mong says:

      kan..senang je cam tudung ariani tu.tk pn pakai la shawl cam memey..sopan tk serabut mata nengok

      0

      0
  4. Anonymous says:

    rezeki tu Allah jugak yg bagi…

    0

    0
  5. putri says:

    (Sebagai seorang pelakon, saya kena paham dan professional dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan,)….ayat ni agk musykil sikit….sbgai plakon kna pro dlm tggungjwb sbg plakon…tu tggungjawab yg ALLAH berikan masih dialam ragu2 ke?..alangkah indahnye kalu si kamu menutup tanpa sebarangan raguan..kerana alangkah cantiknye ble kamu menutup sgala aurat…orang kata bertambah seri2 gitu…

    0

    0
  6. Rezeki says:

    Rezeki dr allah s.w.t, tolong jgn ikut jejak kartina zizi, fauziah nawi … Kat luat bertudung..bila berlakon kena profesional lah pulak..
    To lisda,
    Kalau niat kita baik, insya’allah tuhan permudahkan…
    Semoga kekal bertudung…
    Kalau sayang suami…jgn tambah dosa suami dgn dosa kita …sebagai seorg isteri kita permudahkan lagi jalan tuk suami ke syurga…insya’allah.

    0

    0
    • Bukan Tasha Shila says:

      ramai je artis wanita lain yg dah menutup tapi Allah permudahkan rezeki mereka. Irma Hasmie, Wardina Saffiyah, Siti Nurhaliza, Shila Amzah (sekadar menyebut beberapa nama.)
      sebagai muslim, mestilah yakin bahawa jika kita berniat untuk berubah ke arah kebaikan, Allah akan bantu kita.
      Cabang rezeki tu kan banyak. Memang tak mudah untuk berubah tapi dugaan akan ada bila kita melakukan perubahan.
      Saya do’akan awak ditetapkan hati mengharungi cabaran tersebut. Aameen.

      0

      0
  7. mizz nurse says:

    ‘jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.’

    kalau anda menutup rambut dgn lengkap itu kan lebih afdal. rezeki semua di tangan Allah. jika anda mencari rezeki dgn menutup aurat inshaAllah mata pencarian anda takkan tertutup :)

    0

    0
  8. KIEKO says:

    gambar no. 3 tu aku nampak macam costume bunga matahari.. kihkihkih

    0

    0
  9. crabzz says:

    moga istiqamah…tak rugi pon kalau ikut perintah Allah..rezki Allah tu luas…mana2 pon boleh selagi ada usaha…berkat dalam mencari rezeki tu kan lebih baik.. (^_^)v

    0

    0
  10. cikikaka says:

    Alhamdulillah sbb dah terbuka hati untuk bertudung.. tapi masih belum faham sepenuhnya maksud menutup aurat.. masih boleh diperbaiki lagi.. teruskan usaha…

    0

    0
  11. saya lalala.. says:

    niat pelakon wanita nak menutup aurat tu daa btol… selebihnye pengarah dan penerbit ler kene prihatin sket beri dan wujudkn watak2 yg menutup aurat buat mereka2 ni… same2 bertolak ansur..

    0

    0
  12. sin chan says:

    semoga lisda cepat2 dapat hidayah sepenuhnye sebab bukan ape kak, mati tak menunggu kite, bila2 je..sekadar peringatan bersama ;)

    0

    0
  13. Anonymous says:

    syukur alhamdullilah..cantik dan manis bila bertudung.antara pelakon kesukaan saya :-)

    0

    0
  14. miss propa says:

    inilah namanya pakai tudung tuk suka2 atau tgk org pkai dia pon nk pkai gak tp x tau tok ape dia pkai…..

    0

    0
    • saya lalala... says:

      tak payah la nak cakap mcm tu.. elok ape ikut org pakai tudung walaupun dia tak tau tuk ape.. (pastinye dia tau tuk ttp aurat) walaupun tak sempurna… seeloknye kite diam.. doakn yg baek2 tuk mereka yg mule nk bhijrah ke arah lbh baek.. kite pun bkn sempurna mana nk pertikaikn setiap perilaku org laen… tutup atas mesti ade selak2 sket.. mulut hati nak jaga.. itu pun aurat jugak…

      0

      0
  15. Crystal says:

    Da la pkai tudung kadang2.. Pas 2 tangkap pic,wt pelbagai ekspreasi muka….n upload…bajet cun la g2 .. Wekkk!!

    0

    0
    • ddd says:

      abes, daripada gaya bahasa kau tu, kau baik sgt ke? kalau jawapan kau ‘ye’ mmg kesian kat kau.. tp kalau jawapan kau ‘tak’, jangan jadi kate dulang paku serpih..

      dia bajet cun ape masalah kau sampai nk kena guna ayat biadap? sory aku mmg x boleh tgok ayat kurang ajar.. die mmg artis jahil tp sekurang2nye nak berubah kearah yg lebih baik… kau yg tak jahil, yg konon2 sempurna iman tu tak boleh ke guna ayat baik2?

      0

      0
  16. che ta plastik surgery says:

    pakai tudung tu dah ok tp nape perlu pakai mcm sister?jgn la ikut mcm org kristian tu & pakai tudung biar la ikhlas.rezeki ade dimana2..insyaallah.

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Dia ni aku tengok kalau pakai tudung cara y betul mcm tudung ariani pn nmpk cantik..ni tak..pakai tudung y mcm ni..makin x lawa la…kalau tudung tu simple lagi cantik…teruskan je la bertudung…awak tu pn dh nk senja..walaupn bertudung..pintu rezeki ttp ada…jgn takut la…pada sy la..lisdawati ni lagi cantik n lagi manis bila bertudung…jgn la ikut cam retis y lain tu bila berlakon sanggup buka tudung…kalau cam tu baik tak payah pakai tudung terus….jgn marah…sekadar pendapat jer…

    0

    0
  18. Kopi says:

    istiqamah ye Lisda…saya mendoakan anda akan berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah..

    0

    0
  19. nenek_kebayan says:

    tanggugjawap sebagai pelakon amik kira..tanggungjwap sebagai umat islam tak amik kira ke???

    0

    0
  20. Hamba Allah says:

    Alhamdulillah berhijrah
    perbetulkan niat ikhlaskan diri kerana Allah
    jagalah hak Allah sebelum hak sesama manusia
    moga istiqamah dan tidak tergelincir dari jalan-Nya

    0

    0
  21. Anonymous says:

    baik x payah pakai tudung klu brlakon nanti tanggalkan tudung … apa lah punya org.. belajo mane lah

    0

    0
  22. cleopatra says:

    ramai dah artis2 muda berhijrah bertudung..yang tua2 makin seksis…

    0

    0
  23. Anonymous says:

    tudung tu klu pki walaupun kt rasa panas..rimas… tp seronok jea pki..ikat rambut terus sarung…tkyah nk pikir rambut mengerbang masa mkn..tkyah pikir nk warnakan ape…pki tudung pilih jea kaler ape..warna warni pun cantik.. klu rebonding tu pling cikai rm100…klu beli tudung berbagai warna bole beli..sekian.

    0

    0
  24. tudung says:

    x slh berfesyen dlm bertudung ni, tp yg slh ye, bila bertudung dah macam sister2 kat gereja..pakai la stail lain.

    0

    0
  25. Anonymous says:

    “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur, 31)

    0

    0
  26. maria tunku sabri junior says:

    statement bodoh of the year… maaf ckp…. kau boleh pulak ‘profesional’ dalam lakonan tp x profesional dengan Tuhan…..

    0

    0
  27. loli says:

    jahil btul…dia ni mcm dian p.ramli..dian p.ramli kt set mmg xpkai tdung.nk ikot wtak kta nye.kt luo pkai.ape bezanye pkai dgn tak kalo da mcm tu??

    0

    0
  28. viper says:

    apa da haram tu adalah haram dari segi agama.Setuju sgt ttg rezeki tu ade byk cabang.boleh dtg dr Allah dr pelbagai cara sekiranya kite meminta utk diredhai -NYA.tutup aurat kena la berterusan.bukan mcm biskut.Insyaallah rezeki tu sentiasa tidak putus.

    0

    0
  29. wakaka says:

    dalaman lisda ni blm btl2 kuat lagi ni..dia mgkn cuma teringin nak tutup aurat tp blm btl2 paham tutup sebab Allah. sepatutnye fauzi kena didik istri..tp yelahkan dua2 pelakon dah lama…dah sebati dgn tggjwb sbg pelakon duniawi ni…mdh2an u all berdua sentiasa dlm hidayah Allah n sedar tanggungjwb sbg muslim.

    0

    0
  30. minah jambu tukar kaler merah biru says:

    bagos lisda jawapan yg macm gini lah yg minah jambu suka n setujuuuuuuu sangat…masa berlakon kite nk kena ikot selera pengarah demi masa depan lis dn anak2…..lis kn dh ada suami tk kannnnnnnnnn la pengarah nk suroh lis berpakaian yg bukan2 tol tk…kalau setakat untok tk bertudong kerana tugas kire2 ok la kannn pas tu bila dh selesai pakai la tudonggggg tol tk…..ape kate kau olga? ha mulut puaka betol tk ?ape yg minah jambu dh cakap kn pada lisda tadi

    0

    0
    • mulut puaka says:

      tau xpe minah jambu kan.. yang beru2 meroyan lembu2 gila kat atas semua ni cakap pakai otak lembu boleh la.. mcm ko nak bagi anak bini org tu makan kalo dia xde duit kan.. rezeki memang banyak cabang dah kalo dok tunggu melangok je ingat rezeki tu nak turun… mcm kita ni sambil cari rezeki sambil bergosip kan kan kan

      0

      0
  31. Anonymous says:

    nie sorang lagi artis bengap…..nak buka tudung sebab kehendak pengarah dan skrip….kalau rasa tak ready nak bertudung, jgn buat…..jgn main2 dgn hukum agama….

    0

    0
  32. Miss A says:

    merepek and jahil. berlakon pon haram, pendapatan pon haram, semua pon haram. apa yang tinggal? hati yang gelap. sebab tu jadi macam ni.

    0

    0
  33. delulu says:

    “jika ada tawaran berlakon dengan watak yang tidak membolehkan saya menutup rambut saya, saya masih terima kerana itu adalah mata pencarian saya, untuk membesarkan anak-anak dan keluarga.”

    harap2 kalo blh elak kan lg bgs… rezeki tu dtg dr Allah, kalo kak lisdawati pkai tudung krn Allah pasti Allah akan bukak pintu rezeki tok akak wlupon bkn dr bidang lakonan =)

    0

    0
  34. Cik Peah Tak Kemaruk 1st says:

    dia ckp nk bertudung je bkn nk tutup aurat..thts y kejap bukak kejap tutup…

    0

    0
  35. nasi ambeng says:

    apepun satu pekembangan yg baik dlm dunia retis ;)

    0

    0
  36. Puak salaf says:

    Bkn nk backup artis.. cume nak kongsi pandangan.. artis tu xbertudung.. hukum dedah aurat adalah haram dan berdosa..tu xde sape pertikai.. hukum mengate dan mengumpat itu jgk haram dan berdosa.. itu ad x sape yg nk pertikai?.. kalo dikatakan utk kebaikan.. ko ingat artis tu akn insaf ble kene kutuk.. xde dlm sejarah nabi.. nabi berdakwah dgn care mengutuk.. korang tahu x.. org yg berdosa dgn Allah s.w.t hanya memerlukan satu detik utk die kebali bertaubat.. tp org yg mengumpat ni?.. dose sesame manusia tidak akan Allah ampunkn selagi xdpt pengampunan dr tuan pnye bdn.. muhasabah la diri.. aku tau org yg ske mengate ni pun bknlah baik mne pun…

    0

    0