Written by serenity | November 25th, 2011

Masih ingat lagi entri kami yang ini? Laman Murai telah mendapatkan kenyataan Lisa Surihani tentang gosip tersebut, dan pelakon itu tidak mengiakan dan menafikannya. Cuma katanya, sebagai seorang perempuan tidak wajar kalau dia sendiri menguar-uarkan tentang itu kepada umum.

Saya rasa lebih elok sekiranya pertanyaan mengenai perkahwinan kami itu dijawab oleh Yusry. Malah dia telah pun berpesan kepada saya bahawa dia sendiri akan menjawab mengenai isu perkahwinan kami.

Lisa menyatakan yang Yusry sedang sibuk dengan penggambaran Vikingdom:-

Cuma beri dia sedikit masa lagi kerana sekarang dia sedang sibuk menyiapkan filem Vikingdom. Jadi selepas dia menyelesaikan penggambaran filem tersebut sekitar bulan depan, bolehlah anda semua bertanyakan hal tersebut kepadanya.

Jawapan yang saya berikan tadi bukanlah untuk melarikan diri daripada soalan anda semua. Cuma sebagai wanita tak manis sekiranya saya yang membuat pengumuman. Lagipun dia dah berpesan kepada saya biar dia yang memberitahu kepada umum, jadi kita tunggu sahajalah bulan Disember depan.

Lisa turut mengakui yang perkenalan mereka belum sampai setahun, tetapi itu bukan tanda aras bagi menilai perhubungan mereka, sebaliknya dia memang sudah bersedia bergelar isteri:-

Kami saling mengenali tidak sampai setahun. Tapi itu bukan alasan kami tidak boleh mengakhiri perhubungan ini ke fasa perkahwinan. Kerana sebelum ini saya sendiri pernah terlibat dalam hubungan cinta selama lapan tahun dan akhirnya hubungan itu putus.

Bagi saya masa bukanlah ukuran untuk menilai sesebuah perhubungan itu. Selagi kita bersama orang yang kita sayang, kita tidak akan pernah berhenti daripada terus mengenali dirinya. Jadi kalau kita kenal hanya sekejap dan berkahwin, kita masih boleh mengenalinya lagi selepas itu.Malah saya sendiri sudah bersedia untuk bergelar isteri.

Bagi kami kenyataan Lisa ini adalah sesuatu yang positif. Lisa pernah menyatakan jua yang kedudukannya sebagai ‘Wajah Eksklusif Astro’ memungkinkan perkahwinannya disiarkan secara eksklusif oleh Astro. Ramai ke jejaka-jejaka yang patah hati dengan keputusan Lisa? Kredit gambar pada Fanpage Lisa Surihani.

***

Seminar Pengurusan Amalan Terbaik Badan Bukan Kerajaan bermula hari ini di Hotel Putra, KL. Telefon 03-20523600 untuk maklumat lanjut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

42 responses to Lisa Surihani – Biar Yusry Yang Umumkan

  1. lisa surihana says:

    thats why i love lisa so much! she’s very professional person! muuaaachhhhxx xoxo to my sis :)

    0

    0
  2. momureen says:

    all the best to lisa..

    0

    0
  3. saya budak terpelajar says:

    wow…1st time aku komen kat sini…:)

    0

    0
  4. tak paham says:

    jawapan seorang yang matang.semoga terus maju dalam industry.we support u lisa!kami doakan yang terbaik untuk lisa.

    0

    0
  5. Sedeynyerrr Haku Nengok says:

    Haku doakan yang terbaik untuk korang berdua…nanti kalau nak wat wedding tue biarlah bersederhana tapi kerlasss…jangan dok kejar sangat title ‘WEDDING OF THE YEAR ‘ tue coz itu bukan jaminan kbahagian untuk korang berdua pun…yang penting cinta & kasih sayang yang berkekalan hingga akhir hayat…

    0

    0
  6. katak itam says:

    lisa lisa lisa..hopefully lakonan lisa semakin baik..bukan nak kondem or what..saya tengok lakonan lisa masih tidak selamba, masih keras dan sedikit kaku..dah tu, asek muka lisa je dekat panggung dengan cerita yang tidak berapa menyerlah. Sepatutnya, kalau banyak filem yang dilakonkan, bakartsemakin baik dan lakonan semakin mantap. ape pun good luck mila (watak lisa dalam ombak rindu) :)

    0

    0
  7. aishahakim says:

    wah best la lisa….jgn bercinta lama2 sgt…
    saya pn bercinta, bertunang n kawin xsmpai setahun but kawan sya lg advant cinta, tunang n kawin dlm masa 4 bulan…kenal n bercinta lama pn belum tentu akan kahwin…doakan yang terbaik untuk lisa…semoga bahagia smpai akhir hayat….
    luv u lisa…!!!!

    0

    0
  8. Norma Jean says:

    Komen yang bagus, dan tetap nampak hint di situ. Hehe.

    0

    0
  9. sasau says:

    orang terpelajar komen pon tiptop .

    0

    0
  10. what the? says:

    you are still young at it lisa, but it all depends on you, marriage was a big and serious thing to care of, so think about it before you made it , all the best for you.

    me hates being matured early in my age, i forgot how to being a happily teens.

    0

    0
  11. hehehe says:

    tu la di katakan org educated…jwpan pun sdp jer ati tak mcm org yg x educated…tahniah n selamat pengantin baru…

    0

    0
  12. aku says:

    jgn kawin dgn yusry..tak ada anak ko nanti..rugi la..muka lawa tp xda anak…jgn buang masa dan air….

    0

    0
  13. alahailisakenapapilihyusry says:

    xde org lain dah ke lisa (ayat unsur nasihat)….slmt bbahagia la..tu je mampu ckp..

    0

    0
  14. amekkaw says:

    Fikirlah semasak masaknya…jgn menyesal kemudian hari

    0

    0
  15. dulu minat skrg dah takde hati nak tgk lisa says:

    kak lisa,
    tak kesah lah nak kawen ngn sesapa pun tapi bukan yusri…sy minat yusri dan minat kak lisa jugak…tpi sy tak minat bila tahu korg nak kawen…mmg xsesuai…

    yusri,
    hebat na..nak org cantik2 je..erra, maya, lisa
    takpelah ko kaya kan???semua perempuan tutup mata je walau pun ramai tahu siapa ko..ngee~~

    suka statemant: jgn dikejar wedding of the year
    dulu ngn erra pun wedding of the year>>
    syok jadi yusri kawen..setiap kali kawen..jadi wedding of the yaer :)

    0

    0
  16. […] Here : Beautiful Nara This entry was posted in Teknologi and tagged Biar, Lisa, Surihani, Umumkan, Yang, Yusry. […]

    0

    0
  17. effariezajohari says:

    yusry selalu dapat aweks yg lawa2..seingat aku, nilah kronologi awek2 yusry:
    1)shasha elite masa elite tgah glemer dengan lagu GIG
    2)wardina masa ni wardina free hair lagi n jadi finalist dewi remaja
    3)erra fazira masa erra tgah glemer dgn lagu pasrah n crita pasrah, dalam crita ni, si norman hakim brlakon kena tgkap basah dgn wilma–pergh, gila kebetulan ye..
    4)lisa..masa lisa tgah top jgk..

    ada jgk dgr2 yusry pernah nak tackle siti nurhaliza, tp tak berjaya nmpaknya sebab ayie halang agaknya..hehehe..

    skdar saje2..

    0

    0
    • rooney macaroni says:

      dia kaya..ape ade hal?? agaknye kalau aku jadi pempuan pon aku syok kt yusri…duit banyak tu..ade lambo lg…perghhhhh untung ko lisa….$_$

      0

      0
  18. based on true story says:

    kemewahan tak menjanjikan kebahagiaan.

    0

    0
  19. entah pape says:

    blaja tinggi-tinggi2, tapi pilih laki macam tuh.
    ada otak, fikir la.

    0

    0
  20. aida AF7 says:

    kesian2…sorang lg bakal memegang title “J”

    0

    0
  21. Lia says:

    Kl dah jodoh yusri dan lisa kita doakan yg terbaik. Tak payah la sibuk cakap org mandul ke apa, diri sendiri tu tgk dulu.. Dunia ni mcm roda kl harinie mengata org , esok lusa kena kat diri sendiri @ keluarga terdekat baru tahu mcm mn

    0

    0
  22. vanine says:

    Kalau dah jodoh Lisa & Yusry, saya sebagai peminat mendoakan yg terbaik buat anda berdua.. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. Suke tgk keikhlasan & kasih sayang yg terpancar bila mereka bersama..

    0

    0
  23. Miiii says:

    aku terima sesiapa saja utk Lisa..tapi bukan Yusri

    0

    0
  24. supersaiya says:

    saya x nk komen byk2 n mngata sbb sapelah sy, hnya hamba yg mnjalani shj, sama sperti anda2 sume.. semoga berkekalan. jgnlah bergantung kpd cinta dan duniawi semata-mata krn ianya nafsu.. nafsu for $$ maybe.. lps kawen harap dua2 berubah kearah yg lbh baek.. yusri dalami ilmu agama utk pimpin is3 begitu jg lisa, dgr ckp suami..

    0

    0
  25. LULU says:

    ala…si lisa nie..sblm nie ngn farid kamil xnak…..xminat lah kat lisa nie…ngn yusry nak plak…maybe yusry kaya kot..hahahaha..

    0

    0
  26. Reena says:

    Jodoh dan maut di tangan Allah..biarlah dia nak kawn ngan yusry pun..kalau itu dah jodoh dia..lebih baik kawen ngan yusry drpd kawen ngan laki org pastu bangga giler tayang2 konon2 loving couple..tak sedar diri merampas hak org macam …..(fill in the blank sendiri lah yer). Kot yer pun lisa jodoh tak panjang itu nasib dia lah drpd kulu kilir bercinta bagai nak rak..tapi kawin seminggu jer..Kawen jer lisa, kalau dgr ckp org sampai bebila pun tak kawen.

    0

    0