Written by AbangNara | June 12th, 2014

Semalam menerusi rancangan H!Live, penerangan penuh daripada Farhan dan Abby Abadi telah pun dipertontonkan kepada orang ramai. Memang penuh dengan kontroversi sungguh. Antara yang menarik perhatian Abang Nara ialah kewujudan orang ketiga dalam perkahwinan mereka seperti yang telah dibangkitkan oleh Abby. Selain itu, hal nafkah zahir juga menjadi topik hangat apabila Farhan memaklumkan yang dia hanya memberikan Abby apa yang dirinya mampu.

abby abadi

Ketika perbicaraan, Abby memaklumkan yang pihak mahkamah yang wujudnya kronologi SMS di dalam telefon bimbit Farhan dengan seorang wanita. Rantaian SMS itu diketahui Abby pada Januari tahun ini, ketika dia memeriksa telefon bimbit Farhan. Malah Abby turut menafikan kenyataan anaknya, Danish yang memohon Farhan agar tidak lagi melepak dan berkaraoke bersama rakan-rakan. Kata Abby:-

Saya tidak mahu komen berkenaan itu (SMS dengan wanita lain) kerana ia tidak memberi manfaat pada sesiapa. Perkara seperti itu tidak berlaku di hadapan mata saya. Perkara seperti ini saya tidak boleh buat main dan menuduh.

Sebenarnya Danish tidak duduk dengan saya, dia berada di Tahfiz. Jadi dia sebenarnya tidak tahu apa-apa yang berlaku di sini. Dia nak bercakap dan berbincang dengan Farhan tapi saya rasa tidak perlu.

Saya melihat Farhan ini cakap pusing-pusing. Apa kuasa saya untuk minta dia ulang kembali apa yang dia cakap pada saya. Padahal SMS yang awal (lafaz pertama) itu dia sudah kata pada saya yang dia tidak berniat untuk menceraikan saya ketika itu

Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah pada hari ini dan kini saya serahkan segalanya pada Allah.

Sementara itu Farhan melahirkan rasa puas hatinya dengan keputusan mahkamah. Semalam semasa di H!Live, nampak seperti Farhan hampir mengalirkan air mata. Kata Farhan:-

Saya puas hati dengan keputusan mahkamah hari ini, kerana perkara ini akhirnya dapat diselesaikan. Dia pun pernah mencederakan saya secara fizikal dan emosi. Dia pernah kata saya tidak mendatangkan kebaikan kepada dia.

Dia telah cederakan saya menggunakan kuku dan kunci motor. Selepas daripada itu saya terus membuat laporan polis. Selepas daripada kejadian itu saya sudah trauma.

Saya tak pasti apa harapan yang dia letakkan pada saya bila dia kata saya tidak mendatangkan kebaikan pada diri dia. Itu media kena tanya dia sendiri. Dari segi nafkah pula, saya beri dia gaji harian saya. Mana-mana sahaja yang termampu.

Gadis yang dimaksudkan hanya rakan sahaja. Faktor umur yang jauh bukan antara punca kami berpecah. Saya juga jarang ke Cyber Café, karaoke dan melepak.

Laporan polis yang telah dibuat adalah untuk Abby jauhkan diri dari saya. Laporan polis ini telah dibuat di Balai Polis Ampang, pada 17 Mei 2014 pada jam 10.15 malam. Laporan ini untuk memastikan saya berada dalam keadaan selamat

farhan dan abby

Semoga apa yang terjadi kepada perkahwinan Abby dan Farhan akan dijadikan pengajaran untuk kita semua. Sudah tertulis jodoh mereka sampai di sini. Semoga tiada dendam dan mereka berdua akan lebih bahagia selepas ini. Sama-samalah kita doakan. Info asal Murai.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 responses to Liputan Penuh Penceraian Abby Abadi & Farhan

  1. OMAIGOTTTTT says:

    Apa lagi nak cakap…melainkan “…. jodoh kami hanya sampai sini…”
    opps: ganas gak makcik abby nih…main2 cakar2 uoalls… :-P

    0

    0
    • Bedah says:

      Abby owhh Abby..
      Dah taw laki tuh tak matang, sebagai yg lebih berumur, bimbing lah suami. Nak tak, sama naik jadi tak matang jugak..
      No wonder lah Norman Hakim angkat kaki kalau perangai mcm singa mcm ni. Macam mana laki tak main kayu 3 kalau perangai macam ni. Dapat pulak Memey yang manja tuh.. Elok je rumah tangga diaorg sekarang (walaupon Memey tuh perampas.)
      Belajar lah dari pengalaman, jangan bengis sangat. Sampaikan Ustaz Azhar idrus pon awak tempelak depan org ramai sebab awak rasa Ustaz tuh kata kat awak padahal dia cakap umum. Jadilah wanita yg penuh dengan sifat kewanitaan, lemah-lembut, manja serta berbudi bahasa. Jangan asyik rasa diri tu betul aje..

      0

      0
      • Anonymous says:

        hahahah trauma kau kene cakar ngan kunci!! lembiknye ko dek!! patut la abby x pregnant, sebelum ni kemain subur ngan abe norman.. ahahah

        0

        0
        • demi says:

          dah tu bini garang sgt, si laki melawan kn di anggap dayus plk.. kluar plk saman si abby kt laki dia, better dia diam je. queen control detected

          0

          0
        • Anonymous says:

          ni la masalahnye klu kawen sbb nak buat seks je, konon nak elak zina, pastu susahkan anak2, runtuhkan rumah tangga.. dunia ni sementara je ustazah abby, jgn kemaruk nak kawen tanpa nak pilih2.. jgn pakai harung je sesape pun janji dapat lunaskan nafsu serakah.. mamat tu sah2 la xboleh pakai, xkerja, keje ngan ko je pulak tu, ko ingat dia kawen ngan ko nak ape? nak ko jadi sugar mummy halal dia je! umur dah tua tp pikiran pendek! lelaki mcm tu campak lombong pun buaya xnak makan, ko je desperate terhegeh2… nape la bnyk pompuan bodoh kat dunia ni???

          0

          0
        • Sangkak says:

          citer abby ni x de citer lain….gaduh, kawin, cerai…itu saja lah citer ko.
          jadi lesbian la senang…semua laki ko gaduh.
          muak..buat malu nama Islam je.

          0

          0
        • Kali ke 3 ? ... says:

          Betul ke Abby dah kawin 3 x ? …. bukan kahwin kali ke 2 dngn Farhan ?
          Sy mmg tak follow artis sngt. Ini pun masuk BN tak sengaja. Sy lbh kpd PERMASALAHAN MANUSIA … BILA BACA KOMEN KITA BLAJA APA YG ORG FIKIR SBENARNYA tentang sesuatu kes. Dilema & konflik seseorg. Berbicara scra santai. Jd kita boleh buat KAJIAN KAJI SELIDIK, respon & polar pemikiran masyrkt awam pelbagai peringkat umur & tahap akademik dlm satu2 isu wlpn komen berbentuk solusi tiada. Sekian.

          0

          0
  2. Anon says:

    Firsttttttt!

    0

    0
  3. MeeMaggie says:

    Firsttttttttttttttt!!!

    0

    0
  4. loveydovey says:

    sudah2 laaa tu…. cukuplah memuka aib masing2…. simpan sahaja biar jadi kenangan…. baik buruk dia, dia tetap pernah bertakhta di hati masing2 dulu kan… :)

    0

    0
  5. abc123 says:

    yg mana 1 yg betul ntah ni.. tp yg pasti, yg x betul tu mmg fitnah la kan.. ish3 teruk..

    0

    0
  6. skudiver88 says:

    stopla cte dorg ni.da lps tu biarkan jela.msg2 perlu move on.aku cdgkan si farhan ni pgla sambung blaja.belambak ipta/ipts yg ko blh mohon.pg blaja n bergaul ngan ramai org.dah abes blaja pg cri keje bagus2 brula blh sara anak bini. yg pntg pengalaman yang ko dpt skang ni lg mendewasakan dan mematangkan ko. Allah bg otak n akal pkla baik2..

    0

    0
  7. baya says:

    xsampai sebulan bercerai dah start dah active kt media sosial. dulu elok senyap. kene ke luahkan perasaan kt media social kalau ko tu artis?(im not your fan tho). publisiti murahan. tak padan dengan umur dan ber “agama” si abby ni nak wat lek wat peace bagai. dulu aku tak suka memey tp skang aku rase better lg memey dr die ni.

    0

    0
  8. anon says:

    Habis sape yg cakar si farhan tu, sb ade bukti gambar??? Ke kucing dia org…… Tapi ape2 pun bagi aku si abby ni bukan org yg baik2, nampak kat airmuka dia tu. Hmm….kalau tak, takkan lah si norman lari… Ok, Q mana2 jantan terdesak yg nak nikah dgn minah rimau ni.

    0

    0
  9. naura says:

    masa kawin nk cepat2 senang crite… bile bercerai tudia… penye pusing2 cerita berjela2…

    0

    0
  10. angeline chantal says:

    bkn setakat norman si ex husband tak tahan, zul ariffin si ex boy friend pun tak tahan jugak.. bwak2 lah bertaubat nasuah & berubah wahai makcik oii, umur pun dah nak masuk 4 series..

    0

    0
  11. angeline chantal says:

    typing eror – taubat nasuha

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Kita tidak berada di tempat Abby, jadi jangan la kita menuduh bukan2. Apa nak buat kan ,dah nasib Abby. Mungkin perangai Abby pun salah satu dari faktor tersebut.Dapat suami pertama, bercerai tapi peminat tak tau kesah sebenar mereka. Dapat suami kedua si Norman kaki pompuan pulak sampai bersekedudukan macam suami isteri hingga kena tangkap khalwat dengan si Memey. Dapat suami ketiga si Farhan, lebih muda dari Abby dan masih belum bersedia untuk jadi seorang suami. Bila kawin secara tergesa2 dan secara koboi, akibatnya si suami tak dapat la nak membimbing isteri yang dah berumur dan selalu naik angin. Dari itu saya sarankan jika kawin kali ke empat insyaAllah, cari la Pak lebai yang dah berumur dan sanggup melayan kerenah Abby .

    0

    0
    • BENCI LELAKI GATAL .. says:

      Adakah anda ada bukti Norman Bersekedudukan. Maksudnya Norman TINGGAL BERSAMA2 SERUMAH & BERZINA DNGN WANITA TANPA NIKAH … BERAT TUDUHAN AWK ini SEKIRANYA TUDUHAN AWK TDK BERASAS. AWK TELAH MELAKUKAN DOSA BESAR. Klu benar tdk perlu bercerita di sini. Itu namanya BUKA AIB saudramu. Smua org kenal norman & org tak tahu perkara bersekedudukan tu. Klu kes ZAKUAN mmg smua org tahu dia mmg KAKI BETINA b4 & aftr married.Norman mungkin suka melayan perempuan tp kaki perempuan tu tak pasti. Kaki Perempuan/betina di takrifkn lelaki suka BERZINA. Sekian.

      0

      0
  13. Anonymous says:

    Sebab dah bukak beautifulnara and ni antara cerita yang di feont page, baca jugak la. Tapi tak habis pun sebab terus terang dah muak baca cerita cerai diorang. Masing masing gila glamour, macam takde perasaan malu.

    0

    0
  14. sempoi says:

    mane satu btl pun dh tak tau daa….itu laa org kate time bercinta sume indah..kentut pun jd perfume bl dh tak ske,semua ungkit..adat laa kann…

    0

    0
    • Zaaaasssz says:

      Sempat ke diorang bercinta? Hari tu kawen koboi je.. rushing – kerana Allah kata nya. Kalau kerana Allah pun boleh je tahan dan buat proper wedding kan. Nampak sgt kerana nafsu. So, ni lah hasil nya.

      0

      0
  15. fed up says:

    I swear the ugliest bitches got the most to say like Abby.

    0

    0
  16. […] Liputan Penuh Penceraian Abby Abadi & Farhan (24) […]

    0

    0