Written by Bella | October 1st, 2015

Saat Linda Rafar mengumumkan bahawa suaminya Syed Aiman telah melafazkan cerai kepadanya, seluruh peminat industri hiburan tanah air merasa terkejut apatah lagi Linda sedang berbadan dua.

Walaubagaimanapun, Syed Aiman tetap tidak mengakui tindakannya itu meskipun Linda sudah hadir ke mahkamah untuk mengesahkan lafaz cerai tersebut. Sudah agak lama tidak mengetahui perkembangan terkini kes mereka, rupa-rupanya Linda dan Syed Aiman dalam diam cuba untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Setelah dilanda pelbagai ujian, Linda menerusi portal Utusan Online berkata beliau dan Syed Aiman kini dalam proses untuk rujuk semula.

Masih ada rasa cinta dan kasih sayang antara satu sama lain, Linda sebenarnya dari awal lagi mahu cuba yang terbaik untuk menyelamatkan rumah tangganya.

Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini. Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut.

Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif. Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami. Kami juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah seterusnya demi mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini.

Kami kembali ini juga kerana Syed masih sayangkan saya dan anak-anak. Saya akui, sikap tidak matang saya membuatkan saya cepat membuat keputusan yang terburu-buru.

Kedua-duanya yang pernah gagal dalam perkahwinan pertama tidak sanggup lagi untuk menghadapi perkara yang sama.  Linda turut meluahkan rasa syukur serta mengakui segala yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.

Kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Perkara itu memberikan kami banyak pengajaran. Takut lagi untuk hadapi semua itu. Tapi, saya bersyukur kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sendiri perlu bersangka baik jika diuji perkara sebegini. Doakan kami ya.

Alhamdullilah,  rasa kasih sayang dan cinta yang kuat didalam hati Linda Rafar dan Syed Aiman merupakan sinar untuk mereka kembali bersatu sebagai suami dan isteri. Apa yang berlaku sebelum ini jadikan pengajaran, ayuh sama-sama doakan kebahagiaan mereka.

Sumber Berita: Utusan Online

18 responses to Linda Rafar Dan Syed Aiman Dalam Proses Rujuk Semula

  1. sodo says:

    hidung mcm jambu aiq linda ni…..

    0

    0
    • Anonymous says:

      gambar yg pka baju hijau tu…..

      0

      0
    • Lembu Gemok says:

      Tau pompuan mengandung mudah sensetif, tp kadang2 kena control gak guna iman yang ada…dah menyesal nak rujuk balik plak….agak2 laa…pantang betoi jenis nak serbu gilla2 aritu, then da rasa ok nak berbaik balik…nasib jantan tu nak…

      0

      0
      • minah jambu says:

        laki dia yg dh kena bodoh2 ngan si linda niii…linda cakap macm2 pasal laki dia at last nk balek ngan laki huh !

        0

        0
    • minah jambu says:

      gambar yg linda pakai kaler ijau tu linda Nampak macm mak cik mak cik macm dh tua gitu or mungkin dia stress or make up ..

      0

      0
  2. apa punya turr says:

    Dah malu nak salahkan sebab mengandung.. Tu laa len kali jangan sumer benda nk upload kt internet.. Tak pasal2 aibkan kuarga sendiri.. bodo..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    patut hal umh tgga xyah share kt media sosial.. nnti yg malu diri sndiri.. mula2 org salahkn laki ko.. last ko yg nyesal sbn tindakan ko.. org kutuk lak ko.. dan faktor mngandung jgk yg disalahkn..

    0

    0
  4. saya suka says:

    Alhamdulillah..dah korang yg komen negatif jgn nak tambah dosa. yang penting diorg xjdk cerai.. mmg org ngandung ni cepat sensitif. hanya org dh mengandung je faham perasaan tu.

    0

    0
  5. babun says:

    las malu sdiri aibkn suami smua…tebal muka lo hdg jmbu ni..

    0

    0
  6. hidong jambu says:

    sikit2 nak upload tu la jadinya…nak kata tak matang anak da berderet…jangan jadikan alasan mengandung nak tutup kebodohan sendiri…memang la time mengandung hormon serba serbi tak kena…cuba istighfar banyak2…lempar hp tu jauh2 bila time moyan tu datang..tak le dok upload bukan2…
    nasib le aiman tu nak rujuk gak…buatnya ego dia sampai langit ke tujuh…mendapat la title mak jan ko linda…sabar je la…

    0

    0
  7. nok gebuzzz says:

    pin yg baju hijau tu npk tua….sorry

    0

    0
  8. kamal says:

    nape muka linda ni dh x cantik…..dan mcm muka ramlah ram je…..patut la laki buat hal…..dgr citer mertua dia x suka dia dr mula2 kawin dulu……blk umah mertua blagak bawa budaya bandar dia tu…..malas masak malas buat tu ni…….

    0

    0
  9. Anonymous says:

    ramlah ram lg lawa dari dia……

    0

    0
  10. . says:

    gersang la tu,

    0

    0
  11. mak minah says:

    huhuhuhu..len mcm tgk muke yg berbaju hijau…mmg ia ni x lawo pong hehhh…koya2 flawless la sgt…. phuweeiiii…tepek bedak foundation bagai….tang mane flawless la aku pn x tau…sedih sedih

    0

    0