Linda Rafar Dan Syed Aiman Dalam Proses Rujuk Semula

Hiburan

Linda Rafar Dan Syed Aiman Dalam Proses Rujuk Semula

Saat Linda Rafar mengumumkan bahawa suaminya Syed Aiman telah melafazkan cerai kepadanya, seluruh peminat industri hiburan tanah air merasa terkejut apatah lagi Linda sedang berbadan dua.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Syed Aiman tetap tidak mengakui tindakannya itu meskipun Linda sudah hadir ke mahkamah untuk mengesahkan lafaz cerai tersebut. Sudah agak lama tidak mengetahui perkembangan terkini kes mereka, rupa-rupanya Linda dan Syed Aiman dalam diam cuba untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Setelah dilanda pelbagai ujian, Linda menerusi portal Utusan Online berkata beliau dan Syed Aiman kini dalam proses untuk rujuk semula.

Masih ada rasa cinta dan kasih sayang antara satu sama lain, Linda sebenarnya dari awal lagi mahu cuba yang terbaik untuk menyelamatkan rumah tangganya.

Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini. Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut.

Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif. Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami. Kami juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah seterusnya demi mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini.

Kami kembali ini juga kerana Syed masih sayangkan saya dan anak-anak. Saya akui, sikap tidak matang saya membuatkan saya cepat membuat keputusan yang terburu-buru.

Kedua-duanya yang pernah gagal dalam perkahwinan pertama tidak sanggup lagi untuk menghadapi perkara yang sama.  Linda turut meluahkan rasa syukur serta mengakui segala yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.

Kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Perkara itu memberikan kami banyak pengajaran. Takut lagi untuk hadapi semua itu. Tapi, saya bersyukur kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sendiri perlu bersangka baik jika diuji perkara sebegini. Doakan kami ya.

Alhamdullilah,  rasa kasih sayang dan cinta yang kuat didalam hati Linda Rafar dan Syed Aiman merupakan sinar untuk mereka kembali bersatu sebagai suami dan isteri. Apa yang berlaku sebelum ini jadikan pengajaran, ayuh sama-sama doakan kebahagiaan mereka.

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...