Linda Rafar Dakwa Diceraikan Suaminya, Syed Aiman Pagi Tadi

Hiburan

Linda Rafar Dakwa Diceraikan Suaminya, Syed Aiman Pagi Tadi

Teka-teki tentang satu gambar yang telah dimuatnaik oleh Linda Rafar hari ini akhirnya terjawab jua. Linda Rafar mendakwa suaminya, Syed Aiman telah pun menceraikan dirinya pagi hari ini kira-kira jam 7 pagi. Perkara tersebut telah disaksikan oleh ibu dan anaknya. Ini satu berita yang amat menyedihkan dan mengejutkan.
linda rafar cerai

Kata Linda Rafar:-

Advertisement

Dia (Syed Aiman) lafazkan cerai disaksikan oleh ibu dan anak saya. Bagaimanapun selepas itu dia menyesal tetapi pada saya sudah terlambat. Hati saya sudah hancur dan saya kini trauma.

Untuk makluman, Linda Rafar kini sedang hamil 3 bulan. Ini adalah anak ketiga hasil perkahwinannya dengan Syed Aiman. Apabila diajukan tentang masalah yang melanda rumah tangganya, Syed Aiman memaklumkan yang dia tidak tahu apa-apa. Kata Syed Aiman:-

Saya kini berada di rumah, tak ada apa-apa pun berlaku dan semuanya ok saja. Saya tak tahu apa yang dia (Linda) muat naik di Instagram. Kalau tak diberitahu, saya memang tak tahu apa-apa.

linda rafar cerai

Linda Rafar bakal ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam esok untuk mengesahkan lafaz cerai ini. Sesungguhnya lafaz talak adalah satu perkara yang tidak boleh dibuat main-main. Sama-sama kita nantikan perkembangan. Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...