Kalau dah namanya selebriti, sudah tentu segala perbuatan akan diperhatikan dan menjadi bualan ramai. Lebih-lebih kalau melakukan perkongsian gambar yang agak romantis dan intim. Itulah yang sedang berlaku kepada pasangan suami isteri Zain Saidin dan Rozita Che Wan selepas berkongsi gambar mereka berdua di dalam bilik di Koh Samui baru-baru ini.
Bagusnya menurut Zain, dia dan Che Ta tidak ambil pusing dan tidak memberikan perhatian terhadap komen-komen yang diterima menerusi akaun media sosial mereka. Kata Zain menerusi Mstar Online:-
Letaklah gambar apa pun mesti akan jadi perhatian. Pertikaian orang tentang foto itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan malah kami sudah biasa dengan situasi ini. Malah saya sudah mengjangkakan reaksi peminat apabila saya memuat naik gambar itu dan saya tidak mahu ulas panjang mengenai perkara itu. Setakat ini saya tidak melihat ia mendatangkan apa-apa keburukan dan jika ada baharulah saya akan buang gambar itu.
Kalau dah tuan punya gambar tak nak buang dan rasa gambar yang dikongsi tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang yang melihatnya, siapalah kita untuk mengomen lebih-lebih. Yang penting, Zain dan Che Ta bahagia dengan kehidupan mereka. Kalau nak ikut cakap orang lain, memang boleh tunggang-langgang hidup dibuatnya. Tak gitu?