Agak pelik juga apa yang dilakukan oleh Leina Hangat ini. Selalunya kalau wanita yang sudah berhijrah, kebanyakannya akan terus memadam gambar-gambar seksi dan tidak menutup aurat daripada laman sosial. Namun buat Leina Hangat, dia tidak berbuat demikian untuk memberi pengajaran kepada orang ramai.
Kalau ada yang berfikir keengganan Leina Hangat memadamkan gambar-gambar lamanya adalah kerana ingin bermegah dengan kehidupannya yang dulu, anda tersilap. Menurut Leina, orang ramai boleh membuat perbandingan gambar lama dan baharu untuk dijadikan panduan dalam hidup mereka. Kata Leina kepada Mstar Online:-
Menerusi gambar-gambar semasa zaman jahiliah dan terkini (ketika bertudung), mereka boleh membuat perbandingan dan seterusnya mengambil pengajaran supaya tidak meniru kehidupan lampau saya.
Untuk makluman anda, Leina Hangat mula bertudung Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan. Abang Nara suka dengan kata-kata Leina Hangat apabila ditanya bagaimana dia mendapat hidayah. Jawapannya sangat senang. Tak ada cerita seperti kepala melekat di sejadah dan sebagainya
Jika ada yang bertanya bagaimana saya mendapat hidayah, saya tiada jawapan namun perjalanan untuk menjadi insan yang sempurna masih panjang. Saya bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk mengubah diri dan kehidupan saya selain meninggalkan larangan yang pernah saya lakukan semasa zaman jahiliah dahulu.
Hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya apabila saya diberi hidayah dan kesedaran untuk berubah. Tentang perkara lalu tidak perlu saya kenang lagi. Perubahan tersebut juga membuatkan diri saya lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan
Semoga kehidupan Leina Hangat akan lebih diberkati, dirahmati dan terasa ketenangannya selepas bertudung. Mungkin boleh tanya orang yang lebih arif mengenai gambar-gambar zaman jahiliah anda. Tanyalah sama ada perlu dipadam atau tidak. Pasti ada jawapan yang lebih konkrit daripada mereka.
P.S: Lelaki buat pembedahan untuk kelihatan seperti Superman