Written by Bella | February 12th, 2015

Leez Rosli yang kini sudah bergelar isteri kepada Aepul Drama Band pada Disember 2014 telah meluahkan hasrat beliau sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu dan berharap agar rezeki memihak kepada mereka lebih awal.

Kami memang mahu anak, kalau boleh awal. Cuma belum ada rezeki lagi sekarang.

Berkongsi mengenai kisah perkenalan beliau bersama Aepul, ianya bermula apabila mereka bertentangan mata buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program di Johor Bahru sekitar tahun 2012. Mereka menjadi rapat selepas Leez menjadi salah satu model bagi muzik video kumpulan Drama Band.

Memang kami tidak pernah kenal sebelum ini, ternyata pertemuan kali pertama itu sedikit merapatkan hubungan kami yang bermula sebagai rakan. Selepas itu kami berdua semakin rapat apabila dia meminta saya menjadi model untuk video klip kumpulannya.

Sifat memahami  Aepul membuatkan beliau istimewa di mata Leez .

Dia adalah seorang yang memahami, saya boleh kongsi macam-macam dengannya.

Rupa paras bukan ukuran untuk mencapai kebahgiaan dalam rumah tangga. Sifat tolak ansur dan saling memahami kehendak pasangan adala kunci utamanya. Mengikat lagi rasa sayang adalah apabila mula mendapat cahaya mata. Semoga hasrat Leez dan Aepul untuk menimang cahaya mata dimakbulkan.

Sumber Berita: Utusan Online

14 responses to Leez Rosli Sudah Bersedia Untuk Bergelar Ibu

    • Anonymous says:

      Jangan lupa angkat kaki tinggi2 lepas bersama… Petua “Laga”…

      0

      0
    • alatok says:

      Baru kawin statement bukan main, dia amat memahami.. sok sok bila dah bercerai.. Kami dah tak sehaluan n mula bukak aib luar dalam.. nyampah tul ngan artis sendu2 nie..

      0

      0
  1. ANON says:

    ni pon nak kuar gosip ke? dh xde idea lain ke abg nara?? boringggg..

    0

    0
  2. hakak pprt says:

    Leez,,,awk manis b’tdung

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Itu la cinta. Cinta bukan hanya pada paras rupa tapi dihati. Cinta yang ada pada kebanyakan artis hanyala dicinta di mata terus ke kocek. Kalau ada title Datuk ke kerabat diraja ke, lagi la cinta. Tapi couple ni lain. Keserasian yang penting .So sweet…..

    0

    0
  4. NKD88 says:

    Leez cantikkkkk pakai tudung :)

    0

    0
  5. azrams says:

    “Rupa paras bukan ukuran untuk mencapai kebahgiaan dalam rumah tangga. Sifat tolak ansur dan saling memahami kehendak pasangan adala kunci utamanya.”

    Tak paham dengan ayat abang Nara nie. OK jer rupa paras kedua2nya. sepandan. maksud ayat nie tuju pada diorg ker or camner. Nilai diri sndr sblm menilai orang lain.

    0

    0
    • Saya^Ada^Note^3 says:

      Aku setuju ngan statement hng…

      0

      0
    • alatok says:

      Betul aku setuju ngan ko.. si nara nie yang rupa paras tak sepadan.. nara tak hensem.. bini dia pun tak lawo.. bila senyum nampak muka bininya cam menyerigai..

      0

      0
  6. min says:

    biar rupa tidak handsome asal hati baik dan sayang isteri, kalau handsome ramai yg berkenan ntt lupa diri

    0

    0
  7. mojo says:

    Gambar kau kawin sikit je,cer kau tengok lofa kelantan.abg nara siap buat stock lagi.birthday tua je kot.

    0

    0