Written by AbangNara | August 10th, 2015

Sekiranya anda seorang peminat bola sepak, pastinya anda akan mengetahui permusuhan hebat antara pasukan Manchester United dan Liverpool. Kedua-dua pasukan English Premier League ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Peminat masing-masing pun boleh dikatakan fanatik dan pasti akan bengang sekiranya pasukan kegemaran mereka diusik. Abang Nara ialah seorang peminat Manchester United dan menghormati rakan-rakan yang meminati pasukan lain.
kj liverpool

Namun apabila Khairy Jamaluddin (peminat Manchester United) mengeluarkan kenyataan secara bergurau iaitu menyokong Liverpool sama seperti menyokong PAS, memang terbakar dibuatnya para penyokong The Reds. Salah seorang daripadanya ialah Faizal Tahir yang menyifatkan lawak Khairy Jamaluddin sebagai a very-very bad joke.
kj liverpool

Tambah Faizal Tahir lagi:-

Mmm.. Tak cakap pun tak jadi. Pada saya “lawak” dia jadi. Jadi bodoh. Please Sir, i believe we are better than this. We could all be better than this. Jangan biar anggota badan lain mengatasi akal.

We all have choices. So respect other peoples’ choices as long as they dont go against ethics n religion demands. A reminder to myself n all. Together we learn n improve ourselves which are full of flaws. Insha’Allah. Allah bless all. Ameen.

Let us fear Allah SWT alone. Take care of urself n ur heart everyone. ? Kita diberi pilihan dalam hidup. Hormatilah pilihan orang lain selagi tidak melanggar etika dan tuntutan agama.

Peringatan utk saya dan semua. Sama2 kita belajar n perbaiki diri kita yg penuh kelemahan. Semoga kita dlm rahmat Allah selalu. Insha’Allah. Biarlah takut kita hanya pada Allah SWT. Jaga diri dan hati semua ? Have a great week ahead.

kj liverpool
Berdasarkan pemerhatian Abang Nara di laman sosial, rata-rata penyokong Liverpool melahirkan rasa hilang respek kepada Khairy Jamaluddin. Ternyata lawak tidak menjadi KJ ini telah membuatkan imej seorang menteri sempoi yang dimilikinya selama ini rosak. Semoga di masa hadapan lebih berhati-hati. Bab-bab bola jangan buat main. Sedangkan laki bini boleh bergaduh pasal bola, inikan pula menteri dan rakyat biasa. Hehehe.

32 responses to Lawak Khairy Jamaluddin “Sokong Liverpool Macam Sokong PAS” Tak Menjadi – Faizal Tahir

  1. safiq copot says:

    x yah nak beria ia sgt la sokong team ko tu FT n KJ..

    0

    0
  2. aku tetap aku says:

    Teserlah ke Man United KJ. aku perhati lame dah budak ni. makin hari makin menjadi.. dont mix sports with politics. mentang2 ko YB sempoi. sekarang tak lagi lah. aku team liverpool. makna nya next PRU aku nak undi PAS lah. sebab kalau aku undi BN, sama mcm aku betray liverpool. Bad joke KJ. lame!

    0

    0
  3. Cpns says:

    Alah… Bdk baru nak naik… Mcm gitu la… Dasar kaki kipas!

    0

    0
  4. Makin lama makin ramai plak pak menteri menunjukkan kebodohan mereka..hahaha

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Tak payah lah taksub sangat pada bola sampai nak gaduh. Entah apa2 lah korang ni. Bukan kelab bola tu pun bagi korang makan

    0

    0
  6. dikcik says:

    ni bukan sbb bola ke apa…tp tahap kecerdikan seseorang bila mengeluarkan kenyataan.

    0

    0
    • anon says:

      Tahap kecerdikan apenya….??? Kan psl bola tu. Kalau psl kecerdikan, no one can beat KJ, admit it. Kenapa dah rase diri tu terer sngt ke. Dia cume bergurau la ngok…
      Kamu tu cerdik sngt ke, belajar tinggi mana????? Yg marah tu semua penyokong pas….

      0

      0
  7. nnn says:

    sebab terlalu sempoi.
    habis kalau sokong team bola malaysia macam mana?
    ha jadi la macam ni.
    kalau setakat sempoi. tapi takde membawa perubahan.
    cakap jelah mampu.setakat rajin main twitter, bergambar2 dgn artis,budak muda.
    mana2 menteri boleh buat.
    and please stop la mengipas.

    0

    0
  8. kelkatu says:

    Aku penyokong liverpool jugak, mcm kau lah faizal, tapi takde pulak nak tunjuk samseng & kurang ajar. Sb dia cume melawak je. Faizal ni dah besar kepala ingat popular sngt ke. Honestly aku tak pernah dengar pun dia nyanyi or tak tau pun lagu2 dia or filem ape dia berlakun. So dont be such a big head la faizal, artis suam kuku. So shut up, and gih duk dlm gua and mind yr own business. Ajak sekali yr fren hafiz tu. Menyampah…

    0

    0
    • kelkatu ker manusia says:

      ko xkenal faizal tapi ramai lagi orang kenal dia.

      tapi ko? ada ke yang kenal? manusia yang teringin nak jadi kelkatu> so rubbish!

      0

      0
    • ANon says:

      hahah..memang dasar kelkatu yg hidup beberapa jam je..patot la tak kenal Faizal Tahir tu sape?? Giler ko tak popular? suam kuku?? ko ni duk celah batu mane?? Memang patot pon FT tegur KJ mcm tu.. ramai lagi menyampah dgn ko..sialll

      0

      0
  9. anon says:

    WHO ARE YOU FAIZAL TAHIR? OH RIGHT, YOU ARE A NOBODY, SO SHUT UP….

    0

    0
    • Inn says:

      Laa kau lagi. Yang atas tu kau, yang bawah ni kau. Kau ni mesti KJ kan? Kau tak kenal FT. Kau mesti duduk dalam gua kan? Cukup-cukup la memalukan diri kau kat sini.

      0

      0
  10. josh says:

    Tak payah nak emo sngt la faizal. Tu cuma gurauan. Pasal bola pun nak naik angin…..kurang ajar.
    .Aku mmg penyokong KJ….

    0

    0
  11. melati says:

    oklah korang KJ (korek jobo) lah ramai2 idola korang tu

    0

    0
  12. Hana says:

    Lol at Malaysian who cant take a joke.

    0

    0
  13. Anonymous says:

    wth!!!!!!! KJ ni bajet je…..konon jiwa rakyat…menteri smue bodoh je

    0

    0
  14. akutgkbola says:

    Heee….dh tu sembang pasal DERMA kang turun pangkat xjd menteri….sembang bola la….#PLAYSAFE

    0

    0
  15. dina says:

    lerrrr…apa yg salah nye???
    KJ peminat MU….kalau dia sokong liverpool mcm sokong PAS lah…sbb dia org UMNO.

    0

    0
  16. aku says:

    ni bkn soal sokong team/ semangat kesukanan..tp ni statement bodo dr menteri!
    takde sensitiviti & adab…sedap mulut je..
    blajar tinggi2 tp akal pendek pontarak guna o…!

    0

    0
    • che ton says:

      btul3… jgn memperlekehkan peminat team lain la… dia ingat kt m’sia ni semua penyokong MU or umno?? come on laa… nowadays, menteri sumer dh panas bontot sbb kes 1mdb… hahahahha…

      0

      0
  17. Anonymous says:

    OMG well said Faizal Tahir. Congratulation…

    If you want someone to respect you, please learn to respect them first

    0

    0
  18. AA says:

    punya la masing2 taksub dgn kelab bola…lepas tu sekarang saling sakit hati sesama sendiri…gelak besar setan…macam ni punya senang dia cetuskan kebencian sesama kita..

    p/s saya bukan ustazah…

    0

    0
  19. mya kurtis says:

    dah makin ramai menteri yg show off ke’stupidan’ meka..huhuhu

    0

    0
  20. dfff says:

    Dulu dan sekarang saya benci MU. Tapi tak mau singgung perasaan peminatmya. Saya adalah Liverpool dan saya bangga sampai sekarang

    0

    0