Written by serenity | March 10th, 2016

Lana Nodin dan suaminya mengakui baru-baru ini bahawa dia telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 4 kg di sebuah hospital swasta Januari lepas yang diberi nama Gia Quinn Mckienzie.

Berita kelahiran itu bagaimanapun dirahsiakan olehnya dan hanya diketahui apabila seorang pengikut Instagram Lana dari Singapura mengucapkan tahniah kepadanya kerana terserempak dengan Lana, suami dan anaknya.
 photo 12446161_757903267674551_1060556920_n.jpgMenurut Lana melalui Harian Metro, dia akur permintaan suaminya yang mahu kelahiran Gia tidak dihebahkan.

Budaya di sini dan di negara luar sangat berbeza apabila membabitkan soal kelahiran anak. Suami cuba mengelak supaya Gia tidak terlalu diberikan perhatian, terutama dalam tempoh berpantang. Sebagai isteri saya akur.

Lana memberitahu David tidak mahu perhatian dan paparan kepada umum memberi kesan buruk kepada anaknya itu. Berita kelahiran anak itu menjadi viral kerana perkara itu tidak disedari oleh sesiapa.

Sebelum ini, ada beberapa teman rapat mengetahui kelahiran Gia, tetapi atas kehendak David, mereka menghormatinya dan tidak dihebohkan.

Bagaimanapun, isu itu dilaporkan dan tidak boleh dielakkan. Sebagai selebriti pasti ke mana saya pergi orang tahu. Terima kasih atas ucapan tahniah yang diberikan di laman sosial saya. Kami sekeluarga amat menghargainya.

Lana juga merancang untuk mengadakan majlis kesyukuran dan cukur jambul untuk anaknya itu dan sebelum ini bercadang untuk memperkenalkan Gia kepada rakan media waktu itu.

Rancangan kami mahu menjemput beberapa rakan media yang rapat untuk bertemu Gia pada majlis yang sedang dirancang itu. Tidak sangka pula berita kelahiran Gia diketahui lebih awal. Saya mohon pelbagai pihak mendoakan Gia dan kesejahteraan kami sekeluarga.

David akan membawa Lana dan Gia pulang ke Amerika Syarikat selepas kenduri kesyukuran tersebut untuk mempertemukan isteri dan anaknya itu kepada keluarganya di sana.

Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai “Cindua Mato” pada 25, 26 dan 27 Mac ini di Panggung Sari,…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016

34 responses to Lana Nodin Tidak Hebahkan Kelahiran Anak Kerana Tidak Mahu Perhatian

  1. wanita berkalong sorban says:

    aku makin hari makin suka attitude pasangan ni..mat saleh lagi la xnak hebahkan pasal anak..good job..dan tahniah lana serta suami..semoga anak lana sentiasa dalam lindungan Allah swt dan menjadi seorang anak yang taat pd ibu bapa.amin

    0

    0
    • Anonymous says:

      Dia dh ngandung dulu lah sblum kawin….mcm diana danielle…. so kena lah sorok bila dia dh bersalin….

      0

      0
      • Anonymous says:

        Gile jahat… ko tau tak fitnah ko ni membawa maksud yg anak lana tu anak luar nikah.. apa la dosa budak tu ngan ko.

        0

        0
        • Kak Bed is back!!! says:

          apa laa salah baby tu??
          dengki la tu tak dapat jantan kokesyen.. mengidam anak mata biru itu pasal mulut lahar menabur fitnah yg bukan2…
          duduk dendiam ajelah tijah… org tu dah selamat beranak dah pon..

          0

          0
      • Anonymous says:

        tak baik fitnah melainkan ko ada bukti betul dia pregnant sebelum nikah. Ko tak rasa bersalah ke haa..pelik betul..ingat kifarah sikit. Esok kena kat ko baru tau

        0

        0
      • Anonymous says:

        sian ko neh..bila org tak hebahkan pasal anak, tuduh bukan2..bila hebah kata menunjuk..
        kau nak ape sebenarnye? kaki???

        0

        0
      • wanita berkalong sorban says:

        harap lana dan suami maafkan spa2 ckp anak luar nikah..kita xda bukti nak tuduh..harap bnda macam ni x smpai ke padang masyhar..mau x merangkak mencari.

        0

        0
  2. Anonymous says:

    Bila tarikh lahirnya……

    0

    0
  3. Anonymous says:

    lepas ni mesti ada yang pertikaikan nama anak dia. kihkihkih

    0

    0
  4. Kertas Hijau says:

    Laki dia elok. Berair cipap gatal aku tengok. Tuuuuuungggggg rrrr Lana!

    0

    0
  5. Anonymous says:

    tK suka sangt pompan ni..bagus part mana tu dia ni? crita apa..filem apa dia berlakon..pelakon extra skg pun dah pandai cari publisiti..kesian mat salleh ni..dia perasan bini dia glamour sngat..kalau ning baizura tu lainlah..

    0

    0
    • lopi says:

      hehe dari kao agaknya perasan nak jadi retis last2 nyanyi kat umah orang kawen tu pun nangis2 nak nyanyi..biolah sekurang2 nya aku minat lana nodin ni ada kecantikan tersendiri..aku suka je lakonan dia..pandai masak dari aku yg pandai goreng telor je..abih kao ingat kao tu sapa x suka org..puhh ni stok2 tak dapat tackle jejaka ensem la

      0

      0
  6. Anonymous says:

    Ni baru betul… Tahniah, Lana.

    0

    0
  7. anon says:

    kah kah kah tu la org malaysia ni bias, Lisa & Yusry tak nak tunjuk gbr anak dikatakan poyo, yang ini pulak tak heboh melahirkan anak dikatakan bagusss

    0

    0
    • Anonymous says:

      Meh aku tlg jwb lah.. Menurut pemerhatian aku yg sering mengikuti perkembangan artis seni tanahair malaysia yg dicintai nih, lana nordin sejak dari awal pregnant dia tidak begitu hebahkan pasal pregnancy dia. Dia cuma ckp dia pregnant masa memula je pastu dah takde pape berita mengenai itu. Dia pun takda update pape kat dia punye media sosial. Lain sekali dgn pasangan yusry-lisa. Slalu update perkembangan masa pregnant samada diorang sendiri atau wartawan. Dah tentu la org jadi teruja untuk tau psl baby diorang. Alih2 bila dah bersalin tetibe nk sorok anak… Tak ke pelik tuh.

      0

      0
      • Anonymous says:

        lisa dan yusry sama2 artis dan lbh ramai peminat banding lana.

        0

        0
        • Anonymous says:

          Tak kisah la lebih ramai peminat ke apa… bila dah selalu update perkembangan masa mengandung tetiba ko sorok anak bila dah bersalin, pasti la org akan kata poyo… lana mana ada dia update pape kat social media dia. Jadi rasanya tak perlu pertikai atau tuduh malaysian bias terhadap sesape.. kan.

          0

          0
        • Anonymous says:

          tak faham aku..kalau part kwin..buat besar besaran..sponsor bagai..part dah beranak tak nak publisiti pulak..nasihat aku jgnlah takut tak bertempat..bukannya. blum kwin pun..mesti ada benda yg di sembunyikan yg kita tak tahu pasal anak dia ni..part laki peluk2 separuh bogel boleh pulak tunjuk orang..takde sebab nak sembunyi2

          0

          0
      • Lorat says:

        Takder maknanya!
        Tak salah umumkan berita kelahiran, dia tu bukannya popular melampau sampai peminat nak serbu rumah kalau tau berita ni pun, apa depa ingat sini macam kat us penuh paparazzi? poyo! Upload gambar separuh bogel video baby gerak2 dalam perut tu semua ok jer pulak, tetiba dah terberanak terus diam2.. sesssssuatu sangat la.
        Ni makin di buka mulut, makin nampak temberang and betul la telahan orang ramai, and tak payah nak cerita pasal beza budaya mat salleh or tempatan la.. mat salleh obersi nun siap announce kat paper lagi bila beranak ok.. kome laki bini jer yang poyo lebih.

        0

        0
        • Anonymous says:

          Ko tu yg poyo! Dah lantak dia la dia nk hebah ke tak ke dah apa mslh ngan ko yg beria2 sangat! Tak lalu nk mkn nasik ke kalo org tu tak bgtau dia dah beranak?? Kah3….

          0

          0
  8. kak mona says:

    kak mona tak nak cakap banyak. kak mona nak david update ig dgn body2 hawt dia je. lain2 kak mona tak nak tau..

    0

    0
    • nona says:

      amboi kak mona! kerlassss gitu. hehehe….

      0

      0
    • Anonymous says:

      betul tu kak mona..aku pun nak..orang putih kan kalau pemain basketball ke lebih2 lagi yg proffesional selalu kalau keluar negara suka ‘sleep around’ dgn pompan lain tau..alamat si lanang ni kena tipulah dgn mat salleh ni..dah berapa ramai bini ahli sukan proffesional dorang kena tipu..eg tiger wood etc..ada tgk khloe kardashian tak?…hah bekas laki dia pun sama..boleh dikatakan semualah..

      0

      0
      • kingkong says:

        jeles ke lana dpt laki hensem ? kalo laki dia nk gatal xde la dia bawa lana ke mne saja dia main bola. sian kau ni. dh lah tu, gi cari satu mat saleh sado buat penghibur jiwa kau yg kacau. jgn marahhh nnti kene jual

        0

        0
  9. Terukir Di Bintang says:

    Smoga anak tu jadi anak yang soleh n berbakti kepada ibu bapanya.Bila terbaca komen negatif kat sni,rasa sedih pun ada,budak tu masih baby lagi orng dh mngata pasal status dy bukan2.Kesian kenapalah dy lahir sebagai rakyat malaysia yg ada keturunan bangsa melayu.Rata2 yg kutuk ni bangsa kita juga.Pttnya kita ucap tahniah n tunjuk kat suami lana yg orng kita ni baik2 n berbudi bahasa,ni x.Longkang pun x sebusuk mulut pengumpat bndh2 negatif ni semua.

    0

    0
  10. No name says:

    Ada yg fitnah.. Ada yg mengumpat.. Ada yg berlagak pandai.. Ada yg bodoh sombong… Ada yg memahami… Ada yg suka… Ada yg anti…. Daripada type yg bukan2…. Baik dok diam2… Baca berita tu just utk pengetahuan je…

    0

    0