Lana Nodin Terkejut Suami Berikan Cincin RM 100 Ribu Dan BMW Sport

Hiburan

Lana Nodin Terkejut Suami Berikan Cincin RM 100 Ribu Dan BMW Sport

Lana Nodin, antara wanita yang paling bertuah sekarang apabila beliau telah menerima hadiah berupa cincin berlian bernilai RM 100,000 juga sebuah kereta BMW Sport oleh suami tercinta Daud McKienzie.

Advertisement

Jelas Lana beliau hanya mengetahui mengenai cincin tersebut sewaktu upacara membatalkan air sembahyang sejurus selepas majlis akad nikah.  Ia sebenarnya merupakan cincin idaman Lana yang pernah dilihat oleh beliau sewaktu berkunjung ke Amerika Syarikat beberapa bulan lalu. Dalam majlis tersebut Lana turut menghadiahkan David seutas jam tangan bernilai RM25,000.

Saya tak sangka ketika David (Daud) sarungkan cincin tadi, dia kejutkan saya dengan cincin idaman saya. Saya pernah lihat cincin tersebut ketika mengunjungi Amerika Syarikat beberapa bulan lalu.

Lana yang ditemui di Hotel Palace Of Golden Horses selepas majlis pernikahannya pada pagi Jumaat bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran diberi suaminya dan memberitahu telah menyerahkan wang tersebut kepada ibu bapanya.

Maaf, saya bukan tidak mahu berkongsi tentang itu (wang hantaran), tetapi suami minta rahsiakan. Dia segan. Wang hantaran yang David berikan kepada saya itu, telah saya serahkan kesemuanya kepada ibu dan bapa saya. Mereka lebih berhak menerimanya.

Sudah banyak kali gagal dalam percintaan, akhirnya Lana Nodin telah bertemu dengan insan yang cukup membahagiakan beliau. Semoga perkahwinan beliau dan Daud McKienzie berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...