Written by Bella | October 20th, 2015

Pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Dar Wijck adaptasi daripada karya Hamka mengisarkan percintaan yang menyayat hati anrata Haryati dan Zainuddin mempunyai peminatnya tersendiri.

Antara mereka yang sempat menyaksikan teater tersebut adalah artis Izreen Azminda dimana beliau ada memberi sedikit teguran dan kritikan terhadapan lakonan Amar Baharin sebagai Zainuddin yang dianggap tidak menghayati watak dengan baik.

Meluahkan kritikan terhadap Amar melalui Instagram, Izreen dihujani dengan pelbagai komen daripada peminat aktor itu yang tidak berpuas hati dengan komen pedas Izreen.

Walaubagaimanpun, Izreen menjelaskan luahan beliau itu tidak bersifat peribadi dan hanya memberikan pendapat sebagai seorang penonton.

Izreen juga memberitahu beliau tidak mahu menipu  dengan memuji seseorang itu meskipun mereka sebenarnya tidak mempunyai kualiti seperti yang diharapkan.

Apa saya tulis di Instagram itu sekadar pendapat sebagai penonton yang datang menyaksikan teater berkenaan. Mana saya rasakan bagus, saya puji begitu juga sebaliknya. Bukan saya seorang berpendapat sedemikian, malah ramai lagi.

Saya faham ramai peminat Amar kurang senang dengan status dan komen itu, tapi mereka perlu bersikap realistik. Saya percaya Amar boleh lakukan lebih baik lagi jika terus diberi peluang.

Chill, relaks anggap sahaja komen Izreen Azminda sebagai pembakar semangat untuk Amar Baharin memperbaiki lakonan beliau selepas ini. Jika kita puji orang itu bagus tetapi hakikatnya sebaliknya, sampai bila pun mereka tidak akan sedar akan kekuatan mereka. Buat apa nak jadi hipokrit?

Sumber Berita: Harian Metro

30 responses to Lakonan Amar Baharin Kurang Penghayatan – Izreen Azminda Kritik Lakonan Teater Amar Baharin

  1. Nonny says:

    Well.. I wasn’t there at the theater.
    But I still watch some Malay dramas & keep myself updated about Malaysian celebrities and their acting.
    I won’t say what izreen said is 100% wrong, ada juga benar nya..
    But why do I sense some JEALOUSY here? ;-)
    I think it’s more to personal feeling. Dulu masa kes Ramona zamzam upload gmbar dgn Amar terus jadi issue “izreen telah membuang semua gambar2 nya bersama izreen azminda”. And then bila ramona dah slamat kawin dgn foreigner kluar pula issue “izreen tidak mahu dikaitkan lagi dgn Amar Baharin” lepas Amar dah start rapat dgn amyra (which in fact I think Amar & amyra dah lama couple tapi sama kes mcm Emma & Kamal taknak kecoh2 je.
    Soooo.. Korg fikir la sendiri :)

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      I smell the jealousy too… hahaha…
      Tp it’s ok critic to improve… but honestly if u (Izreen) is given the same task to play the same role… she wont be better either…
      Dia pun kayu jugak. hahahahha…

      0

      0
      • Koko says:

        Takpe dia kritik..mayb sbb amar x dpt menghayati watak tu. Kalo diikutkan. 2-2 pun sama. Masih perlu byk lg belajar dlm bidang lakonan. Mcm izreen. Tgk cara dia berlakon dlm drama eksperimen cinta n krn terpaksa aku relakan…sama je. Cara dia, dgn ekspresi muka dia…x natural la. Amar pun sama..x best sgt blakon..Chill uolls sy hanya mengkritik atas pdgn seorg penonton.

        0

        0
    • melati says:

      Oii batak…aku x paham apa ko cakap..kejap english kejap malay…cubalah tetap sikit pendirian tu.

      0

      0
  2. Mat rems says:

    Ek eleh kalau yg ckp camni Rosyam nor ke eman manan ke aku bleh trime gak. Ini ?!?!
    Alah Amar & amyra 2-2 bukannya bagus sgt lakonan die org tapi budak2 masih tgh blajar lagi biar le. Baik tgk Cici dlm plan cinta tak jadi ahhh nak habis dah cite tu aku stress !!

    0

    0
    • Anonymous says:

      phewwww….aku mmg tk minat mamat ni blakon…jadi mat mat romantik dlm drama boleh laaa…

      0

      0
    • senget sangat kannnn says:

      buta kot ko ni..
      aku rasa amar tu mmg fail…lakonan yg tone mendatar muke bajet macho tu jek die leh buat…
      but amyra rosli, berdasarkan drama2 die yg banyak genre aku dah tengok…die antara pelakon muda skrng yg amat amat berbakat.

      0

      0
  3. Anonymous says:

    eh jap….dia ni sape yek…fauziah nawi ke
    dia punye komen mcm dah 30 tahun dlm industry..
    ko punye lakonan pun tk hebat mane dek non..berapa anugerah ko dah dpt..

    0

    0
    • Mak Jemah says:

      tk semestinyer org yg dh dpt anugerah je yg blh komen dik non…
      kn die ckp die bg komen sebagai penonton yg tonton teater tu and bkn die sorg je yg ckp mcm tu…awk tk tgk teater tu lg jgn buat andaian dulu…
      fikir yg baik2 je…

      KBAI

      0

      0
  4. Anonymous says:

    Yang cakap lakonan Amar tu ok … bagi tau le dari segi apa, babak mana dia paling terbaik… ulas bukan nak sokong membabi buta je…
    Itu beza Nye Fauziah Nawi, Rosyam Nor , Eman Manan dgn awak semua yang entah pergi menonton entah tidak.

    0

    0
  5. think says:

    Sesuatu karya kalo diadaptasi dalam drama/filem/teater ikut kehendak hati bukan pengkarya sebenar mmg tak “hidup”.

    0

    0
  6. Anonymous says:

    feel dia bila tgk indonesian punye version lg menusuk kalbu.
    haha.

    0

    0
  7. muffin says:

    in reality memamg amar ni kalau berlakon macam bajet handsome dengan macho je. bosannn.

    0

    0
    • Anonymous says:

      iye iye aku setuju….blakon bajet sgt…dgn ramos rambut blah tepi….cube suh blakon pakai kain pelekat…bersawah ke…jadi pemuda kampung…agak agak ok tak…nk jadi pelakon kene versatile…penerbit penerbit drama pun cube laa bgi watak kat para pelakon bajet hensem yg ade dlm mlaysia ni ngn watak watak yg mncabar skett…i mean mencabar bknnye dri segi bersilat ke..bertumbuk ke…tapi penjiwaan dlm watak..bkn sekadar menjual rupa…begitu juga dgn pelakon wanita…pelbagai kan watak dorang…baru laa ramai peminat likeeee…ni blakon romantik romantik..yg fans pompuan mulalaaa hahaha…

      0

      0
      • Aku stuju…amar bahrin ni blakon cover cute.blakon dlm jalan singgkat ke syurga pon yang tinggal kesan cume faizal usin jek.si amaar ni time belawan pon longlai nak mampoi.tp rambot belah kekal gituuu…tgk la cite cik bunga tuhhh…aduhhhh…lemah la nengok dia nihhh

        0

        0
    • Aary says:

      hahahahaha…aku ingat aku sorang je yg tak suke si ammar ni blakon…xtau lah nape..klau ade2 drama tu dia yg jd hero…terus rase mcm takde mood nak nengok…hahahahaha…rase mcm tak brape jantan dia tuh xD

      0

      0
  8. sichantek says:

    aku merupakan salah seorang yang menonton teater van der wjick ni kat istana budaya jumaat lepas. erm betul kata izreen tu, amar baharin tak menjiwai watak. nabila huda memang best giler, menjiwai watak sungguh. tapi amar, erm erm perlu belajar lagi menjiwai kot. sebab sedihnya tu tak sampai ke hati penonton. movie dan novel best, tapi teater, tak capai expectation. sorry.

    0

    0
  9. lara alana says:

    kau nk tunjuk yg kau ada bakat la jadi pengkritik, nanti2 boleh dapat jemputan jadi pengkritik kat audition reality baru ye dok.

    0

    0
    • Mak Jemah says:

      “Apa saya tulis di Instagram itu sekadar pendapat sebagai penonton yang datang menyaksikan teater berkenaan. Mana saya rasakan bagus, saya puji begitu juga sebaliknya. Bukan saya seorang berpendapat sedemikian, malah ramai lagi.
      Saya faham ramai peminat Amar kurang senang dengan status dan komen itu, tapi mereka perlu bersikap realistik. Saya percaya Amar boleh lakukan lebih baik lagi jika terus diberi peluang.”

      die ni peminat tegar kot penulis HAMKAR ni n die dh tgk version lain yg lg bgs…so tk salah kot die menilai…
      fikir yg baik2 je…

      KBAI

      0

      0
  10. Apron aziz says:

    Pelakon laki2 skang sorry to say, muke jambu skit, badan sado skit, dah jadi hero..blakon kayu dan kepit..bajet macho.. org boleg beza pelakon yg betul2 macho ato kepit buat2 macho sbb nak match ngan badan sado..puihh.. zaman eman manan, rosyam yes, faizal hussein, badan keding je..belakon memang macho

    0

    0
    • Saleha says:

      Setuju dengan komen ko. Somehow aku nak salahkan trend cite/ script zaman sekarang boleh tak? Ye la, zaman sekarang punya cite kat tv kebanyakannya pasal kahwin paksa yang mostly involve laki kaya and ppn tak berapa kaya. Mostly superficial, x banyak isi pon. So dari situ tuntutan watak tak banyak sangat. Yang laki hanya perlu pakai baju cecantik, bebajet macho dan kaya, and acah acah sweet. So tak perlu sangat penghayatan watak pon. That’s why pelakon bermuka jambu tapi acting cam kayu senang dapat jadi hero sekarang.

      0

      0
  11. . says:

    semua sama sampah.

    0

    0
  12. wawa patra says:

    yang sbnrnye izren ni jeles….dulu kalo amar kena hentam ckp amar ni leh dperbaiki….lakonan boleh tahan ….tp bile da putus….sumenye xok….dy pon blakon bkn best sgt….tjerit terlolong

    0

    0
  13. Anonymous says:

    aku pun tak minat amar baharin ni tp bagus sgt ke izrin azminda ni? blakon pun kelam kelibut.

    0

    0
  14. jiwa says:

    Betul aku setuju dengan pendapat Izreen. Memang Amar kurang menghayatan, saat Zainudddin sedih pun tak rasa sedih. Nabila Huda bagus!

    0

    0
  15. mami says:

    Ala, lakonan amar mmg kayu, stereotype. Budget handsome. Tmbh2 dlm drama alif imani, entah apa2, dgn gaya rambutnye macam bapok…

    0

    0
  16. Mami says:

    Dulu kemain lgi si amar tu rapat ngan izreen..tpi sekarang bila dah dgn amyra, kutuk2 pulak si izreen. cuma nak tompang populariti si izreen jer tu..

    0

    0