Written by AbangNara | May 21st, 2014

Menanti sekian lama untuk menyiapkan album terbaru mereka, pastinnya kumpulan Wings kecewa apabila 4 lagu daripada album Menakluk Kosmos telah pun dicetak rompak. Hati mana yang tak sedih usaha gigih selama ini senang-senang sahaja dipergunakan oleh orang lain untuk mengaut keuntungan. Akhirnya Wings terpaksa membuat laporan polis selepas penerbit album mereka, KRU bersikap dingin dalam menangani isu ini.
wings awieKata Awie menerusi Harian Metro hari ini:-

Kami bukan nak cari masalah dengan sesiapa. Kami buat laporan sebab nak dapatkan pencerahan. Nak tak nak kami kena buat laporan. Kami nak dapatkan pencerahan mengenai kes cetak rompan ini sebab usaha Joe berbincang dengan mereka (KRU) tidak dilayan. Bukan nak salahkan sesiapa cuma pelik dan kesal bagaimana lagu itu boleh bocor sebelum album dipasarkan.

wingsLaporan polis telah pun dilakukan di Balai Polis Taman Melawati Hulu Kelang. Bercakap pasal cetak rompak ini, teringat kes KL Gangster 2 yang turut dicetak rompak beberapa bulan sebelum tayangan. Nampaknya tragedi yang lebih kurang sama telah menimpa Wings. Diharap Awie dan rakan-rakannya tabah menghadapi dugaan ini. Apa pun kepada peminat Wings, jangan lupa dapatkan album Menakluk Kosmos apabila ia berada di pasaran kelak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 responses to Lagu Dicetak Rompak, Wings Buat Laporan Polis Selepas KRU Bersikap Dingin

  1. sentap says:

    kesian wings. sape la mpedajalkan korang.. peringatan utk awie mungkin sbb bisnes kelab/pub dye tu

    0

    0
  2. Jebat MLM says:

    kesemua lagu yang kata kene cetak rompak tuh semuanya dah lama kru upload dalam channel youtube dia (KRU Music).sebulan lepas lagi.

    0

    0
  3. Andy Lee! says:

    kena cetak rompak pun ada orang yang nak beli ke? kikikiki

    0

    0
    • zaia says:

      xD.. boleh marah peminat Wings baca komen ko ni

      0

      0
    • Jdhge says:

      Ada lah jugak org beli drpd kau setakat jadi keyboard warrior je. Mengutuk belakang tak tunjuk muka berani lah yeeee. Ko wat lagu pun x reti lg nk ckp mcm2. Busuk perangai ko ni kikikikiki

      0

      0
  4. mutiara says:

    lagend

    0

    0
  5. ct kemboja says:

    penat2 usaha, cm tu je org rompak….siannn…ape nak jd industri muzik m’sia ni.

    0

    0
  6. rasputin says:

    Wings mmg patut buat laporan polis pun..kenapa nak tunggu KRU? kalau dua2 buat laporan, lebih bagus. so, not an issue laa..

    0

    0
    • KELOLO says:

      Wings buat laporan polis ke atas KRU selaku penerbit album mereka kerana gagal mengambil tindakan berhubung isu lagu lagu baru Wings dirompak..

      Secara ringkasnya Wings vs. KRU

      0

      0
  7. Mizz says:

    Kesian wings….msti kerja nk buat album ni makan masa berbulan2, or mybe bertahun2… Tp suka2 hati je dorg nak ciplak…mmg mkn duit haram lah yg buat kerja ni…merangkak lah ko cari org org wings yg dah kerja keras cari duit utk family ni…. Utk haters2 yg tahu mengomen mengkritik mengutuk ni pun peringatan utk awak… Igt, jd haters blkg keyboard mengutuk mmg sng, nk cari mereka di padang mahsyar tu susah ke senang ek?? Hmmm pikir2kann lah ye…

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Memang patut la Wings ambik tindakan ke atas pihak yang tak bertanggung jawab tak kira samada mereka orang perseorangan atau pun syarikat besar. Rasanya Wings dah boleh agak siapa yang melakukannya cuma menyerahkan pada pihak polis untuk mengambil tindakan lanjut. Ini hasil titik peluh mereka . Tak patut orang lain ambik habuannya. Tak berkat tau….

    0

    0
  9. intan nur azzura mohammad says:

    hensem & macho nya awie!! akak minat kat dia dr dulu hingga selama2nya

    0

    0
  10. […] Lagu Dicetak Rompak, Wings Buat Laporan Polis Selepas KRU Bersikap Dingin (23) […]

    0

    0
  11. […] Lagu Dicetak Rompak, Wings Buat Laporan Polis Selepas KRU Bersikap Dingin (24) […]

    0

    0
  12. […] Lagu Dicetak Rompak, Wings Buat Laporan Polis Selepas KRU Bersikap Dingin (25) […]

    0

    0
  13. […] Lagu Dicetak Rompak, Wings Buat Laporan Polis Selepas KRU Bersikap Dingin (26) […]

    0

    0