Written by AbangNara | January 19th, 2015

Kan Abang Nara dah cakap. Orang yang mempertikaikan kemenangan lagu Apa Khabar ciptaan Joe Flizzow dan Sonaone (termasuklah Abang Nara) pastinya tidak mengerti kehebatan dan kemantapan lagu tersebut. Selepas mendengar penjelasan daripada Datuk Mokhzani Ismail yang merupakan salah seorang juri AJL29, barulah Abang Nara memahami mengapa lagu ini dinobatkan sebagai juara. Tak dinafikan Apa Khabar ada ciri pasaran lagu antarabangsa seperti lagu-lagu rap nyanyian antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat.

juara ajl29Abang Nara memang jenis tak suka lagu-lagu rap antarabangsa sebab bingit telinga dan tak faham apa yang cuba disampaikan. Mungkin sebab itu lagu Apa Khabar tak masuk dengan jiwa Abang Nara. Lirik lagu Apa Khabar memang boleh tahan terutama bab makan mee segera. Terasa keperitan ketika Joe Flizzow dan Malique mula-mula menyanyi dalam kumpulan Too Phat. Cuma genre lagu rap memang bukan pilihan Abang Nara. Berikut ialah penerangan Datuk Mokhzani Ismail:-

Pemilihan lagu Apa Khabar sebagai juara amat tepat kerana ia mempunyai ciri-ciri bertaraf antarabangsa selain condong kepada bentuk lagu aliran terkini yang cukup kreatif daripada segi melodi yang bersahaja.

Malah tag line lagu ini yang senang kita ingat iaitu aku tanya apa khabar. Keseluruhan melodinya juga mesra. Kalau dikupas liriknya satu persatu dapat dilihat dengan lebih jelas maksud yang Joe Flizzow rapkan.

Ia bukan sekadar rap biasa yang tidak ketahuan biji butir tapi ia punya isi dan kekuatan . Lagu ini melarikan terus aliran lagu ala-ala percintaan dan bentuk yang stereotype. Bagi saya, mereka telah melonjakkan satu dimensi muzik baru dalam arena industri muzik Malaysia. Yang mampu diletakkan di arena muzik global

juara ajl29

Apa pun, keputusan juri adalah muktamad. Pastinya juri lebih tahu apa yang mereka hakimi. Biasalah rasa tak puas hati memang ada di mana-mana pertandingan. Sekali sekala bersuara apa salahnya kan? Kita pun ada pendapat kita juga. Hehehe. Sekali lagi tahniah kepada Joe Flizzow dan Sonaone. Semoga kemenangan ini akan membuka mata para peminat tentang dunia rap tanah air. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

91 responses to Lagu Apa Khabar Menang Kerana Punyai Ciri Standard Pasaran Antarabangsa – Juri AJL29

  1. lola says:

    Oke apa lagu aku tanya apa khabar.. Sekejap je dh boleh hafal sikit2

    0

    0
    • zarra says:

      Yer setuju tapi macam ada lg yang lebih layak rasanya. This is Malaysia. AJL utk Malaysian. So xyah nak international sgt lah. Aku dengar live kat hot fm semalam joe flizzow mmg the best tp suara sonaone mcm sumbang sket jerrr. Cam nebes.Tak tahu lerrr meby effect dengar tru radio.

      Tapi big salute kepada Caliph Busker. Mmg the best performance on that nite.

      Tapi kami para juri amatur di rumah telinga kami merasakan ada yang lebih layak daripada Aku Tanya Apa Khabar. Sekian.

      0

      0
      • olga says:

        Yg x menepati piawaian antarabangsa adalah….iklan ku puteh! :(

        0

        0
        • Anonymous says:

          Aku baca, ciri bertaraf antarabangsa? Apsal tajuk pergi letak ciri standard pasaran antarabangsa? Ape susah sangat ke nak ikut statement orang yg betul?????????????????????????

          0

          0
        • Datin Semah says:

          orang2 Msia kalau menghentam no1. apa salahnya dia menang kan. bukannya lagu tu suruh korang hisap dadah, gesel tetek atas pentas atau buat maksiat. hip-hop pun jadi isu. memang la audience malaysia ni, mentaliti masih didalam kotak @ katak bawah tempurung. relaks la..buang keruh ambil jernih.

          0

          0
        • Rooney says:

          sorry la x setim nengok datuk ku puteh tu wei….eeee…pegi la buang lemak tu dulu. muka dah mcm cempedak masak.

          0

          0
        • Baby AA says:

          Qu rimas tengok ajl semalam…

          0

          0
      • Mak Jemah says:

        Kabar baik

        0

        0
      • Intipati lengkap says:

        Bg aku, x pyh nak ikut antrbgsa2 sgt lau lagunya x bagus. Tp x silap mksudnya berbeza kan antra “ciri antarabgsa” dan “ciri bertaraf antrabgsa”?Btol x.
        Maybe lagu AK ni semua dlm 1, taraf antrbgsa, lagu kreatif, mesra dgr, melodi membuai, muzik bagus, lirik bagus. Semua dlm 1.

        0

        0
      • MLM says:

        juri di rumah tu korang je ke…ramai gila juri di rumah..termasuk aku….korang nilai masa pertandingan tu je?..apa kaitan sumbang masa kt hot fm dengan penghasilan lagu tsb…sprti yg pengomen lain kata, vokal hanya penambah markah shj. yg utama adalah kejuaraan lagu

        0

        0
    • Anonymous says:

      Aku setuju lagu apa khabar menang tapi aku rasa pakcik mokzani tak pandai nak explain dengan lebih jitu.

      0

      0
    • zuanzuan says:

      ketua juri hanya komen si juara lagu aje, yg dapat no.2 dan no.3 tue apa justifikasinya yg melayakkan diorg menang? genre muzik lagi juara “apa khabar” dengan genre muzik “masih aku cinta ” dan “dipintu syurga” sgt2 jauh terutamanya genre @ muziknya pun tak capai standart antarabangsa, kalau macam tue lagu si stacy “gilalah” dan hattan & waris “gadis jolobu” patutnya boleh menang no.2 @ no.3.

      0

      0
    • Ayim says:

      Mamat sonaone ni mmg voice die mcm iras suara robot kan :)

      0

      0
    • Quputeh lutsinar says:

      selepas nie lagu dodoikan anak dalam buaian juga boleh diramal @ diangkat sbg juara ajl sbb liriknya puitis ( ada nasihat ),muziknya hanya perlu dirapkan dengan backup muzik dr gesekan spring buaian dan aluan vokul anak tgh melalak tanak tido. satu cabaran ye.

      0

      0
    • saja nak cakap says:

      HADIAH UTAMA AJL RM50K……HADIAH PERADUAN SELFIE QU PUTEH RM50K JGK..KORANG NAMPAK TAK TU…ARTIS TUNGKUS LUMUS NYANYI UTK DPT 50K..RAKYAT BIASA YANG AMBIL SELFIE DALAM SESAAT BOLEH MENANG 50 K…KESIAN RETIS MALAYSIA KAN..HAHAHAHA KAMONNN LA TV 3..BAGILAH HADIAH LUMAYAN CKIT KAT RETIS TU..WAT MALU JER LAA

      0

      0
    • aku says:

      “Ia bukan sekadar rap biasa yang tidak ketahuan biji butir tapi ia punya isi dan kekuatan . Lagu ini melarikan terus aliran lagu ala-ala percintaan dan bentuk yang stereotype” SETUJU SGT2!

      0

      0
    • eton says:

      Dah tau nak menepati standard antarabangsa awal2 lg xyah lah masuk kan lagu gadis jolobu ke final. Sebab? Sebab lagu tu memrepresentasi kan lokal kita. Budaya kite. Bahasa kita. Cm tu juri kire tak adil lah. Aku pun leh cakap camtu kalau itu komen datuk mokhzani ni. Ok lah aku tanya apa khabar menang tapi juri kalau cakap nk menepati standard antarabangsa romancinta pun sama. Awal2 dengar dulu aku ingt band indonesia yang nyanyi. Alyah ngn Dayang pun leh jadi juara sebab ballads yang menepati standard antarabangsa.

      Cuba bg komen or alasan yang lg boleh diterima akal fikiran orang awam.

      0

      0
      • Dasar Mak Eton Duk Gua says:

        Alahai ape ke bangang ko ni. mana statement dia bgtau nak menepati standrd antarabangsa baru menang? memandai jer ko ni. tkleh nmpak ke ape yg dimaksudkan, itu adalah antara ciri2 yg ada pada lagu itu. selain drpd itu, mestilah ada ciri lain lg yg dinilai. klau ko nak banding dgn lagu lain yg menepati standard antarabangsa, napa kau tk nilai plk dari segi lain2? klau dah 3 lagu menepati bak kata ko, habis smpi situ je bgi menang jer semua? mestilah tengok music, lyrics, arrangement, creativity, melody. bnyk nak kena nilai, ape ko fkr nak standrd antrabgsa jer? dan lg, tkde plk juri bgtau nk pilih yg standard antarabgsa jer, dorang hnya beritahu bbrp ciri2 yg ada pada lagu yg melayakkan ianya menjadi juara. memandai je nak pusing2 statement orang

        0

        0
      • Anonymous says:

        Orang awam lain paham dan boleh terima akal. Apakata ekau pergi makan kismis dulu

        0

        0
      • eton duk gua says:

        celah mana juri ckp nak menepati standard antarabngsa? yg diberitahu tu adalah, itu antara ciri2 lagu itu selain kelebihan lain. hbs klau dah 3, 4 lagu tu bertaraf antrabngsa, nak bg menang semua?mestilah dinilai dari segi kelebihan lain jg. dan diulang tnya lg, celah bedah mana yg ko fkr dorang hanya nak pilih yg standard antarabgsa tu? memandai jer. sempit tul otak tu tk fhm apa org maksudkan tp nak memandai pusing ckp org. abangnara ni pun satu, komen aku taun depan baru nak dikeluarkan

        0

        0
  2. setuju…diorg mmg layak…sekian

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Lagu apa khabar ni sedih. Teringat zaman toophat masa sekolah dulu. Malique.. kenapa senyap menghilang. Misteri sungguh

    0

    0
    • cikmunge says:

      Setuju dgn awak… sy follow tooPhat sicne lagu we just a friend…sampai malique hilang begitu sahaja.. bila dgr lagu Apa Khabar.. mmg sedih sgt ..

      0

      0
  4. nini says:

    Aku tanya ap khbar..
    Ak jawab khabar buruk…
    ak tanye kenape…
    sebab lagi ni x best lol

    0

    0
  5. Oh me! says:

    helloooooo! jgn disebabkan korang tak minat rap korang nak kata lagu ni tak layak menang. diorg judge lagu bkn sekadar music, diorg tgk lirik and yg paling penting sekarang, lirik lagu ni kisah benar, bkn sekadar bikin lagu tangkap muat bagi uols dgr je. and from the lagu baru tau rupa2nya diorg struggle gak nak naikkan toophat. malik and flizzow kan kaya, ada susah senang diorg gak eyh. itulah rezeki namanya. sekian

    0

    0
  6. Shhh says:

    Korang rasa lagu MOJO blh jadi juara ke kalo bukan Caliph Busker yang perfom semalam…persembahan dorg mmg hebat sebb MOJO dibantu oleh insan istimewa ni..sedangkan sebelum ni tak da org nak lihat bakat dorg..dh bertahun dorg cri makan kat tepi2 jalan…sbb tu korang rasa MOJO blh jadi juara hanya semata-mata Caliph Busker buat persembahan hebat..aku tak pertikai kan bakat mereka..aku tetap salute..sekurangnya persembahan mereka semalam akan buka mata rakyat Malaysia..yng hanya penting kan kecantikan dan kehenseman artis tersebut..bakat tu jatuh no. 2..Cuma bila lagu APA KHABAR menang semua dok pertikai kan…come on lah guys takan kita asik nak tgk lagu cintan cintun jer blh menang…lagu hip hop kalo korng betul2 hayati..lagu dorang tak berkisar kisah cinta semata-mata..cthnya mcm lagu aku kaya…ada selit pengajaran dalam tu..smalah mcm lagu al haq dan sewaktu dgnnya..sma juga ngan lagu apa khabar…lagu ni korg blh tuju kepada kawan2 korg yg satu ketika dulu cukup rapat tetiba menghilang kan diri..tulah yg dirasai oleh Joe Flizow sendiri…rindu pada sahabat lama..dia luahkan melalui lagu…sbb tu semalam Joe Flizow seperti terdiam bila lagu tu menang…da yang ckp tadi pertandingan ni hanya utk Malaysia…tak perlu nak antarbangsa sgt..ni masalah korang bila da yang bertanding korang ‘alah setakat award kat Malaysia tak kelas langsung lah’ bila pertanding anak jadi lebih antarabangsa pun korang tak suka..smpi bila nak tgk muzik kita macm ni..kalo pertandingan ni dh jadi pertandingan bertaraf antarabangsa dunia luar akan buka mata mengenai muzik malaysia…

    0

    0
    • miss juri says:

      ni PERTANDINGAN LAGU bukan CHARITY CONCERT.
      sbb tu yg dipertaruhkan adalah LIRIK DAN MUSIC ARRANGEMENT. bukan PENYANYI.

      tp kerana pertandingan nie buskers dikenali cukup la tu..in fact diorang berbakat & they done well dlm AJL. menang pon persembahan terbaik. cukup la.
      but lagu APA KHABAR seriously different dgn MESEJ yg jelas. sgt universal. compare dgn lagu2 zaman frust2 cinta & angan2 cinta so…BIASA ok!

      0

      0
    • saya says:

      agreed!!

      0

      0
  7. Sophea Loren says:

    Ini kalilah aku setuju dengan Nara. Selalunya pendapat aku mesti bercanggah.
    Dah baca lirik. Tak jejas emosi pun. Lirik mi segera bagai.
    Kalau lagu tanya Apa Khabar level international, sedap lagi lagu Lionel Richie…Hello..is it me you looking for….. Tu baru international, evergreen lagik. Lagu Apa Khabar mungkin sedap didengar utk musim ni, pastu jadi lagu2 rap yg sebelumnya. Tak mungkin jadi evergreen. Ala2 lagu “Ini Nico nak cerita, cerita pemuda di kota, lalalala… Kenapa kamu jadi begitu…inilah nasibku”..leng leng legaleng menda ntah…hahaha!!

    0

    0
    • too phat lover says:

      masalahnya lagu2 yang lain yang bertanding pun level macam tu gak. kalau lagu lionel richie tu masuk bertanding tapi lagu joe ni menang, patut la nak amukan sakan. nak compare dengan lagu lain2, semuanya lagu jiwang karat, cintan cintun, itu ke tahap international kau?

      0

      0
      • Sophea Loren says:

        Entahlah. Lagu international pun tak semua lirik ok. Yg merapu hala mcm Bang2 Jessie J, Ariana Grande tu cerita pasal seks beramai2. Gang Bang. Yg Animal Maroon 5 lagi horror, mv pun gory abih. International level is not about lyrics anymore. Music catchy je..lagu pun score Billboard. So, aku pun tak paham sebenarnya muzik era baru ni.
        Oh ye…part catchy tune yg win international attention, aku baru perasan intro lagu Gadis Melayu Jamal Abdillah sama dengan intro lagu dj yg femes tu. Music video dia pasal racing kereta.
        Sorry la..makcik dah tua. Taste pun sendu..haha

        0

        0
        • Sophea Loren says:

          Cuba dengar intro lagu David Guetta Dangerous dan bandingkan dengan lagu Gadis Melayu Jamal Abdillah yg dihasilkan berpuluh tahun dulu. Same catchy tune. Watch ’em on youtube.

          Sebab aku ni olskool, Jamal gak yg layan…siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati, lalala…

          0

          0
  8. anon says:

    lagu ni memang layak laaa.dorg perform pon da macam international punya level.joe flizzow perform dgn penuh penghayatan n sonaone balance the songs with a little bit playfulness in his voice.congrats to joe flizzow n sonaone.

    0

    0
  9. Sona One says:

    aku nyampah lagu ni kalo pasang pagi2 time nak gi keje kt dlm kete.. ngantok gila kot.. sbb duk ulang byk kali aku tanya apa kabar.. boring ok. kalo tak ulang byk kali, best la kot.. zzzzzzzzzz… btw, sona one ensem gila.. :D

    0

    0
  10. Oh me! says:

    lagi satuuu nak habaq mai, memanglah suara joe and sona tak sodap sebab itulah vokal menang kat dayang. joe and sona menang lagu terbaik that means lagu diorg terbaik. and Fyi, AJL UNTUK LAGU TERBAIK SAHAJA

    0

    0
  11. Mirai Suenaga says:

    Dan2 je AbgNara nih… memula kata Rentak Laguku menang…memang ada masalah telinga betul

    0

    0
  12. Temah The BOMB! says:

    Percaturan sepatut begini :

    JUARA – APA KHABAR
    NAIB JUARA – GILALAH
    KETIGA – GADIS JOLOBU

    VOKAL – WARIS
    PERSEMBAHAN – STACY
    PAKAIAN TERBAIK – QU PUTEH

    0

    0
  13. yo..yo.. says:

    klu dikire genre rap tu perlu ‘menang’ nape lagu hattan dan wagih x boleh menang no 2 ke 3 ke??sbb genre sme je kan RAP…

    0

    0
    • Mak datok biar btl kaw?!!! says:

      woii jgn la bengap sangettt..dukun juri mana gtau genre rap perlu menang??? ko ni paham ke tak????????hahhahahahhahahaha

      0

      0
  14. Tuminah binti Albab says:

    5 perkara paling diingati dlm AJL29:
    1- Persembahan mantap Caliph buskers yg meremang bulu roma dan menitiskan air mata bukan sebab kesian tp kagum dgn bakat mereka walaupun vocal masih boleh diperbaiki namun kejujuran dan penghayatan superb!
    2-Vocal superb Dyg Nurfaizah. Paling the best dan memang selayaknya menang vocal terbaik.
    3. Gaun ketat Dyg Nurfaizah yang menyukarkan naik tangga. Nasib baik x tergolek..kalo aku buat2 jer terjatuh agar lebih diingati hehe. Teringat Jennifer Lawrance waktu oscar.
    4.Gimik chandelier jatuh waktu persembahan Indah. Awal2 ingat terjatuh..rupanyer gimik walaupun timing x ngam tp tetap diingati. Nasib baek x kena pemain violin hehe..
    5. Zainal abidin buat silap kah kah kah…otai tuuu…protege kalo buat silap jgn takut sbb mentor legend pun boleh silap..ironi nya tu lagu sendiri…

    yg lain-lain tu hmmmm krikk..krikk..krikkk

    0

    0
  15. Cik Nomnom says:

    Cheq minat gila persembahan Najwa Mahyidin nyanyi lagu Lelaki malam tadi. Seyes power gila. Selain Dayang, cheq jugak berharap dier yang menang Vokal terbaik. Dier ngan Dayang baru la betul2 artis yang berkelas dunia bila menyanyi macam siti nurhaliza dan geng2nyer.

    0

    0
  16. tara says:

    abg nara ni..x suke jgn kondemn lagu tu..tiap music kan ade tarikan tersendri…tau la abg nara suke dangdut, tp org lain lain bingit gak xde lak x puas ti..kan

    0

    0
  17. Bukan juri says:

    Kita hanya pendengar, kita bukan juri yang boleh kategorikan sesebuah lagu tu bagus ke tak. Bagus pada kita, mungkin tak bagus pada org lain. Dorang plilih lagu apa khabar sebelum bermula ajl29 lagi ok. Takda kaitan sonaone nyanyi sumbang ke tak masa ajl29. Dorang bukan menang vokal terbaik. Dorang menang lagu terbaik. LAGU TERBAIK BUKAN LAGU POPULAR. Maka lagu dorang adalah terbaik daripada yang lain. Sama kes mcm lagu ana rafali dulu tu. Sekian

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Kl kate lagu2 dijuri oleh yg pandai seni, cerdik lirik, genius melodi, then xpyh aa pertontonkan pertandingan..dh sah2 org mcm aku ni akan kondem..announce je pemenang n bg hadiah..xpyh aku sarat tgk datuk vida tu n semak tgk promoter die soh dayang minum qu puteh..

    0

    0
  19. qu sedih says:

    Drama tv3 yg hit2, meletop2 dgn citer novel bagai, hero ensem, heroin cun…biasenye gune lagu best2..ala2 dayang, alyah, shila.. xnle bygkan kl lagu rindu awak 200%, istiharah cinca, zahira gune soundtrack apa pakhaabar….jadi lagu apa hal kot?? Ke tv3 mmg xinternational gk…………….. So xpyh aa nk sound international bagai…podah!!!

    0

    0
    • TARZAN says:

      ??..soundtrack biarlah padan ngan cerita…pe kene ko nieh, hahaha..takkan lah drama cintun leleh romantik ko hndk pdnkan ngan lagu hiphop tu?…dh ngam lagu mcmtu ssuai untuk drama leleh…

      0

      0
      • qu sedih says:

        Dh tv3 nk ngajo audience psl international, aku juz ingtkn je yg diorg giler bissness jual citer leleh dgn lagu leleh gk slame ni…

        Xbetul ke? Pastu bl rmai xpuas ati, tetibe naik tarafkan jd international…settle masalah

        0

        0
        • Anonymous says:

          itu tv3.
          ajl ni ikut plhn juri, bkn tv3

          0

          0
        • Anonymous says:

          Bl nk international sgt sbb tu lagu irama malaysia pupus……….

          0

          0
        • Tipah X Tertipu says:

          Ape yg cuba kau smpikan.
          Kau leh beza x penjurian ni banding dgn lagu dlm drama???
          Apekah..Citer ko ni lgsg x relevan.
          Mcm tu pe kata kau cdngkan lagu dlm drama2 tu je masuk ajl boleh.
          Wht the..haha..konfius komen kau ni.

          0

          0
        • Qu Melepak says:

          Pehal irama melayu nak kena pupus?
          Irama melayu itu sendiri boleh international.
          Naikkan tarafnya sebagai international, jadilah international.
          Asal international, yang difikir lagu omputih.
          Bertaraf international tu bermakna tahap muzik yang kellas dan meluas.
          Bukan nak kena macam beberapa lagu matsaleh yg bodoh tu.
          Lagu apa khabar ni lebih bagus dari sesetengah lagu terbaru rap/hiphop omputih.

          0

          0
    • ODFN says:

      to qu sedih~payah kalau berckp dgn org yg IQ die rendah ni.. haih, len kali bengap tu simpan skit jgn tunjuk sgt ye..

      0

      0
  20. qu sedih la tarzan says:

    AKU NK BG KREDIT KT KEMEREMEN YG PNDAI CARI ANGLE ALYAH N RMS..ANTARA SWEET N SEDIH AKU TGK..IRONINYA DEDUA SEDONDON PAKAI BAJU PUTIH…..

    0

    0
  21. yaya says:

    Qu tanya apa khabar..
    Qu tanya apa khabar…
    QUPUTEH…

    0

    0
  22. Shhh says:

    abg nara..knapa say punya komen tak pernah nak kuar..komen lucah2 abg approvwed

    0

    0
  23. Anonymous says:

    Bila baca lirik, lagu ini lagu sedih sebenarnya. Tentang kenangan dan harapan seorang sahabat

    Bukan tema percintaan antara kekasih

    Layak menang

    0

    0
  24. jira says:

    dah rezeki Joe Flizzow. btw, Sonaone comel mcm pandas ni weh..

    0

    0
  25. Nora says:

    Layan Jap

    0

    0
  26. dina says:

    sape la agaknye peminat music antarabangsa yg minat lagu ni ye.
    sori lah mmg lagu ni ntah apa2…patutlah malique tak join sekali…
    yg minat lagu ni hanya perasan diaorang ni urban jer pun…ye tak???
    dont try to be too urban n internasional sgtlah…ko tu melayu jer pun.

    0

    0
    • Anonymous says:

      at least bkn melayu mcm ko…melayu SEMPIT! puiii!
      buat malu bangsa je.

      0

      0
    • pembaca rimas says:

      Dina yg bajet kemelayuan sgt tu, rmi yg setuju lagu ni mng tp dorng bkn pminat genre tu pun, kau nak kata mereka bajet urban? pada yg minat pula, kau ada bukti mereka bajet urban ke. kau pun ada minat lagu lain,kau nak org kata kau bajet ape plak? kalau lagu tu bagus, yg bajet kuno pun akan kata bagus jgak..memalukan btol kau ni, pemikiran mcm hape tah

      0

      0
  27. Gadis fanatik says:

    Sonaone hensem gila

    0

    0
  28. Zain Sardin says:

    Kalo begitu kata juri pasni apa usaha tv3 suku pulak utk pasarkan lagu2 yg pernah jadi juara takpon seme lagu dlm final AJL di pasarkan di peringkat antarabangsa, cubalah paling dekat pon ngan Indon ker Thailand ker pastu baru laa rtis2 dpt royalty lebeh sket, nih setakat abis kat AJL aper ada…..tv3 kene laa buat lebeh dari itu

    0

    0
  29. cik qu puteh says:

    tak sabar nak tgok Joe flizzow ng Sonaone nyanyi lagu apa khabar kat pentas Fashion Show Victoria Secret! booooom! kate nye antarabangsa juolssss.

    0

    0
  30. hanj po po says:

    mak pon tak sbr nak melacur di peringkat antarabangsa, its a trend katanya

    0

    0
  31. Anonymous says:

    aik nara…aritu kemain terperanjat lagu ni jadi juara…skrg ckp pilihan yang tepat pulak..kemain bodek ko yer..haktuihhh

    0

    0
  32. hn says:

    Eee statement bodoh kau ni nara. lagu punya simple kau cakap bingit telinga. abih yang lagu balada terjerit terlolong meintih mintak simpati kau suka?? lagu gila gila stacy tu kau suka?? tah ape2 laa kau ni nara. tak payah nak bias sangat statement tu boleh? kau tu penulis blog. menyampah pulak baca ayat kau ni nara

    0

    0
  33. aini says:

    ya…aku blh terima bila lagu ni menang sbb juri professional yg lbh tahu menilai muzik, lirik & jln cerita lagu ni dan lagu ni pn x sama seperti kebanyakan lagu cuma telinga aku yg x blh terima melodi lagu ni sbb lagu ni aku dgr bnyak kali pn ttap rasa x sedap wlupn liriknya mmg bgs. aku lbh suka dgr melodi lagu Assalamualaikum dari faizal tahir…

    0

    0
  34. miowz says:

    lagu lirik ulang2 ni pun bole juara….plik

    0

    0
  35. miowz says:

    budaya barat……

    0

    0
  36. Geli Haku! says:

    Slma ni mcm2 genre lagu mnng di AJL. Bila mnng lagu ni dikata budaya barat.
    Sedar x AJL ialah pertandingan lagu bukan nak tunjuk terap mcm2 bullshit yg korang kecohkan ni. Bila tang ni, budaya la itu la ini la, tunjuk ckt kehidupan dan minat korang tu? Aku gerenti mcm2 dari barat korang dah hadam sumer. Nyampah!

    0

    0
  37. kuarkan komen says:

    Admin bn ni mana, tak check komen mana yang sangkut ke.
    Kuarkanlah cepat.

    0

    0
  38. qaira laila says:

    ok je la lagu ape khabar tu menang..korang nak siapa menang sebenanye??shiela amzah..??dapat no. 2 pun dah kira bagus.xde special pun lagu tu.biasa jer.sama je dgn lagu2 lain yang x menang..

    0

    0
  39. cantik ke? says:

    lagu cila amjah yg mng no dua tu pun kualiti international ke? tak sia2 cila amjah putus cinta, menangis2 kt utiup.

    0

    0
  40. hanis says:

    X kisah la sper yg mnang.yg aku kisah dgn mak lara ikan kelana tu.bosan giler dia
    mengacara smalm,nsib baik ada ag.padahal bkn first time dia mengacara ajl.ko mntak
    la tunjuk ajar laki ko yg prasan bgus 2.

    0

    0
  41. Malique says:

    MALIQUE : ORIGINAL PLAYA

    JOE : JAY Z TAK JADI

    0

    0
  42. […] kemenangan lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow dan Sonaone, kebangkitan kembali lagu-lagu bergenrekan rap mula diperkatakan. Ramai yang teruja apabila akaun […]

    0

    0
  43. […] kemenangan lagu Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow dan Sonaone, kebangkitan kembali lagu-lagu bergenrekan rap mula diperkatakan. Ramai yang teruja apabila akaun […]

    0

    0