Written by Bella | August 7th, 2015

Jika kita melihat keadaan pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid pasti kita akan bersimpati kerana beliau menderita akibat kegagalan buah pinggang yang agak serius.

Apa yang menjadi persoalan ramai ialah dimana ahli Search yang lain? Mengapa mereka seakan tidak peduli dengan keadaan Yazid sehinggakan beliau sendiri memberitahu rakan-rakannya itu tidak pernah melawat beliau ketika berada di hospital.

Selalu dihimpit dengan soalan tersebut oleh , pemain gitar bes Nasir Daud tidak kisah akan pandangan negatif masyarakat kerana hakikatnya mereka sering mengikuti perkembangan kesihatan Yazid dan sering membantu beliau.

Setiap kali Yazid sakit, kami dituduh mengabaikan dia. Tahun lepas pun isu sama juga timbul. Sedangkan orang ramai tidak tahu, kami begitu prihatin terhadapnya. Malah wang persembahan yang kami terima, walaupun persembahan berlangsung tanpanya, kami tetap beri (diagihkan kepada lima orang) kerana dia adalah ahli kami.

Mungkin dia sedikit emosi ketika disoal wartawan. Maklumlah orang sakit mudah sensitif. Baru-baru ini saya melawat dia, kami okey.

Pada masa yang sama, beliau merasa syukur apabila ramai pihak yang cukup bermurah hati untuk membantu Yazid bagi mengumpulkan dana untuk beliau. Walaubagaimanapun, timbul sedikit rasa risau dihati beliau jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kesempatan tersebut dan meminta derma daripada orang ramai untuk kegunaan mereka sendiri.

Kami risau juga jika ada pihak mengambil kesempatan. Apa-apapun, jika ada yang mahu menderma, rasanya lebih baik wang derma tersebut dimasukkan terus ke akaun Yazid. Tidak perlu ada orang tengah.

Jika dahulu pernah susah bersama-sama untuk menaikkan nama Search dalam industri muzik, janganlah pula bila sudah senang kita melupakan segala bakti rakan kita. Kekalkan lah persahabatan yang baik dan bantulah Yazid semana yang mampu.

Sumber Berita: mStar Online

6 responses to Kumpulan Search Nafi Abaikan Yazid

  1. Anonymous says:

    kadang nilai persahabatan itu bukan di nilai dri berapa byk ko bg duit!! tpi berapa byk ko masa yg ko luangkn utk mndgr rintihan,kesakitan,resah kawan yg sama2 dulu gelak ketawa.. tpi skrg terlantar…

    0

    0
  2. hurmmmm says:

    Kawan masa senang..sihat mmg ramai.tp kawan masa susah..sakit mmg ramai yg lari..tak g ziarah takut kawan mtk pinjam duit…ye dak??klau x dak angin pokok mana boleh goyang sendiri..

    0

    0
    • apa punya turr says:

      Kat pokok tu ada beruk.. sbb tu bergoyang.. Beruk tu adalah wartawan…!!!!!!!!

      0

      0
  3. minah jambu nice girl says:

    bukan wang ringgit yg yazid harap kannnn ! yg dia harap kan skarang korang dating la jengok diaa kt hospital rengan sikit dia punye beban sakit diaa ..semua ni dh tua2 pon tk paham ! cuba korang sakit pulak tengok macmana perasaan korang ??

    0

    0