Ramai memilih menaiki penerbangan Air Asia kerana tambangnya yang berpatutan. Reputasi penerbangan ini sebagai penerbangan tambang murah sudah tersohor di sekitar benua Asia.
Semalam, penyanyi yang bermula dari YouTube, Ainan Tasneem telah memuat naik satu status di Instagram mengkritik seorang pramugara Air Asia yang enggan membantu sepupunya mengangkat beg berat ke kompartment simpanan bagasi di atas tempat duduk kapal terbang.
Ainan mungkin menyangkakan status yang ditulisnya akan mempercepatkan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh sepupunya itu. Bagaimanapun sangkaan itu meleset kerana Ainan pula dikritik kerana memilih menggunakan media sosial untuk memviralkan perkara tersebut, bukannya membuat aduan secara rasmi kepada pihak Air Asia.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Tulisan Hermy Rahim di Facebook mewakili banyak reaksi Netizen tentang status yang ditulis oleh Ainan tersebut.
Setelah menerima kritikan Netizen, Ainan kemudiannya memadam status tersebut. Namun terlajak perahu boleh diundur. Terlajak viral, buruk padahnya.
Sebenarnya kedua-dua pihak boleh mempelajari sesuatu dari kejadian ini. Kalau kami, memang biasa menaiki penerbangan MAB kerana lebih mudah semuanya dibayar sekaligus sahaja. Tak payah minta pun, pramugaranya yang kacak lagi sado sudah tolong angkatkan bagasi ke kompartmen atas untuk penumpang walaupun bukan kerja mereka.
Bagaimana dengan pengalaman anda menaiki kapal terbang dengan syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.