Dikecam netizen gara-gara memberikan kritikan bahawa Elly Mazlein tidak harus kekal di pentas GV 3, pelakon Ogy Ahmad Daud tidak kisah dengan segala komen tidak puas hati netizen terhadap dirinya.
Ogy sebenarnya merasa simpati kepada mereka yang terlalu “taksub†dengan Elly dan mempertahankan penyanyi itu.
Dia pernah berlakon dalam drama arahan saya dan saya kenal siapa dia. Apa yang dilakukannya di atas pentas GV3 adalah ‘dramanya’ semata-mata.
Mereka menghina dan melemparkan komen-komen negatif terhadap saya. Sepanjang empat dekad berada dalam industri hiburan, saya sudah berdepan pelbagai ancaman. Bagi saya, apa yang berlaku ini ibarat hembusan angin yang tidak memberi apa-apa kesan kepada diri saya.
Saya memang tidak suka melayan komen-komen pengikut yang mindanya tidak merdeka. Saya hanya akan bercakap dengan individu yang mempunyai akal fikiran.
Sementara itu, Elly ketika dihubungi portal Harian Metro berkata dia tidak berkecil hati dengan gelaran “drama queen†yang diberikan oleh Ogy kepadanya. Elly sangat menghormati Ogy yang sudah berpengalaman dalam dunia hiburan.