Written by Bella | March 5th, 2015

Saat trailer filem Cicakman 3 hasil karya Yusry KRU mula dipertontonkan di YouTube, ramai peminat yang merasakan kostum superhero tersebut agak tidak bersesuaian dan nampak tidak menarik dengan karakter yang dibawakan oleh Zizan Razak.

Jelas Yusry, pihaknya sengaja membuat kostum tersebut kurang  padan dengan watak Zizan Razak kerana ingin menghasilkan sebuah filem yang realistik buat penonton.

Kami ada terima komen yang bertanya tentang kostum tersebut nampak tidak padan dan agak besar apabila dipakai oleh Cicakman, ia sebenarnya perancangan awal kami supaya ia nampak lebih real.

Jalan ceritanya Man membeli kostum itu di sebuah kedai kostum, jadi secara logiknya baju tersebut mestilah kurang padan kerana bukan dibuat mengikut badanCicakman sendiri.

Kostum bagi kesemua watak dalam Cicakman 3 telah menelan belanja sehingga RM100,000 dimana beberapa helai harus dihasilkan buat pekerja lagak ngeri.

Kostum watak Cicakman dan sebuah watak lagi iaitu Superbro menelan belanja RM100,000, kita buat beberapa helai untuk Zizan, Fizz Fairuz dan pelakon-pelakon stunt.

Filem Cicakman 3 bakal ditayangkan pada 12 Mac 2015 di seluruh pawagam di Malaysia.


Sumber Berita: mStar Online

42 responses to Kostum Cicakman 3 Nampak Tidak Sepadan Dengan Watak?

  1. sepakTiang says:

    jom lastik cicak…

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      helo KRU ! kenape tk ambek Zul arifin jadi cicakman ? zul dia kan tingiiii kalau pakai kostum suprhero zul memang sesuaiii…ni u ambek si jijang pendek pulak mana ada sesuaiiiiiiiiii watak superheroooooooo ishhhhhh ! ape2 pon lov u KRUUUUUUUU..semoga sakses..

      0

      0
  2. melati says:

    Menngong KRU…Zizang tu dh diambang lupus ,..pi ambik plak dia berlakon…punahhhhh…

    0

    0
    • anon says:

      ziza, ko buat apa sekali pun org dah tak suka kat ko, wpun ko berlakon jadi ustaz

      0

      0
    • Anonymous says:

      ohh patut la norman ckp da gerakkan menjatuhkan si zizan ni.. sbb watak utama cicakman 3 rupanya.. mmg zizan da xbestt pong..

      0

      0
  3. melati biru says:

    cicak ekor kat depan..

    0

    0
  4. mimi says:

    tudiaaa mahalnya baju sapa yg bt baju tu tempah kat hollywood ke

    0

    0
  5. xlayanmoviemelayu says:

    movie cmni aku tggu masuk tv mase hari raya jela.latest tgk cte suamiku encik perfect 10.cte tah ppe.lembab.mengantok.tu pn nsb bek donlod kt tenet je.klu g wayang membazir duit.

    0

    0
    • markonah says:

      Aku rasa KRU ambil zizan ni memang xsesuai dengan watak la walaupun zizan berlakon watak seruis hakikatnya dia xleh lari dari imej lawak dia (senang cerita watak zizan ni lebih kurang macam bell ngasri bayangkan kalau dia yg jadi hero agak2 laku x filem KRU ni…

      Lagipun filem cicakman ni jalan cerita macam budak2 aku xpenah layan pun tunggu je la lagi setahun dua mesti keluar dekat tv xyah tengok filem

      0

      0
  6. amboi says:

    tak tau la yusri kru
    mungkin aku tak reti menilai seni
    cerita merong mahawangsa tu ko abis berjuta
    tapi tak nampak real pun, mcm kelam kabut pun ado
    pastu vikingdom ni aku negok kat umah je
    sbb abang ko cakap abis la industry hiburan kalau pas memerintah
    aku tak setuju sbb islam ada ajar mcm mana nak berhibur
    abg ko yang hadap berselfie tu je yang tak tau
    aku baca review vikingdom dlm the sun, by chinese writer
    dia cakap ada masalah plot
    betul aku lebih dari setuju sbb aku rasa vikingdom tu serious fail
    bukan plot saja bermasalah, script, action moves out
    aku dok menghadap juga tv sbb aku nak ngk citer sampai abis
    rasa macam tak larat nak tunggu sampai abis
    bosan gile
    tapi credit jugak la sbb ko berani buat
    cicakman ni
    tak taula
    besar belanja ko tapi result….?
    i hope to see improvement
    (aku takkan nengok kat cinema sbb ko kutuk arwah tok guru, aku tunggu yang free je)

    0

    0
  7. rora says:

    lain macam kat bahagian hidung tu ! hahaha.. besau semacam

    0

    0
  8. janjan says:

    tgk trailer pun rasa cm x best

    0

    0
  9. busybody says:

    belum tengok dah cakap tak best.. support la sikit filem tempatan..

    0

    0
    • DAHLIY says:

      tak payah support la kalau takde kualiti.
      Ni lagi satu KRU mengong. Binatang nabi benci pegi buat hero wat pe.
      Mat saleh pun pilih labah-labah jadi hero. (spiderman ) binatang yang tolong nabi.
      ni la base jahil. haktuih!! !

      0

      0
    • Anonymous says:

      betul tu. support lah filem tempatan. at least kru berani buat filem mcm gini. lain dari yg lain. kalau tk, asik2 drama cinta.

      0

      0
      • minah jambu sayang nenek says:

        memang betollll tapi hero nye si zizannnn tk sesuai pahammmm…ambek la heri tingiiii macm si jul alipin tuuuu badan dia kan memang sesuai jadi hero si cicakman..

        0

        0
        • Mirai Suenaga says:

          Aku rasa citer ni shooting dah lama. Mungkin Zizan diambil masa time tu dia tgh hot. Klu filem ni start shooting means merangka dari thn lepas (2014), dgn Zizan terumbang ambing dgn Emma nya tu, aku rasa KRU takkan amik Zizan kot…
          Cuba korg ingat balik kenapa diorg amik Saiful Apek jadi hero walhal muka tak hensem mana pun? time tu kan dia tgh hot, filem kat wayang stok muka dia, sama lah dgn Fasha Sandha..

          0

          0
  10. lia says:

    sorry saya tak suka zizan dari awal pembabitan beliau. dari raja lawak sampai sekarang. dia tu lelaki gediks lah.

    0

    0
  11. what? says:

    eeew kenapa zizan?? gedik je lebih

    0

    0
  12. safiq copot says:

    katanya…logiknya cicak ni beli kt kedai kostum..
    logiknya gak…ada ke kedai kostum jual baju cicak..
    yg ada mesti superhero yg sedia ada..

    kalo nak buat pun…buat la superhero lain plak..
    Nasalis Larvatus Man ke :)

    * maafkan sy jika logik sy x logik dimata anda *

    0

    0
  13. Cicak mu bengong says:

    Kenapa pilih cicak juga, padahal binatang cicak tu paling jahat.. masa zaman nabi dlu pun mmg jelas yg cicak binatang paling jahat/dibenci dan klau x silap sya kita bunuh cicak pun dapat pahala kan? Kenapa perlu mengangkat darjat cicak sedemikan rupa? bnyk lgi bintang yg boleh dipilih rasanya…

    0

    0
  14. Diana LADY says:

    Oh puhleaseee !!!
    Nama aje da tak selera nk buat aku tonton.’its like so kampung ..
    CICAKMAN !!! Oh puh lessssss..
    Baik la bubuh nama BLACK COCK MAN..
    Hahahhaah

    0

    0
  15. Diana lady says:

    Costume CICAKMAN ni pat area CROTCH …zizan pakai tu nampak sangat tak kembung.,
    Kalau korang tngk BATMAN dan SUPERMAN semua PEJAL PEJAL OI ..
    Hahahahahha
    Agaknya Hero melayu ni TAK setandinh kuatnya la ..tak mcm CONAN ATAU HERCULES..

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Well yg sebenar nye …baju tu depa tempah untuk aktor yg sado.. alih2 watak tu dpt kat hero x sado… to nmpk real kena wat scene beli kostum kat kedai hahaha…….

    0

    0
  17. Anonymous says:

    “Jelas Yusry, pihaknya sengaja membuat kostum tersebut kurang padan dengan watak Zizan Razak kerana ingin menghasilkan sebuah filem yang realistik…”

    Oh the irony.. What is realistic tentang a man dressing like a cicak? Ianya akan jadi realistik if this is a movie bertemakan halloween where people actually wear funny costumes.

    0

    0
  18. kelolo says:

    “Jelas Yusry, pihaknya sengaja membuat kostum tersebut kurang padan dengan watak Zizan Razak kerana ingin menghasilkan sebuah filem yang realistik…”

    Oh the irony.. What is realistic tentang a man dressing like a cicak? Ianya akan jadi realistik if this is a movie bertemakan halloween where people actually wear funny costumes.

    0

    0
  19. cecibo says:

    fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu filem yg ditunggu2 dh tiba mmg akn meletopkan pawagam, Avengers : Age Of Ultron pn kalah dgn filem terrrrrrrrrrrrrrrrrrrrramat hebat dr KRU nie #sarcsm

    0

    0
  20. Bugger says:

    Namakan 1 filem keluaran KRU yang best? Sebab semua filem diorang jalan cerita failed ! Special effects ok arr untuk tahap pencapaian filem melayu.. Tapi aku tak pernah rasa penceritaan diorang best.. Pemilihan pelakon pun boring, sejak Apek, fasha sandha sampai la ke zizan ni.. Aku rasa jelak giller

    0

    0
    • hahaha says:

      magika . filem ni best

      0

      0
      • bugger says:

        Magica tu aku tak rasa best pun… musical yang aku rasa boring, tapi ada effort la buat filem macam ni..yg itu aku puji..anyway..jalan cerita filem ni actually hampir sama dengan filem US, filem LABYRINTH ( 1986 ) ..plot almost the same… cuma diorang localize kan cerita tu..

        0

        0
    • hmmmmm says:

      29 february, aku minat citer tu

      0

      0
  21. cakap says:

    kalo negara luar,nk buat costume diorg pastikn hero tu badan sasa,kalo x sasa diorg akn ke gym utk bagi badan nmpk cntik…ni cite betul..kbykn artis barat mmg buat mcm tu…kat sini artis tangkap muat je…nk buat filem hero cari la terus artis yg badan sasa kalo xnk train artis tu ke gym…sbb tu filem luar selalu gempak..bile tgk zizan,die dh la keding,gaya watak sama je walaupun karektor serius….dgn terkinja2 lg..lg satu,pas kes filem mamat khalid jgn pas ni tayangan perdana pun zizan x nmpk batang hidung yer…harap2 pengarah/penerbit insaf amik zizan ni berlakon…ade mslh je hilangkn die…sbb tu ramai yg hentam die sbb x profesional..

    0

    0
  22. mojo says:

    Dah macam Beruduman je gambar 1.Sapalah yang sanggup tengok Cicakman.Sampah sarap yang hanyut pun bergerak…CGI buat kat sekolah ke?

    0

    0
  23. din says:

    Mana ada filem KRU yg nmpk real. Cicak Man 1 ok la. Tapi bila buat Cicak Man 2 aksi berlebih2 terus CGI mcm kartun. Merong Mahawangsa & Magika pn sama. Bila scene action je gambar nampak gelap. 29 Februari scene yg tunjuk Tunku Abdul Rahman & mengundi tu pun nampak org mcm kartun. Duyung toksah cakap la. Pakai Razak Mohaideen jadi pengarah. Satu kampung nelayan tu pakai baju yg sama, tp rambut Raja Norbaizura & Awie blonde plak. Si Yassin plak pakai jambang jadi beruk.

    Kebanyakan filem KRU lebih cenderung mempromosikan CGI tapi skrip/jalan cerita sampah.

    0

    0
  24. mya dandra says:

    urmm..xminat zizan..

    0

    0
  25. eika says:

    Motifnye 2 superhero berebut kawasan?mcm gengster2 lak..bgla org jahat yg gempak2 sikit..bgabung 2 hero bru la gempak..ni cte jnis ape aja org baik bgado bdua..pelik2 je superhero nk berebut kawasan..

    0

    0
  26. kk says:

    betul cakap lecturer aku, kalau macamnilah orang melayu yang sentiasa berfikiran kritis sampai bila-bila pun sifat satu malaysia tak boleh dipupuk, melayu sama melayu pun gaduh apalagi sesama kaum lain, think positive dahlah, taknak tgk citer ni dahla, nak fikir hal org lain apahal.

    0

    0
    • sub says:

      tulah pasal, tak nak tengok dahlah. orang buat filem x pakai duit dia pun, so untung rugi dia yg tanggung, kita x rugi pape pun.

      0

      0
  27. Fahmi says:

    Paling x bole blah buat cam negara iklim sejuk cam New York…sume pelakon kulit sawo matang. Aku rs pelakon utama Ryu Juwara boleh jadi cicakman kut

    0

    0