Setiap tahun, salah satu acara anugerah yang Abang Nara sentiasa nantikan ialah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Pada pendapat Abang Nara, ABPBH adalah satu acara anugerah yang berprestij di mana ia menjadi penanda aras populariti selebriti Malaysia kerana kemenangan adalah ditentukan 100% secara undian oleh peminat.
Secara jujur, Abang Nara #RESPEK dengan ketabahan dan kecekalan para selebriti tanah air mengharungi semua itu. Dan secara jujur juga, Abang Nara mengajak anda semua untuk lebih #RESPEK selebriti-selebriti kita. Mungkin kita boleh cuba memahami mereka apabila ada yang terlebih emosi di laman sosial. Mungkin kita boleh beri komen yang positif dan membina dan tidak hanya mencaci serta memaki. Kita yang kerja biasa-biasa ini pun seringkali stress serta banyak masalah sehingga hilang kawalan diri, nikan pula mereka selebriti yang sentiasa perlu menjaga imej di mata para peminat. Jom kita cuba semaikan #RESPEK dan berterima kasih kepada para selebriti yang tak henti-henti menghiburkan kita. Tak gitu?
Senarai calon-calon Top 5 ABPBH 29 (boleh baca senarainya di sini) untuk 13 kategori telah pun diumumkan pada 23 Mac lalu. Sekarang ini adalah masa untuk para peminat mengundi calon-calon kegemaran mereka. Untuk makluman, undian untuk kesemua kategori termasuklah kategori online (boleh undi di www.abpbh.com.my) telah pun bermula pada 25 Mac lalu dan akan ditutup pada 22 April ini. Maksudnya kalau korang belum mengundi, masih ada masa kira-kira seminggu dua lagi untuk memastikan selebriti feveret korang menang. Kalau tak undi jangan buat kecoh pulak bila artis kesayangan anda tak menang. Hehehe.
Tahun ini ABPBH yang ke 29 akan berlangsung pada 8 Mei tepat jam 9 malam dan akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajayamenerusi TV3 dan juga menerusi siaran radio KOOL FM. Excited pula Abang Nara menunggu tarikh keramat tersebut.
Amboi panjang lebar pula Abang Nara berceloteh. Untuk makluman, sudah ada lebih 60 video oleh para artis tempatan bersempena dengan ABPBH 29 yang berkonsepkan #RESPEK ini. Semuanya boleh ditonton secara ekslusif di Instagram @abpbh. Meh ushar beberapa video yang menarik pada pandangan Abang Nara.
Apa-apa pun, Abang Nara tak sabar menanti 8 Mei ini. Dengan penaja-penaja seperti DEMAK (pengeluar motosikal tempatan), Ice Watch penaja bersama), ASUS (rakan teknologi), Volkswagen (penaja auto) dan Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya selaku penaja lokasi, Abang Nara berani jamin ABPBH 29 kali ini confirm lebih happening, havoc dan meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya, Jadi pastikan jangan buat apa-apa plan 8 Mei ini. Sama-sama kita tonton ABPBH 29 sambil menggunakan hashtag #RESPEK untuk kasi trending worldwide. Maklumat lanjut layari www.abpbh.com.my.