Written by serenity | January 28th, 2012

Dewasa ini semakin ramai aktor-aktor baru muncul di industri hiburan Korea Selatan. Ramai pula aktor ini dibayar mahal untuk tampil dalam setiap episod. Meski begitu, bayaran aktor termahal di Korea Selatan tampaknya belum boleh dicabar oleh aktor-aktor muda tersebut. CEO Taewon Entertainment, Jung Tae Won menyatakan, aktor dengan bayaran tertinggi di Korea Selatan dipegang aktor berusia 41 tahun, Lee Byung Hun.

Kata Tae Won seperti yang dilaporkan oleh Soompi:

Tidak perlu diragukan lagi aktor termahal di Korea adalah Lee Byung Hun. Ketika saya menulis senario untuk ‘Iris’, Saya telah membayangkan Lee Byung Hun dalam fikiran saya sepanjang masa.

Seperti yang diketahui, aktor yang dilahirkan pada 1970 tersebut akhirnya menerima tawaran sebagai peneraju utama dalam drama bersiri ‘Iris’. Saat itu, Byung Hun dikhabarkan menerima bayaran sebesar 25 juta Won atau sejumlah RM 60,000 seepisod. Namun, angka tersebut belum ditambah bonus dari produser Jepun sebanyak 1.2 juta Won atau RM 3,200 setiap episod.

Sudah berjaya dalam negeri sendiri, Byung Hun juga telah pun melebarkan sayap ke Hollywood. Pada tahun 2009, bekas kekasih jelitawan Song Hye Kyo ini berlakon dalam filem Hollywood, ‘G.I. Joe: The Rise of Cobra’ bersama dengan aktres Sienna Miller dan aktor Joseph Gordon-Levitt.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

30 responses to (KOREA)Lee Byung Hun Aktor Termahal Korea

  1. yayah says:

    waa umo dia 41 ke? minat dia! damn hot dlm iris!

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 22 Thumb down 1
  2. yayah says:

    41 ker? perghh tp damn hot dlm iris!

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 1
  3. adele says:

    inilah buah hati pengarang jantungku..mmuuaaah

    Hot debate. What do you think? Thumb up 7 Thumb down 4
  4. yayah says:

    adoi komen xnk kuar penat la gni

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  5. […] Dewasa ini semakin ramai aktor-aktor baru muncul di industri hiburan Korea Selatan. Ramai pula aktor ini dibayar mahal untuk tampil dalam setiap episod. Meski begitu, bayaran aktor termahal di Korea Selatan tampaknya belum boleh dicabar oleh aktor-aktor muda tersebut. CEO … Continue reading → […]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  6. wonbin says:

    iklan one drop tu sgt menggangu…aishhhh

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 23 Thumb down 0
    • Anonymous says:

      penat.. setiap kali masuk beautifulnara kena pangkah iklan tu dulu….dah jadi macam satu kerja rasmi pulakkkk….T_T…takut nnt lama2 peminat BN dah bosan dengan situasi ni..terus tak jenguk BN dahh..aishhhh

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  7. mak nyah dah datang says:

    mahal ke? kikikiki

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 5
  8. Diwai says:

    cilok dr allkpop ke nih?? adoi…

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 6
  9. Shomel says:

    Exbf si Song Hye Kyo jugak ke? Dua2 exbf dia hot! Lee Byung Hun & Hyun Bin ;)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
  10. awatif says:

    Lee Min Ho oppa tetap d hati ku:)

    saranghaeyo..

    Hot debate. What do you think? Thumb up 9 Thumb down 8
  11. Selebriti termahal malaysia pulak?

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  12. qaseh sharel says:

    slbriti trmahal kt mlysia rozita che’ wan…hahahaa ;p

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 2
  13. Bibir bwh pusat says:

    Cisss! Dorg ne smua KULUP,.. Encem lg Abg Arong Ajis…

    Hot debate. What do you think? Thumb up 1 Thumb down 9
  14. Dia nie? says:

    eh mamat nie bukan ada kes saman ka baru2 nie? hot kemendanya.. x hot lah.. dianie jahat jugak nie.. ada cerita ada gf x nak mengaku.. tapi bab kerja mmg hot.. sebab dia fasih dalam bnyak bahasa.. jepun, korea, english.. baguih..

    tapi part x ngaku gf tue.. spoil!

    abang nara: apa motip tiba2 tulis pasai dia nie?

    Hot debate. What do you think? Thumb up 1 Thumb down 10
    • fiona says:

      bia laa,,, tu hal peribadi dia.
      skrg ni nak cite pasal profession dia.
      ntah2 pompuan tu yg giler popular.

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
    • jin noty says:

      da nma blog gosip.., pe slh si Nara wt crita dia…layan suda….

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  15. alalala omey2 says:

    dlm G.I joe die blakon jd org jahat tu ekk ?

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  16. bunga melur says:

    suka gak dia nih.drama korea pertama tayang kat malaysia,beautiful days,dia yg berlakon.best.romantik betul.kekekeke

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  17. cleoz says:

    1st aku tgk die blakon cite beautiful days….mmg best sgt.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  18. Aku says:

    Pojaan hatiku :)

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  19. maklong says:

    maklong minat cite iris sbb dia ni la. ngan anak2 maklong skali minat dia ni.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  20. bucuk says:

    1st tgk dlm beautiful days mmg smpai skrag still setia ngan dier ni…….hencem giler……….

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  21. DEE says:

    Hero2 korea sumenyer tinggi2 belaka tp heroin2nya kecik2 & comey2 jer… kalu berdiri sebelah tinggi tahap ketiak hero… alahai…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0