Ya kalau anda mengikuti perkembangan dunia fesyen tempatan, pastinya anda mengetahui kontroversi fesyen ikut kemampuan yang sedang hangat diperkatakan. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan menerusi akaun Facebook Mawar Fareeda, sekaligus menimbulkan rasa kurang senang orang ramai. Oleh kerana kontroversi ini, nama baik isteri Fizo Omar ini sedikit sebanyak terpalit dan tercemar.
Bagi Abang Nara, kenyataan tersebut memang benar lebih-lebih lagi di kala rakyat Malaysia dibebani hutang kad kredit kerana berbelanja sesuka hati. Namun begitu mungkin nada tulisan tersebut agak “keras” menyebabkan banyak pihak terasa hati. Hari ini, pihak pengurusan Facebook Mawar Fareeda tampil memohon maaf.
Semoga dengan penerangan tersebut, nama baik Mawar dapat dibersihkan. Secara jujur, pihak pengurusan Facebook Mawar Fareeda harus lebih berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan kerana mereka membawa nama Mawar secara tidak langsung. Semoga kontroversi ini menjadi pengajaran.
P.S: Comel nya kucing ber”selfie”