Konsert Big Bang Di Malaysia Ditambah Satu Hari Kerana Sambutan Hebat

Hiburan

Konsert Big Bang Di Malaysia Ditambah Satu Hari Kerana Sambutan Hebat

Berita baik untuk para peminat Big Bang. Pada mulanya kumpulan Kpop hebat dari Korea ini hanya merancang untuk mengadakan 1 hari konsert di Malaysia. Namun oleh kerana sambutan hangat yang diberikan pihak penganjur telah memutuskan untuk menambah 1 hari lagi untuk memuaskan hati para peminat Big Bang. Ini bermakna konsert Big Bang 2015 World Tour (Made) In Malaysia akan berlangsung pada 24 (konsert tambahan) dan 25 Julai 2015, di Stadium Putra, Bukit Jalil. Untuk makluman, tiket untuk konsert 25 Julai sudah pun HABIS terjual.

bigbang di malaysia

Advertisement

Salah satu fakta menarik tentang para peminat Big Bang Malaysia ialah kesanggupan mereka untuk beratur 9 hari lebih awal di Quill City Mall semata-mata untuk mendapatkan tiket konsert tersebut. Bukannya awal sehari dua, tetapi 9 hari. Pergh memang fanatik sungguh. Tak boleh bayang macam mana. Memang kipas susah mati betul. Respek!!!

big bang

Jadi untuk para peminat Big Bang yang ingin mendapatkan tiket konsert 24 Julai, ia akan mula dijual secara online di www.ticketcharge.com.my bermula jam 10 pagi hari ini. Selain itu tiket-tiket juga akan dijual di kedai-kedai terpilih seperti pejabat TicketCharge, pejabat IME Productions, Speedy, Rock Corner, Victoria dan NEWAY Karaoke. Selamat membeli dan good luck Abang Nara ucapkan. Maklumat lanjut layari Facebook IME Production.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...