Kongsi Gambar Pegang Anjing & Patung Jesus, Hasnul Rahmat Masih Tahu Batas Agama

Hiburan

Kongsi Gambar Pegang Anjing & Patung Jesus, Hasnul Rahmat Masih Tahu Batas Agama

Hari ini, Hasnul Rahmat, seorang pelakon kelahiran Singapura yang membintangi filem KL Menjerit pada tahun 2002 dan filem Tanda Putera telah membuatkan para peminatnya mempertikaikan pegangan agama Islam. Mana tidaknya, Hasnul telah  berkongsi sekeping gambar dirinya memegang anjing dan juga patung Jesus. Tiada penjelasan yang dilakukan ketika perkongsian tersebut, membuatkan banyak pihak tertanya-tanya motif sebenar gambar tersebut.

hasnul rahmat

Advertisement

Enggan terus diselubungi kontroversi, Hasnul Rahmat telah pun memadam gambar tersebut dan menjelaskan tindakannya memuatnaik gambar itu dilakukan secara spontan. Ramai yang menyelar Hasnul dan menyifatkan pelakon itu telah terpesong dari agama Islam. Malah ada yang membuat teori Hasnul sengaja mencipta kontroversi sebagai cara untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya, CCTV. Kata Hasnul:-

Semuanya bermula dengan blog yang memanaskan isu gambar itu. Sebenarnya ia sekadar patung di salah sebuah kafe milik rakan saya di Singapura.

Tidaklah sehingga terpesong agama seperti yang didakwa kerana saya masih tahu batas-batas sebagai seorang Islam. Tohmahan yang dilemparkan juga tidak berasas kerana dilakukan tanpa usul periksa
.

Apa salahnya bertanya terlebih dahulu kepada saya. Bagi mengelakkan kekeliruan ini terus berpanjangan dan menimbulkan pelbagai telahan lebih baik saya padam. Saya tidak mahu orang ramai terus membuat dosa ‘kering’ dengan menghamburkan cacian di dalam laman sosial Instagram.

Seperti yang saya katakan, ia dilakukan secara spontan seperti mana saya berkongsi gambar lain. Tidak terfikir pun mengenai filem baru. Lagipun bukan saya yang keluarkan duit untuk filem itu. Saya hanya berlakon. Jadi tidak perlu untuk saya merancang strategi bagi meraih perhatian untuk ‘menjual’ filem itu.

hasnul rahmat

Seperti yang telah Abang Nara sering katakan sebelum ini, sebelum tekan butang ‘upload’ tue silalah periksa dulu sama ada gambar itu sesuai atau pun tidak untuk dijadikan tatapan umum. Dengan status selebriti yang dimiliki, sedikit kesilapan pun boleh menjadi kontroversi yang besar. Semoga ia menjadi pengajaran buat Hasnul Rahmat. Lepas ini sentiasalah berhati-hati. Lain orang lain pandangannya. Mana-mana benda sensitif itu eloklah tak dikongsikan terus. Senang cerita.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...