Kongsi Gambar Berpakaian Ketat, Yuna Dikritik Oleh Peminatnya

Hiburan

Kongsi Gambar Berpakaian Ketat, Yuna Dikritik Oleh Peminatnya

Apabila peminat mengeluarkan kritikan terhadap seorang selebriti, ada yang melabelkan bahawa itu bukan peminat sejati. Adakah peminat sejati harus menerima apa sahaja yang dilakukan oleh selebriti kegemarannya dengan hati tulus redha tanpa sebarang soalan? Satu soalan yang agak sukar untuk dijawab. Apa pun, sekeping gambar yang telah dikongsi oleh Yuna menerusi laman Facebooknya baru-baru ini telah menimbulkan banyak kritikan daripada peminatnya yang kurang menggemari cara berpakaian penyanyi hebat ini.

gaya fesyen baru yuna

Advertisement

Secara jujur, memang agak ketat pakaian yang dipakai oleh Yuna. Apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah permintaaan segelintir peminatnya yang mahukan Yuna kembali memakai fesyen seperti di awal kemunculannya. Bagi Abang Nara, penampilan Yuna ketika itu amat bagus sekali dan sangat sedap mata memandang. Lagipun Abang Nara dapat rasakan para peminat Yuna lebih fokuskan kualiti lagu dendangan Yuna dan tak ambil pusing sekiranya Yuna tidak bergaya “up to date” dengan fesyen-fesyen semasa.

gaya fesyen baru yuna

Antara komen-komen yang menarik perhatian Abang Nara ialah:-

gaya fesyen baru yuna

gaya fesyen baru yuna

Mungkin Yuna perlu sedikit sebanyak mengambil berat teguran dan kritikan daripada para peminatnya di Malaysia walaupun sedang fokus mengembangkan kerjaya di Amerika Syarikat. Apa pun Abang Nara pasti Yuna akan buat yang terbaik untuk dirinya. Sama-samalah kita terus mendoakan kejayaan Yuna.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...