Written by Bella | March 28th, 2016

Sekitar tahun 90an, Awie dan Erra Fazira merupakan gandingan filem paling popular, mempunyai jumlah peminat yang ramai dan semuanya seakan sempurna apabila mereka bercinta dan mengikat tali pertunangan. Namun hubungan pasangan ini tidak sempat sampai ke jinjang pelamin.

Ramai yang ingin sekali mengetahui kisah cinta pasangan ini dan ia bakal menjadi kenyataan apabila Awie dan Erra bakal menceritakan kisah benar hubungan mereka yang tidak pernah diketahui peminat dalam sebuah filem tidak lama lagi.

Projek berkenaan sudah lama saya rancang tetapi banyak perkara yang perlu saya teliti terlebih dahulu termasuk meminta kebenaran daripada Erra untuk mendedahkan tentang kisah kami dalam sebuah filem.

Apabila saya utarakan idea berkenaan kepada Erra dia positif mengenainya dan sekiranya segalanya berjalan lancar, Insya-Allah ia akan menjadi projek terbaharu saya.

Satu ketika dahulu, sekitar pertunangan Awie dan Erra

Awie berkata, filem itu nanti bukan bertujuan untuk mendedahkan aib mana-mana pihak sebaliknya ingin menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di antara mereka ketika itu.

Bukan semua tetapi sebahagian sahaja yang pada pandangan saya perlu dijelaskan kepada penonton kerana ada perkara yang menjadi sebutan sebelum ini masih tidak terjawab sehingga hari ini.

Kedua-duanya bakal menjadi pelakon utama dalam filem yang direncanakan itu dan Awie juga berhasrat untuk menggunakan khidmat Erma Fatima selaku pengarah.

Wah, mungkin ramai peminat Awie dan Erra akan merasa teruja untuk menanti filem yang berkisarkan kisah percintaan mereka. Relaks je kan Awie dan Erra mengimbau kenangan lama.

Sumber Berita: mStar Online

WOW! Masih mencari barangan kecantikan anda tetapi buntu kerana harga terlalu mahal? Ini peluang anda untuk mendapatkan barangan “branded” dengan hargi yang TERLALU BERPATUTAN! Kunjungi Best Buy World sekarang. Diskaun sehingga 60% untuk barangan berjenama seperti Estee Lauder dan lain-lain! Jom kita ke Best Buy World sekarang juga!

 photo Estee Lauder 25-27 march.jpg

23 responses to Kisah Cinta Awie Dan Erra Bakal Didedahkan Dalam Filem

  1. melati says:

    kalau kembali bersatu pun aper salah nya….bukan nya macam Retis2 baru nk up….baru berlakon 2 drama dh poyo…contoh”..tak nak pikir soal kawin lah, antor resume lah…..,mereka tk sedor yg mereka yg poyos ni bakal bercakap gan kucing…….Contoh terbaik mvm Awie & Erra, walau ranjau pun perjalanan hidup mereka..sekurang2 nya mereka ader peneman di hari tua….tak lew macam Neelofa & Adik nya sampai tua tk kahwin pastu bercakap lew gan Kucing….(sebatang Kara)…pastu meroyan sorang2 Neelofa ni …aku kaya Aku ader RM50 juta……hahahahahahahaaahahaaa..

    0

    0
  2. Anonymous says:

    teruja nak tengok.. nampak sangat mereka tak berdendam apa2. mula2 tipu lah kalau tak ada sakit hati, tp ada hikmah disebaliknya

    0

    0
  3. Commentar... says:

    terfikir sejenak….pendapat aje…
    ketika masing2 dah ada pilihan..
    kedua2 tak mau ingat dan sebut2 kisah yg dan berlalu..
    tak mau ada pihak yg terluka…..
    setelah kedua2nya gagal dlm rumahtangga.
    dah beranakpenak…
    nak keluarkan semua yg sudah lama terkubur…

    0

    0
    • Anonymous says:

      duu tgh marah n frust… sekarang dah ok.. lagi pun perlu struggle utk hidup.. itu la indah nye sebuah kemaafan..

      0

      0
  4. Anonymous says:

    kalau jodoh derang panjang, mana laa tahu kan…. lagi pon masing2 dah single semula… :)

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Awie n Erra.. lebih sesuai kot jadi member kamcing dari kekasih…. kalo jadi partner MLM pun lagi gempaqq.. sorang abg hussien poyo… sorang lagi hantu susu… pecah panggung.. cakap lu… usia ni cintan cintun dah takdak dalam kamus depa.. nak geli geli jauh lagi….. masing masing devoted life utk Tuhan, anak dan keluarga jaa…..all the best to both of you..

    0

    0
  6. mokde says:

    tak payah la buat citer flashback ni….buang masa je.

    0

    0
  7. bosan says:

    perlu ke buat cerita ceni?hai bilelah industri filem malaysia nak maju.dahla drama tv sikit2 kahwin paksa ni filem pon nak buat cerita sampah.baek g terjun longkanglah

    0

    0
  8. ku says:

    sya setuju dgn “mokde”..
    tak perlulah. tpi bila bagi pandangan & pendapat ada yg tak setuju dgn kita. kata kita dengki, cemburu dan mcm2.
    memanglah masing2 dah single..tapi untuk APA?…utk dilihat anak masing2..yang lepas tu lepaslah. ada yg kata jika ada jodoh mereka masih kuat, just kahwinlah. pada sya memang tdak perlulah ini smua.
    sepatutnya kisah2 mcm ni tidk perlu utk difilemkan atau dibuat drama.
    sepatutnya erra lebih peka,..berfikir lbih pjg.
    nmpaknya ramai yg sokong,…nmpaknya ramai yg nampak klu bolh mereka jalinkan kembali.
    lainlah kalau erra tu masih anak dara bujang trang tang tang,kan…

    0

    0
  9. Emas Puteh says:

    Dah buang tebiat ke Erra nak berkasih2 lg dgn Awie tu…..takde wawasan langsung….carilah org yg lebih bertamaddun sikit. ..kuburkan kisah lama dan mulakan hidup baru yg lebih tenang.

    0

    0
  10. bilakakjemahmenulis says:

    MOVE ON LA WOI MOVE ONE

    0

    0
  11. nil says:

    nampak semuanya semakin tidak matang.
    kenapa pengarah filem tak nak buat kisah percintaan jamal abdillah dgn azlina aziz yer..2-2 tu pun single balik. atau pengarah sndri tdak tahu kisah cinta derang zaman dlu.
    tak pun paparkan kisah kesetiaan edika yusof yg menjaga isterinya yg sedang sakit tu..
    tu semua artis 80an & 90an yang popular zaman itu.
    kisah puan noralina alawi yg sggup menjaga anak2 HIV tu..
    kekadang meluat pun ada dgn penerbit ni tau. yg 2 org tu pun sukalah.

    0

    0
  12. hahaha says:

    Nasib awie dn erra ni sama jek ye…2 kali kawen..2 kali bercerai…laa ni jadi duda dn janda…nk buat filem depa ni?…hahaha..aku dh dpt bygkan lakonan awie dn erra yg takde lahh best sgt…mcm borrring jek..hahaha…

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Filem melayu semua nya membosankan..termasuk lah cerita Pelakun tua dua ni. Aiyooo….

    0

    0
  14. disgusted says:

    Citer basi x payah nak layan….dah tua tua sibuk jaja kisah cinta…..geli gelaman.

    0

    0
  15. dora says:

    adoi…dah kertu2 ni xyah nak filem bagai…suam dah pun…org skunk dh x layan filem2 camni…

    0

    0
  16. fan semblue says:

    citer2 yg drg berlakon yg yusuf haslam buat tu pun byk cilok citer2 drg sendiri mcm keje kelab malam erra ader gosip ngan datuk…rs x perlu ungkit kisah lm..lebih baik ko org move on jer n kawin demi anak2..

    0

    0