Written by AbangNara | May 8th, 2015

Bagus. Seringkali bila ada selebriti wanita berhijab, banyak pihak (termasuk selebriti itu sendiri) yang cuba mengambil kesempatan dengan penghijrahan tersebut. Ada yang berlagak alim, ada yang berkongsi kisah yang tak masuk akal dan ada yang tiba-tiba menghentam rakan selebriti lain yang belum menutup aurat. Langkah Yana Samsudin untuk tidak memberi sebarang komen ini harus dipuji. Pemakaian tudung adalah wajib dalam Islam dan ia tidak perlu digembar-gemburkan seperti satu perkara yang ajaib.

yana samsudin

Kata Yana Samsudin:-

Kalau boleh saya tidak mahu mengulas lanjut berkenaan isu ini kerana beranggapan ianya terlalu sensitif dan tidak perlu untuk dihebahkan dengan terlalu meluas. Saya sudah lama menyimpan niat untuk berhijab dan tidak ralat untuk berubah imej bila-bila masa pun. Cuma banyak aspek yang perlu dititik beratkan kerana melibatkan banyak pihak.

yana samsudin

Tahniah kepada Yana Samsudin yang bersikap tenang tentang penghijrahannya ini. Semoga kehidupan Yana dan suami lebih diredhai dan tenang selepas ini. Moga-moga makin murah rezeki. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

yana samsudinP.S: Inspired clothing terkini di www.iziefashion.com :) All items ready stock. FREE POSTAGE bagi order RM100 dan ke atas. Harga antara termurah di pasaran dan anda pasti akan berpuas hati dengan produk dan servis yang ditawarkan. Lebih banyak design yang pasti membuatkan penampilan anda lebih menarik di website ^_^

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

28 responses to Kini Berhijab, Yana Samsudin Enggan Ulas Tentang Penghijrahannya

  1. jiran sebelah says:

    masalah media dekat malaysia ni selalu sangat tanya soalan cliche
    “apa perasaan menang award?”
    “selepas kehilangan arwah, apa perasaan anda?”
    “apa sebab penghijrahan anda”
    like daaaaaaaaa

    0

    0
    • Gayah says:

      Berita Harian…what do you expect? Lain la Malaysian Tatler ke? Wall Street Journal ke atau Herald Tribune ke…

      0

      0
      • Anonymous says:

        Tugas wajib dia dah selesai. Tak perlu nak mengadap wartawan menjelaskan. Wartawan tu patut disoal balik “kenapa tanya soalan bodoh?”.

        0

        0
        • Anonymous says:

          saya adalah wanita yg telah membuat pembedahan hidung dizaman muda. kini saya menyesal. ustaz berkata tulang hidung saya tidak akan reput dlm tanah jika saya dikebumikan suatu hari nanti. kini saya mahu buang tulang plastik hidung saya. itu saja saya nak cakap. saya cukup menyesal…..

          0

          0
        • Lembu Gemok says:

          orang dah pakai tudung….dgn cara apa dia dapat petunjuk tu, takyah sibuk laaa…semua tu perancangan Allah…yang penting dia berubah ke arah kebaikkan…cuba pi sibuk pasal Lana nak kawin mat saleh mana ntah, or si tasya shila dok gila kat jantan bertatoo bukan Islam tu…itu terencat sikit cerita…baru leh korek lagi…dok korek cerita yana pakai tudung wat paaaa….bangla pon bijak sikit!

          0

          0
      • Melati says:

        pernah dengar soalan wartawan “pakai hijab tak ker akan menganggu kerier seni?”. rasa mcm nak tampor je. wartawan Melodi la suka tanya soalan2 bodoh camtu!

        0

        0
  2. chenta says:

    Alhamdulillah…istiqomah dan ikhlas dlm prbuatan

    0

    0
  3. Anonymous says:

    dulu idung bawang sekarang idung dah nampak tinggi sikit ada nampak batang idung. dia ni berhijab lebih nampak ok dari tak berhijab.

    0

    0
    • kuku says:

      Sejak dia hidung mancung la aku tak suke dia,, bgusla dh bhijab…

      0

      0
    • aku says:

      aku rs la…mmg dia buat hidung..tp bukan utk cantik..kalau korang perasan..dia ilang kejap lepas masuk fear factor malaysia…ms dlm fear factor tu..dia mmg ade terhatuk n cedera kat muka..kalau x silap maybe sbb tu dia berehat panjang n buat ape yg ptt..kalau salah mintak maaf :)

      0

      0
  4. anon says:

    nak ulas apenye..
    dah memang kewajipan dia..
    korang ni pun..

    0

    0
  5. nara lidah cabang says:

    “Ada yang berlagak alim, ada yang berkongsi kisah yang tak masuk akal dan ada yang tiba-tiba menghentam rakan selebriti lain yang belum menutup aurat”….fuh ayt ko nara…mcm kenal je sape gerangan artis tu…sindir x beragak,dpn2 kemain ko puji retis tu…wakaka!!

    0

    0
  6. anon says:

    biarla dia..
    dah memang kewajipan dia..
    korang ni pun…soalan membina skit bleh tak?

    0

    0
  7. keladi merah says:

    akhirnya trio dlm filem ‘aku masih dara’ semua dah kembali pada fitrah.. Alhamdullilah..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    menutup aurat tu wajib..cumanya akhir zaman ni sape yg berhijrah dipandang pelik. what da…..

    0

    0
  9. meluat says:

    Semenjak hidung dia ni dah mancung,, aku dah x suka ppuan ni… Dulu lagi comel,, eloklah dh tutup aurat ye..

    0

    0
  10. nok gebuzzz says:

    org berhijab pun nak tanya soalan kenapa ke??wartawan kat malaysia ni dah hilang idea nak tanya kot,dah tentu nya kewajiban sbg muslimin wajib menutup aurat…buat ape dia nak ulas lagi(dull)

    0

    0
  11. Cik Cokonen says:

    Awat…? Dia ni dulu idung kemek ka?

    0

    0
  12. Sdghtj says:

    Pasal hidung korang nak benci.. kalau betul dia ada mengubah ciptaan Allah itu antara dia dengan Allah, mungkin dia dah bertaubat dan siapa kita utk menghakimi.. dia buat hidung berdosa pada Allah bukan pada manusia.. so siapa kita nak meletakkan hukuman atas kesilapan dia dengan Allah.. adakah kita dah cukup sempurna..?? semua org buat silap.. selagi pintu taubat masih dibuka semua org ada peluang utk bertaubat..

    0

    0
  13. minah jambu terlajak habis says:

    biasa la dapat laki aje teros bertudong nk selamatkn laki dari dosa bini la kate kann hahaha..kalau laki nk kawin lain ha dia peduli happe bini tudong ke tk tudong hehe…tapi nk tengok jugak nk selamatkn laki tengok la laki yg macmana tol tk hehe…

    0

    0
  14. ain says:

    Yg menyebelahi yana tentang hidung tu kaum kerabat dia kot.mestilah org kutuk mengubah ciptaan tuhan.pas tu senang2 nak ckp yana dah insaflah blablaba..kalau gitu sapa2 pun boleh sengaja buat dosa sesukati mak bapak dia.pas tu tobat.dan salahkan org kerana mengutuk kesilapan yv disengajakan tak agak2 bebual.

    0

    0
    • koko says:

      sy bukan kaum kerabat yana and sy pun tak pasti dia buat hidung ke tak.. tp zaman canggih sekarang byk cara selain pembedahan untuk mancungkan hidung. cer google Non-surgical rhinoplasty… apapun.. hidayah itu milik semua org, dan manusia biasa seperti awak dan saya tak layak nak menghakimi semua org…

      Petikan dari Sinar Harian retrieved from http://www.sinarharian.com.my/rencana/bedah-plastik-dari-perspektif-islam-1.249601

      PEMBEDAHAN kosmetik atau pembedahan plastik terbahagi kepada dua:

      i. Merawat rupa luaran manusia disebabkan kecacatan semula jadi.

      ii. Mengubah atau menambahkan kecantikan luaran atas kehendak nafsu.

      Hukum prosedur pembedahan plastik bergantung kepada niat dan tujuan ia dilakukan.

      Diwajibkan

      Prosedur untuk menutup luka, memperbaiki bekas luka parah atau menampal kulit kesan terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.

      Diharuskan

      Bertujuan menyempurnakan atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota tubuh.

      Diharamkan

      Mengubah ciptaan ALLAH SWT seperti menukar alat kelamin, warna kulit, bentuk wajah dan sebagainya.

      Nas mengharamkan pembedahan plastik bertujuan selain kesihatan adalah berdasarkan firman ALLAH SWT:

      “Apa yang mereka sembah selain dari ALLAH itu, hanyalah berhalaberhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan, yang dilaknat ALLAH dan yang telah mengatakan:

      “Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku).

      “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka dan sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan ALLAH”.

      Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari ALLAH, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.” (Surah Al-Nisa, Ayat 117 hingga 119)

      Terdapat juga hadis menyebut:

      “Rasulullah melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Hadis Riwayat al-Tabrani)

      Kalau die ubah sape tahu sbb dia mengubah sebab ada masalah kecacatan/cedera/etc kan?? Kot-kot la die ade kecacatan yg kita tak perasan selama ni manala kita tau kan?? Husnuzon….

      0

      0
  15. bobo says:

    wanita yg tak bertudung berubah jadi bertudung akan ditanya dipersoal apa sebab dia berubah jd bertudung…patutnya yg tak bertudung tu yg ditanya,kenapa tak bertudung.. bgus yana ni, tak mcm artis wanita lain, mcm2 plk cerita sebalik penghijrahan…kalu aku ditanya, aku ckp je,aku cuma berubah dr tak ikut, kepada ikut suruhan Allah..bukankah itu sebab yg cukup kuat wahai wartawan???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      eh orang punye suka la nk bertudong ke tak ! yg kau tu apesal ?

      0

      0