Written by AbangNara | October 10th, 2016

Walaupun Abang Nara adalah seorang pencinta tegar lagu Melayu leleh jiwang karat tangkap cintan, diri ini tetap meminati dan mengikuti perkembangan semasa penyanyi-penyanyi dan lagu dari Hollywood. Banyak juga artis omputih yang lagunya sering menjadi siulan di bibir Abang Nara. Antaranya:-

1. Adele

 photo 1_8.jpg

Tak perlulah Abang Nara perkenalkan siapa si Adele ini. Lagu-lagunya dari album barunya cukup berhantu. “Hello”, “When We Were Young” dan “Send My Love (To Your New Lover)” memang cukup menghiburkan. Suara Adele memang padu dan unik. Sekali dengar terus jatuh cinta.

2. Selena Gomez

 photo 2_8.jpg

Abang Nara sebenarnya agak sedih juga sebab tak dapat menghadiri konsert Selena Gomez di Kuala Lumpur baru-baru ini. Setiap kali lagu “Love You Lika A Love Song” dan “Come & Get It” berkumandang di radio, mulut ini akan secara automatik menyanyi bersama. Lagu Selena Gomez memang catchy dan mudah diingati.

3. Charlie Puth

 photo 3_6.jpg

Charlie Puth ini mula popular lepas lagu soundtracknya untuk flem Fast & Furious 6 yang bertajuk “When I See You Again” meletup macam pisang goreng. Sekarang ini lagu “One Call Away” nyanyiannya mesti akan dimainkan di radio selang sejam. Memang best pun lagu tue. Sesuai untuk yang jiwang-jiwang macam Abang Nara nie.

 photo 4_6.jpg

Abang Nara percaya korang pun pasti ada penyanyi Hollywood kegemaran masing-masing. Kalau nak senaraikan satu persatu, memang sampai esok lusa pun tak habis. Apa yang menariknya, semua penyanyi-penyanyi top ini akan berkumpul setiap satu di atas pentas Grammy Awards, satu acara yang penuh gilang gemilang untuk meraikan penyanyi, penulis lirik, penerbit dan kesemua mereka yang terlibat dalam industri muzik.

Untuk tahun 2017, Grammy Awards yang ke 59 dijadualkan bakal berlangsung pada 10 Februari 2017. Dan hari ini, Abang Nara nak kongsikan satu berita SUPER DUPER GEMBIRA untuk anda semua. Kalau selama ini korang hanya layan acara anugerah berprestij ini di kaca televisyen sahaja, tahun depan korang boleh pergi tengok secara LIVE di Los Angeles, Amerika Syarikat. Inilah peluang untuk anda bertemu dengan Adele, Selena Gomez, Kanye West, Charlie Puth, Justin Timberlake dan ramai lagi secara face to face.

Peluang sekali seumur hidup ini adalah bersempena kempen Maybank Mastercard Grammy yang bermula dari 1 September ini sehinggalah 30 November. Jadi kalau korang adalah pemegang kad Maybank Mastercard macam Abang Nara, inilah peluang untuk merealisiasikan impian yang selama ini terpendam di dalam hati. Cara nak join contest ini teramatlah mudah. Hanya ada 2 langkah sahaja iaitu:-

1. Daftar secara SMS dengan menaip
”MC12-digit Kad Pengenalan” dan hantar ke 66628.

2. Gunakan kad Maybank Mastercard anda sebanyak mana yang boleh sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

Apa yang paling best ialah bukan seorang pemenang akan dipilih untuk ke Grammy Awards ini tetapi 6 orang!!! 6 pemenang bertuah ini boleh bawa pasangan masing-masing ke Los Angeles selama 4 hari 3 malam. Kalau Abang Nara menang, memang akan bawa wife tercinta lah. Tinggalkan anak-anak kat rumah dengan bibik demi Grammy Awards. Hehehe.

Abang Nara dah pun buat pendaftaran. Sekarang ini tugas Abang Nara hanyalah menggunakan kad kredit Mastercard Maybank untuk setiap pembelian. Siapa tahu ada rezeki kan? Yang penting kita cuba terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, layari www.maybank2u.com.my dan juga Facebook Maybank. Good luck and all the best Abang Nara ucapkan.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 responses to Kini, Anda Berpeluang Untuk Menyaksikan Grammy Secara LIVE!

  1. fatimah busung says:

    WE WANT FAZURA!!!!!!!!!!!!!!!!!

    4

    2
  2. enot says:

    Melayu tak reti cakap English paham pun tak. Apa ke jadah yg diorang nak tengok. Live atau recorded langsung tak penting dlm kehidupan seharian mereka. Lain le kalau Akademi Fantasia, ramai yg kampung2 boleh paham dan appreciate. Ni Grammy, paham ke?

    0

    0