Written by Bella | November 20th, 2015

Selepas beberapa tahun mengambil inisiatif untuk kembali membaca Al-Quran, akhirnya personaliti TV, jurulatih kecergasan serta perunding makanan iaitu Kevin Zahrin meluahkan rasa syukur kerana sudah berjaya khatam Al-Quran pada usia 37 tahun.

Kevin berkongsi berita gembira tersebut melalui  fanpage Facebook miliknya dan nyata ramai peminatnya merasa bangga dengan pencapaian Kevin.

Alhamdulillah. At almost 37 yers old, I finally managed to khatam Quran for the very 1st time. Ambil masa 2 tahun dgn kelas mengaji 2 kali seminggu. Jutaan terima kasih to Ustazah @shielaezan for getting me this far.

Made it more special yang hari ini merupakan hari jadi ke 70 arwah ibu saya yang dah lama meninggal. Alhamdulillah #azam2015 #khatam. Insyallah tidak berakhir di sini. Sambung lagi minggu depan.

Kevin juga ada menjelaskan bahawa beliau yang dibesarkan di Jerman dan hanya berpindah ke Malaysia ketika umurnya 13 tahun mengakui kurangnya pendekatan untuk membaca Al-Quran.

Kekangan kerana sering berpindah  ke beberapa sekolah berasrama juga membuatkan usahanya untuk cuba khatam Al-Quran terbantut.

Namun setelah mendirikan rumah tangga Kevin telah memasang azam serta bertekad untuk kembali mengaji bermula dengan muqaddam atas bimbingan Ustazah Shiela Ezad sejak tahun 2011 lagi.

Satu berita yang amat menggembirakan sekali dan mampu memberi semangat untuk sesiapa sahaja di luar sana yang belum khatam Al-Quran untuk memulakan langkah ke arah tersebut. Tidak kisah jika anda sudah berumur sekali pun.

Sumber Berita: Facebook Kevin Zahri

27 responses to Kevin Zahri Luah Rasa Syukur Akhirnya Khatam Al-Quran Pada Usia 37 Tahun

  1. cik mok says:

    Alhamdulillah

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Aduh…. sebak plak rasa..
      Zaman la ni aku tengok…
      Ramai muda mudi… mmg merangkak baca Quran..
      Suh baca alif ba ta sampai Ya…
      Aku rasa dari 10 org… silap2 2 je yg leh baca..

      0

      0
  2. yayayayayayaa says:

    Alhamdulillah. Salute

    0

    0
  3. nok gebuzzz says:

    Alhamdulillah….ada kesungguhan pasti ianya berjaya

    0

    0
  4. Pekerja Gomen II says:

    you inspire me

    0

    0
  5. Joyah Pok Pek says:

    Alhamdullilah..saya pun teringin..semoga Allah murahkan rezeki ku dri segi kewangan dan masa untuk belajar mengaji

    0

    0
  6. loyalmalaysian says:

    ade tu baca surah al-fatihah pon x reti…abis camna nak ckp ko tu org Islam? camna plak nak jadik ketua keluarga…

    0

    0
  7. ayu maisarah says:

    suami sempurna camnilah yang para isteri cari….ingat tu Tuan Anas….lol!

    0

    0
  8. Cookie says:

    :’).. Salute la abg kevin.

    0

    0
  9. Lara says:

    Yang aku ni.. khatam dah banyak kali, tapi tafsirnya tak pernah hadam hadam. Asal niat nak mendalami tafsir jer, terus terbuka blog BN and melekap kat sini, setan banyak sunggoh!

    0

    0
    • Anonymous says:

      kalo camtu elakkan baca tafsir dari internet or skrin computer… baca truss dari buku terjemahan dan tafsir ayattt… takkan k tak asan setan la melambak dalam internet ni…

      0

      0
  10. manis says:

    Tahniah Kevin. Syukur sangat2 sorang lagi umat Muhammad yang lembut hati

    0

    0
  11. Anonymous says:

    lepas ni.. kalo hang buat program kecergasan diet n pemakanan.. hang boleh kaitkan terus practise ni dengan sumber rujukan dari al quran….jangan stop hanya untuk achieve the khatam mission.. carry on sekali untuk memahami makna n tafsir Al-quran..

    those stuff are interrelated kevin.. Malaysians and our Muslim communities nowadays are hunger for quality and inspiring spiritual balance lifestyle…. we have small numbers of experts in this critical field…. pls consider this!!…this khatam stuff was just an inspiring and a good effort from you… Barakallah brother..!

    0

    0
  12. Kupu-kupu Emas says:

    Tahniah & Alhamdulillah… Usaha yg patut dicontohi…Usia bknlah penghalang

    0

    0
  13. Islam itu indah says:

    alhamdulilah…syukur…syukur..semoga allah permudahkan segalanya..amin..

    0

    0
  14. anon says:

    He’s hot, she’s not…..ruginya anak2 ikut muka maknya…

    0

    0
  15. ssssss says:

    terus terang aku x gemar baca novel…tp aku aku suke baca al-quran…mest korang kata aku poyo…tp better korang cuba hari2 baca al-quran..pastu sehari skip…mest korang akan rindu….lagi seronok baca sekali dgn terjemahan…lepas sehelai mest nak baca lagi sehelai.

    0

    0
  16. Saya says:

    Syabas kevin. Lepas ni adalah lebih baik kevin berguru dengan seorang guru quran lelaki pula kerana mempelajari membaca  al quran bertajwid n mengenal makhraj huruf perlukan bertalaqi dan bermusyafahah.

    Talaqqi : pelajar bersemuka atau berhadapan dengan guru. 
    Musyafahah :  dari mulut ke mulut (pelajar belajar al-quran dengan memerhati gerak bibir guru untuk mendapatkan sebutan makhraj yang betul)

    Wallahualam.

    0

    0
  17. coco says:

    alahh.. coco dah khatam dari umor 12 tahun lagik…. tak kecoh pun….

    0

    0
    • coco yg sakit jiwa says:

      Coco kau kompem sakit jiwa, hati busuk, mulut puaka. Sia2 jerk lah kau khatam umur 12tahun pun.. ke kau setan bertopengkan manusia. Patutnyer kau bangga org buat kebaikan..bukan angkat bakul sendiri puji sendiri siap perli pulak. Mesti kau khatam pun kau tak baca tafsiran sekali..sebabtu kau tak paham ape kandungan Al-Quran sampai kau riak & mulut longkang.

      0

      0