Written by AbangNara | November 25th, 2011

Macam-macam. Itu sahaja yang mampu Abang Nara katakan. Rupa-rupanya kesilapan pengumuman lagu terbaik untuk AIM berpunca daripada pengiraan salah yang dilakukan oleh juruaudit luar rasmi AIM, Ernst & Young. Agak pelik jugak kerana kesilapan ini hanya dikesan selepas 2 minggu. Misteri naga sungguh.

anuar zain

Namun begitu Abang Nara cukup kagum dengan Anuar Zain dan Yuna yang bersikap profesional untuk hadir ke sidang media AIM semalam. Bukan senang untuk memenangi sesuatu dan kemudian ditarik balik atas kesilapan sebegini. Yang penting, kredibiliti AIM selaku penganjur anugerah muzik yang paling berprestij telah pun tercalar. Anuar Zain telah berkata:-

Ini merupakan satu kesilapan yang menjadi sejarah dalam industri hiburan tanah air, secara jujurnya ketika menerima berita ini, saya agak terkejut. Saya tidak mahu orang luar menganggap kami telah mempertikaikan kemenangan Yuna untuk kategori tersebut, sedangkan saya sendiri menerima keputusan lagu ‘Penakut’ sebagai Lagu Terbaik pada malam itu dengan hati yang terbuka. Jika diikutkan saya, berat untuk terima anugerah ini dan tidak mahu datang untuk berdepan dengan Yuna menerima trofi kemenangan tersebut. Kadang kala saya rasa anugerah tersebut tidak perlu untuk dipulangkan dan perkara ini lebih baik dibiarkan diam sahaja. Saya hormat Yuna lebih kerana dia sanggup datang untuk majlis pemulangan anugerah ini dengan hati yang terbuka dan positif. Saya juga berharap tidak berlaku lagi kejadian sebegini yang boleh mengakibatkan kredibiliti AIM dan RIM dipertikaikan

Semoga perkara sebegini akan menjadi pengajaran dan peringatan kepada mana-mana pihak penganjur supaya ianya tidak berulang lagi. Pendapat Abang Nara, mungkin sudah tiba masanya untuk pemuzik-pemuzik Malaysia bergabung dan membuat satu anugerah ciptaan sendiri yang tidak bergantung kepada mana-mana organisasi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 responses to Kesilapan Ernst & Young Punca Salah Pengumuman Lagu Terbaik AIM

  1. apa2 jew says:

    salute yuna…btw congrats anuar!

    0

    0
    • AnakIkanEnsem says:

      FIRSTTT!!! WEI MANGKOK2 SEKALIAN! AKU FIRSTT!! SEKIAN TQVM~!!

      0

      0
      • selipar Jepun says:

        kesian kat anuar zain.., da la xcident sidang media after AIM ri tu x hbs lg.., ni pasal AWARD pulak….yg jadi mngsa anuar zain ngn yuna ler….mesti janggal time nk ambik award dr yuna.. ape2 hal pun LUVE U ABG NUAR!!!!

        0

        0
        • linda says:

          Tapi serious ckp rrr…..yg paling cian kat yuna..malu gila kalo aku jdi dye..tpi dye mantain je aku tgk….wahuhuhu

          0

          0
        • hahaboy says:

          anggap je la yuna sebagai penyampai anugerah tu kepada anuar zain. tak de la rasa bersalah sangat nanti. tapi memang respek yuna sebab dapat menerima kenyataan, tak seperti seseorang tu yang meluahkan rasa tak puas hati dengan lantang depan tetamu kehormat pulak tu…

          0

          0
        • tapi, bro dah 18 tahun penganjuran. hadiah utama boleh salah kira. obvious tropi RM600 is obvious.

          0

          0
  2. bunga says:

    Patut la I rasa pelik bila lagu Penakut tue memang. Bukan nye best sangat pong.

    0

    0
  3. blacktie says:

    patotnye dendiam saja la.. kesian.. tak pon buat trophy len.. kehkehkeh.. Ernst & Young ni kena tuko nama laa.. Ernst & Old.. sbb dah nyanyuk.. hoh!

    0

    0
  4. Bro 10 Inci says:

    mmg x dinafikan manusia x lari dari kesilapan…. namun dlm hal ni, sebagai professional, kesilapan dorg ni mmg x patut dan memalukan org lain… kalo gua AZ/YZ, mmg gua tibai 2 org tuh…

    0

    0
  5. aku laa stalker says:

    1st?? hehe..

    0

    0
  6. kim nana says:

    memalukan!…mcm ne auditor betauliah leh wat mcm ni..penganjur pn x double chek ke bl dh dpt reslt?…bg aku,klu dh slh 2,dok la diam2…xyah la tarik blk,n xyah la bg kt org lain…tp janji la benda2 cm ni xjadi g…benda2 ni melibatkan maruah..maruah yuna n AZ…

    0

    0
  7. cikmimi says:

    Kesian yuna..dah takde rezeki nak buat macm mane.
    Btw,tahniah anuar zain n edry.
    Lgu sedetik lebih mmg best.

    :)

    0

    0
  8. cikmimi says:

    Lain kali check betul2 supaya tak jadi kesilapan cmni.

    0

    0
  9. nur azima says:

    hmm..betulke mmg Ernst & Young yg salah..based on metro kalu bace betul2 AIM yg salah..bace ejr petikan nih..“Untuk memilih Lagu Terbaik, kita memilih juri berbeza. Tidak mahu keputusan pemenang setiap kategori bagi genre Lagu Terbaik Pop, Etnik, Rock dan Nasyid diketahui mereka (meaning the EY’s staff did not know who won each category), kami turut meletakkan 20 lagu yang berada dalam calon lima terbaik bagi setiap kategori dipertandingkan dalam senarai.
    “Dalam penjurian itu, semua juri meletakkan markah tertinggi untuk lagu Penakut yang didendangkan dan dicipta sepenuhnya oleh Yuna, sebab itu jugalah pada malam majlis berlangsung Penakut diumumkan pemenang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

    Rosmin turut akui pada malam sidang akhbar selepas AIM-18 tamat, dia turut memberikan penjelasan sama bahawa kategori itu diadili juri berbeza (diffirent jury hence different judgement on the marks given) walaupun waktu sama ia melanggar syarat (AIM admit they did not follow the rule) ditetapkan iaitu pemenang Lagu Terbaik seharusnya juara bagi kategori dalam mana-mana empat genre terbabit.

    0

    0
  10. nur azima says:

    Betulke ape yg abg nara tulis nih? based on harian metro lain jer kalu bace betul2..“Untuk memilih Lagu Terbaik, kita memilih juri berbeza. Tidak mahu keputusan pemenang setiap kategori bagi genre Lagu Terbaik Pop, Etnik, Rock dan Nasyid diketahui mereka (meaning the EY’s staff did not know who won each category), kami turut meletakkan 20 lagu yang berada dalam calon lima terbaik bagi setiap kategori dipertandingkan dalam senarai.
    “Dalam penjurian itu, semua juri meletakkan markah tertinggi untuk lagu Penakut yang didendangkan dan dicipta sepenuhnya oleh Yuna, sebab itu jugalah pada malam majlis berlangsung Penakut diumumkan pemenang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

    Rosmin turut akui pada malam sidang akhbar selepas AIM-18 tamat, dia turut memberikan penjelasan sama bahawa kategori itu diadili juri berbeza (diffirent jury hence different judgement on the marks given) walaupun waktu sama ia melanggar syarat (AIM admit they did not follow the rule) ditetapkan iaitu pemenang Lagu Terbaik seharusnya juara bagi kategori dalam mana-mana empat genre terbabit.

    0

    0
  11. nur azima says:

    “Untuk memilih Lagu Terbaik, kita memilih juri berbeza. Tidak mahu keputusan pemenang setiap kategori bagi genre Lagu Terbaik Pop, Etnik, Rock dan Nasyid diketahui mereka (meaning the EY’s staff did not know who won each category), kami turut meletakkan 20 lagu yang berada dalam calon lima terbaik bagi setiap kategori dipertandingkan dalam senarai.
    “Dalam penjurian itu, semua juri meletakkan markah tertinggi untuk lagu Penakut yang didendangkan dan dicipta sepenuhnya oleh Yuna, sebab itu jugalah pada malam majlis berlangsung Penakut diumumkan pemenang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

    Rosmin turut akui pada malam sidang akhbar selepas AIM-18 tamat, dia turut memberikan penjelasan sama bahawa kategori itu diadili juri berbeza (diffirent jury hence different judgement on the marks given) walaupun waktu sama ia melanggar syarat (AIM admit they did not follow the rule) ditetapkan iaitu pemenang Lagu Terbaik seharusnya juara bagi kategori dalam mana-mana empat genre terbabit.

    0

    0
  12. siti situ sana sini says:

    Yang patut malu adalah pihak AIM bukan Yuna!

    0

    0
  13. pemerhati says:

    Ernst & Young satu nama yg besar…bkn saja di Malaysia tp di negara2 lain…x sangka kesilapan besar sebegini E&Y leh terlepas…lps ni nama E&Y akan tercalar…dh laa company aku keje pun guna auditor E&Y…jgn wat kesilapan kt company ni udah lerrr…

    0

    0
  14. amekkaw says:

    Suka suka je kasi org malu…

    0

    0
  15. Melati says:

    Sebenarnya Yuna or Anuar Zain x payah nak rasa malu or awkward ke apa. Dalam hal ni, aibnya 100% kat pihak Earnst&Young ni. Kitorang tak kira la peminat ata bukan, tak ada sape gelakkan dua artis ni. Instead, kitorang sangat marah/bengang/disgusted atas kelalaian pihak ni. Seriously, reputasi this company and AIM is hitting bottom rock now. Padan muka. Amik mudah lagi benda2 macam ni.

    0

    0
  16. jiwa tegoh says:

    mana boleh silap klo nak membuat keputusan yg sudah ada kat tangan anda,ne bukan main main malu lah

    0

    0
  17. ffarah says:

    EY one of the big four.
    Erk, Agak2 issue ni boleh jadi case utk student buat case study x?
    =.= Malu k,
    Apa pun, EY dh jelaskan semuanya, kira ok la tu.
    Benda mcm ni ok lagi. Jangan tiba2 jadi macam Arthur Anderson sudah. =.=”

    0

    0
  18. […] Here : Beautiful Nara This entry was posted in Teknologi and tagged Ernst, kesilapan, Lagu, Pengumuman, punca, salah, […]

    0

    0
  19. aku kesah? says:

    AIM loser !!! E&Y loser!!!hahhaha

    0

    0
  20. ADAM says:

    Senangnya nak tarik award,langsung tak jaga maruah org lain,sanggup tak telan muntah sendiri,kalau tak sanggup jgn buat org lain begitu.kesian Yuna.

    0

    0
    • minah jambu 24jam mengadap computer says:

      lain taon or lain kali yuna jangan datang ok yuna antar wakil je kalau kena tarek pn suroh wakil je yg kasi balek atau pn stay aje kt luar negeri lagi bagossssssssssssssss !!!!! daripada nk terhegeh2 nk dapat kn award tu buang masa je pas tu( helo yuna award tu bukan untok u kite tersalah kira n tersalah kasi lah sori eh yuna tolong ngan hormat nye kasi balek )

      0

      0
  21. fauzan says:

    kesian kat yuna….

    0

    0
  22. bontot says:

    politik koto, biase laaa

    0

    0
  23. monster killer says:

    sian yuna..tp dy da bnyak mnang..kra ok la..sabo je lah..

    0

    0
  24. Reena says:

    Respek ngan yuna..very professional..aku rasa kalau kena kat artis lain..mau kena maki sebakul AIM..

    0

    0
  25. abanguda says:

    AIM= Aku Ingat MentalLah…bila perkara ni boleh berlaku….salah satu firma Audit terbesar di Malaysia boleh buat silap utk mengira jumlah markah yg boleh dibuat oleh lulusan UPSR ajer,tak gila ke namenye…aku kira bagi badan lain aje Penganjurnye mcm Nara pun tak mungkin berlaku kesalahan beso cam ni,gunekan Auditor yg kat Ipoh aje pun dah cukup..tentu tak jadi kesalahan cam ni…memalukan kat seluruh dunia imej Malaysia ajer!!!

    0

    0