Written by serenity | October 13th, 2012

Selepas menanti selama 11 tahun, dan menyembunyikan kisah cinta mereka, pemain badminton nombor satu dunia akhirnya bersedia untuk berkahwin dengan Wong Mew Choo pada 10 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Chong Wei yang akan berusia 30 tahun pada 21 Oktober, akhirnya mengakui yang kesabaran yang ditunjukkan oleh Mew Choo yang berjaya membuka hatinya.

Saya kenal Mew Choo sejak zaman remaja lagi dan kami pernah mempunyai ikatan dan pernah terlerai ikatan perhubungan selama 11 tahun lepas. Sudah tentu terdapat salah faham tetapi dia sentiasa berada di sisi saya.

Dia kenal dan suka saya sejak saya bukan sesiapa pun dulu, dan itu tak pernah berubah. Dia sudah menunggu saya sejak sekian lama dan saya ambil keputusan untuk berkahwin dengannya. Dia seorang yang sabar dan saya sukakan kualiti itu dalam dirinya.

Perancangan perkahwinan mereka hampir tidak menjadi kerana nenek Mew Choo meninggal dunia baru-baru ini. Menurut adat orang Cina, mereka perlu berkahwin dalam tempoh seratus hari selepas pengebumian atau perlu menunggu lagi selama tiga tahun.

Kami berbincang mengenainya dan membuat keputusan untuk berkahwin lebih awal. Saya akan jadi terlalu tua jika tunggu tiga tahun lagi!

Chong Wei dan Mew Choo yang merupakan pemain badminton wanita nombor satu negara sehingga dia bersara baru-baru ini menghabiskan masa tiga jam untuk sesi fotografi perkahwinan mereka di Resort Sepang Gold Coast Palm Tree.

Ditanya sama ada keputusannya untuk berkahwin akan menyebabkan dia kehilangan peminat perempuan dia hanya ketawa:-

Saya tak sabar menanti perkahwinan saya dengan Mew Choo tapi saya tak fikir akan kehilangan peminat kerana perkahwinan. Saya ada ramai peminat tetapi mereka minat saya kerana kemahiran badminton. Saya rasa itu tidak berubah.

Chong Wei menjangkakan dia akan menerima ramai tetamu untuk majlis resepsi perkahwinannya. Malah dia merancang untuk meraikan perkahwinannya selama lebih dua hari. Kredit gambar Anovia Bridal.

Sumber.

***

Inspitari 2012 bakal menutup tirai malam ini. Peminat-peminat tari jangan ketinggalan menyaksikan penampilan 15 kumpulan kesenian JKKN mewarnai pentas Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut dengan 16 kreasi. Penampilan khas kumpulan PERMATA SENI TARI cukup menghiburkan… Dapatkan pas masuk mulai jam 5.00 petang hari ini di Auditorium DBKL.

[jetpack-related-posts]

47 responses to Kesabaran Mew Choo Buka Hati Saya – Lee Chong Wei

  1. ani ker says:

    tahniah..nampak segak dan cantik..ayat LCW matang..terbaik

    0

    0
  2. UNKNOWN says:

    tahniah DLCW :)
    Dah lama tunggu berita gembira sebegini.
    Even DLCW dah kahwin,saya still fans dato.tak pernah berubah
    Anyway salute laa dgn Mew Choo sbb sabar menunggu walaupun bertahun-bertahun.tahniah sekali lagi from me :)

    0

    0
    • Dona Danish Muka Vietnam says:

      Dona rase lah kan , parents MewChoo mesti suka tgk pokemon , pastu mesti nk letak nama anak Mew Two , tapi sebab diorng pnya accent , so diorng sebut Mew Choo .

      0

      0
  3. Puteh says:

    Dia ahli sukan professional…. Peminat meminatinya kerana bakat, bukan seperti sesetengah ahli sukan yang cari glamor tetapi bakat tak seberapa… Saya tetap minat DLCW selagi dia tidak berubah sikap…

    0

    0
  4. bravo says:

    harap pas kawen… bole la kasi kalah sama lin dan… liat bebeno pn si lin dan tuh…

    0

    0
  5. sayangselasih says:

    ABG NARA PLEASE LAH ALIHKAN IKLAN AKU TERIMA NIKAHNYA NIIIIIII….SEMAK JELAH …PANAS HATI SAYA NI NAK KENA CLOSE TIAP KALI…NTI KITA ORG GI LAH TGK..TK YAH NAK PROMOTE SGT…NTI INDAH KABAR DARI RUPA JERLAH…!!!!!!!!

    0

    0
  6. Raja minah jambu rindu ngan izwan pilus 24jam mengadap computer says:

    tu lahhhhhh di nama kn dh jodoh tk kemana ….11 taon bukan nye sekejap nk tunggu tol takkkk….tahniah CW semoga bahgia

    0

    0
  7. suparjo.. says:

    tinggi seyh kesabaran WMC nak tunggu LCW..papehal pun tahniah2. macam ni lah bagos. couple senyap2 lepas tu taw2 dengar nak kawen je dah.. hope dapat anak2 yang power main badminton macam diorang jugak..:)

    0

    0
  8. Sya says:

    Setia

    0

    0
  9. jenn says:

    tahniah DLCW …semoga bahagia dgn cinta sejati anda Mew Choo, sbgai peminat kami gembira sgt2.yeyyy

    0

    0
  10. […] belek-belek Facebook, tiba-tiba ternampak tajuk entri daripada Beautifulnara, yang Datuk Lee Chong Wei bakal berkahwin dengan Wong Mew Choo. Rasa teruja je baca. Akhirnya […]

    0

    0
  11. pemerhati says:

    Congratulations…may both of you live happily ever after. Terus berjuang untuk Malaysia! We appreciate your contributions, we are pleased with your achievements.

    0

    0
  12. Prince Noob says:

    taniah dato lcw. anda tunjukkan contoh yg sangat baik sebagai seorang atlet bertaraf dunia, tak mcm sesetengah atlet, baru sahaja bertaraf kebangsaan dah bajet macam artis

    0

    0
  13. xoxo says:

    Blog ni lama2 akan buat pembaca fed up sbb ada iklan yang menyemakkan ni..kalau nak untung skali pun x payah la smpai buat cam ni skali..promote kat page mula2 dah la..ni stiap kali bukak page baru pun still ada gak..btw…mybe kerana terlalu tamak dengan keuntungan, sbb peminat dah bosan dengan iklan cam ni (ni bukan kali pertama nara buat iklan camni) last skali peminat akan rasa muak..last skali nara jgak yg rugi..kena ingat tanpa pembaca blog ni xde nilai pun..:)

    0

    0
  14. beck says:

    tahniah Lee Chong Wei

    0

    0
  15. semak! says:

    semak la iklan ko ni nara

    0

    0
  16. Mdm Tai says:

    Luv & salute Datuk LCW. Congrat Datuk & Datin for the wedding.

    0

    0
  17. saf says:

    tanniah kpd datuk lee chong wei atas p’kahwinan yg akan b’lku pda november ini semoga m’dpat ank yg cmel………mcam mama dn papanya.di samping itu jga sya akn slalu support datuk di arena skan badminton

    0

    0
  18. la la la says:

    fap fap fap fap

    0

    0
  19. mei mei says:

    tahinah Dato’ & Datin

    0

    0
  20. cikuchak says:

    ucapan tahniah buat DLCW dan DWMC
    semoga anda berdua terus berbahagia
    banyak pengorbanan yg anda berdua telah lakukan
    pls take care of each other, okay!!

    0

    0
  21. Muzz says:

    Tahniah Dato’ Lee Chong Wei~~
    “Wishing you all the happiness there is and as you both live out your lives together may they be entwined as you grow old together.”

    0

    0
  22. farah says:

    rasanya LCW bkn br 30…die dh nk dkt 40 da…~~pape pon congrats…~~

    0

    0
  23. Macro says:

    1st time aku komen kat blog nie wlpun lama aku ikut blog nie.. aku nak komen sebab aku rasa semak dengan iklan kat blog nie yg sangat menganggu..

    0

    0
  24. mulberry uk says:

    you will have an incredible weblog here! would you like to make some invite posts on my weblog?

    0

    0
  25. ??????MONTBLANC???????????????????????????????????????????????

    0

    0