Sebenarnya penyanyi rock tersebut adalah Aweera yang telah ditahan oleh polis selepas kekasihnya Shazia Mohd Rozaini membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Kini hubungan mereka sudah berakhir dan Shazia juga mengakui beliau sudah memaafkan Aweera tetapi dengan bersyarat. Shazia tidak mahu memanjangkan lagi perkara berkenaan dan kini mahu fokus dengan kerjaya beliau.
Dalam syarat Shazia, beliau melarang Aweera untuk mendekati dirinya mahupun keluarga beliau dalam apa cara sekalipun.
Saya sifatkan isu ini sudah selesai apabila saya sendiri sudah memaafkan Aweera bersyarat ketika dia ditahan oleh pihak polis.
Dalam syarat itu saya tekankan agar dia tidak lagi menghampiri dan mendekati saya sekeluarga dalam apa jua cara sekali pun. Saya juga tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengannya.
Sembilan tahun bersama, cukuplah saya rasa diperbodohkan dan ini bukan kali pertama saya lalui pengalaman dikasari. Sampai pada satu tahap, saya sendiri tidak sanggup lagi nak berhadapan dengan semua ini dan terpaksa akur dengan nasihat keluarga untuk membuat laporan polis demi keselamatan diri.
Shazia mengakui kelemahannya ialah mudah kasihankan orang  lain, sehingga masih mahu memaafkan Aweera walaupun beberapa kali melalui pengalaman dikasari. Malah ketika melihat Aweera di balai polis untuk disoal siasat, dia masih fikir apakah tindakannya membuat laporan itu betul ataupun tidak.
Kalau sudah teruk dikasari oleh teman lelaki, lebih baik elak daripada terus menjadi mangsa. Lelaki seperti ini tidak sayangkan anda dan hanya mengambil kesempatan atas kelemahan anda.