Written by Bella | January 29th, 2015

Penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang, Zamani Slam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan positif dadah dan pengedaran bahan haram itu pada minggu lalu. Pengakuan tersebut dilakukan selepas pertuduhan itu dibacakan dihapadan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Dakwaan tersebut turut melibatkan pembantu peribadinya Nur Juliana Abdul Rani dan turut menafikan beliau mengambil dadah jenis Amphetamine hasil ujian air kencing pada jam 2.05 pagi Rabu minggu lalu sewaktu penangkapan dijalankan.

Mengikut pertuduhan, penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu dan Nur Juliana didakwa bersama-sama dalam milikan mereka dadah jenis heroin anggaran berat 1.20 gram di sebuah rumah di, Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat dekat sini, pada 12.30 malam, 21 Januari 2015.
Hakim telah membenarkan mereka diikat jamin masing-masing dengan jumalh RM6,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan tanggal 10 Mac ini untuk sebutan kes.

Sebelum ini, Zamani Slam telah ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kami rasa ujian air kencing tidak dapat menipu sesiapa bukan? Jika anda ingin berubah sudah tiba masa untuk meneriman risiko daripada perbuatan anda. Jangan sampai nanti peminat mula tidak menyokong anda kembali. Ayuh sama-sama kita nantikan perkembangan kes Zamani Slam.

Sumber Berita & Foto: Harian Metro

26 responses to Kes Dadah: Zamani Slam Mengaku Tidak Bersalah

  1. Mawar berduri says:

    Terang2 positif dadah pun mengaku tidak bersalah, kalau sudah terang2 mengaku mahu insaf jadi itu tidak bersalah memakan dadah lah…harap2 masuk penjara lama b, baru lah jadi insaf

    0

    0
  2. minah jambu tk suka hipokrit says:

    macmana u ni zamani ? itu hari u mengaku memiliki dadah skarang tk ngaku salah pulak cmana ni ? ape2 pon harap zamani berubah ke arah yg lebih baik n jangan buat pekara yg salah ok …sekira nye u kena Lt u berubah lah yg betol2 punye ok..peminat2 semua sayangkn u…bila u keluar nanti jangan lupa buat Album baru ok ..lov u zamaniiiiiiiiii….

    0

    0
  3. Aveana says:

    Pengakuan tidak bersalah itu perlu untuk membolehkan perbicaraan berlangsung diwakili peguam. Dengan itu dapat ditentukan sama ada ujian air kencing dan tuduhan memiliki itu dilakukan mengikut prosedur atau tidak. Jika tidak mengikut prosedur, tuduhan boleh digugurkan (kerana dikhuatiri tercemar, dsb). Membuat pengakuan bersalah boleh dihukum rotan, dan inilah yang mahu dielakkan.

    Keinsafan selalunya memang ada, tetapi ketagihan bukan mudah untuk dirawat. Sama-samalah berdoa agar dikuatkan mental dan semangatnya untuk melawan ketagihan itu.

    0

    0
    • Aveana says:

      Pembetulan: Membuat pengakuan bersalah boleh dikenakan hukuman sebatan.

      0

      0
      • batu giling takut tali pinggang .. says:

        Hik … hik … hik … rotan? …. ingt lg masa sek BG nakal thn kena sesah dgn tali pinggang kulit. Klu rotan BG tak takutttt … kulit BG bagaikan elastik tak lut rotan … tp klu tali pinggang. BG cabut lari …

        Rotan Penjara …. Pehhh … skali sebatan tercabut kulit … lps tu baikkn luka dulu. Lps baik sesah lagi … Tercabut rasa punggung.

        Zamani minta di bicara bkn dia tak insaf. Undeng undeng Jenayah …

        0

        0
        • lynn says:

          Hukuman sebat hanya dilakukan sekali. Kalau dia kena 10 sebatan, ia akan dijalankan sekali je. maksudnya, kalau dia pengsan atau terjadi apa2 yang mengakibatkan dia disahkan tidak mampu teruskan hukuman tersebut (oleh doktor), maka hukuman sebat selebihnya itu akan digantikan kepada hukuman penjara

          0

          0
    • nana says:

      Kalau tak silap saya pernah terbaca komen2 dr Aveana sebelum ini. Saya suka cara Aveana menulis & memberi penerangan. Ringkas, padat dengan fakta.& ada perkongsian ilmu. Tak perlu panjang berjela. Jadi tak sia-sia walaupun masuk blog gosip artis.

      0

      0
    • lynn says:

      Dalam kes ida ni, dia tak kena rotan sebab s.12 (2) Akta Dadah Merbahaya hanya memperuntukkan hukuman penjara atau denda atau kedua2nya. Bagi Seksyen 15 pula, denda atau penjara atau kedua2 duanya dan kena pengawasan polis. selalunya orang tak nak mengaku sebab ada perintah pengawasan polis

      0

      0
  4. Adisha says:

    Kalau x faham proses kat mahkamah toksah komen, memalukan….
    @Aveana…pnerangan yg bagus untuk org2 yg tak faham dan rsa pandai beno.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Tgh gari pun suara masih sedap. Kalau dulu ko buat album solo bergerak sendiri pun tentu berjaya . Suara dah ada, rupa pun ada. Tapi sayang kau hancurkan diri sendiri

    0

    0
  6. pening says:

    die xmengaku salah sebab die mntak dibicarekan….lgpun dh ade peguam kan…mungkin xpyh masuk penjare tp juz masuk rehab…macam kes si ezad tu pn lepas jugak xde smpai masuk penjare…ni bahagian die…die dh cukup malu dh…so biala die ikot prosedur yg ade…doakan la die cepat sihat…

    0

    0
  7. LAWYER says:

    lagi lama melarat kes lagi untung LAWYER dia dapat publisiti percuma.

    tengok muka LAWYER pun tau muka tak AMANAH.

    0

    0
  8. Boleh la says:

    Hamboi NARA. Kalau nak kasi ‘PANAS’ isu kemahennnn lagik.

    Pengakuan tak bersalah tu sebab nak perbicaraan. Tak semestinya Zamani lepas mcm tu saja. Dia still kena masuk Rehab ke Rumah Pengasih ke.

    Jangan sesuka ASSUME boleh???

    0

    0