Written by AbangNara | January 30th, 2015

Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Dalam kebaikan ada keburukan, dan dalam keburukan, ada kebaikan. Amboi bermadah pula Abang Nara. Penangkapan Zamani bekas vokalis kumpulan Slam kerana dadah sememangnya mengejutkan industri hiburan tanah air. Namun di sebalik kekecohan tersebut, ada berita baiknya. Album koleksi 50 lagu-lagu kumpulan Slam kini telah pun berada di Top 10 iTunes.
kumpulan slamAbang Nara memang minat kumpulan Slam dari dulu lagi. Lagu-lagunya seperti Gerimis Mengundang, Kembali Terjalin, Nur Kasih dan banyak lagi memang mengasyikkan untuk didengar. Dengan vokal Zamani yang begitu merdu, boleh dikatakan hampir kesemua lagu kumpulan Slam adalah ‘killer song’. Buat mereka yang membesar di tahun 90-an, sememangnya lagu Slam seringkali menjadi siulan dan nyanyian apabila pergi ke karaoke.
kumpulan slam
Berdasarkan pemerhatian Abang Nara sebentar tadi, album Koleksi 50 lagu-lagu terbaik Slam kini berada di kedudukan keenam. Satu pencapaian yang amat memberangsangkan. Abang Nara dah beli dah pun satu album. Hehehe. Balik nie nak layan lagu Slam sambil memandu. Barulah jiwang. Buat pengguna iTunes, jangan lupa dapatkan album ini. Cuma USD 8.99 sahaja.

Apakah lagu feveret Slam anda? Kongsikan di ruangan komen.

22 responses to Kes Dadah Zamani Pacu Album Koleksi 50 Lagu-Lagu Slam Ke Top 10 iTunes

  1. Alhamdulillah. Hikmah disebalik kejadian :)

    0

    0
    • Siti nurbaliza says:

      spt mimpi perkenalan itu hanya seketika..x tahu mnilai mana yg tulen mana yg palsu..di akhir2 ini ketika aku dlm ksunyian…trasa kjahilan itu bagiku satu krugian…

      0

      0
    • Marco says:

      setakat Itunes Malaysia jer buat aper.
      tu pun bukan no.1 kat itunes Malaysia.

      0

      0
    • Kek Pandan says:

      sudah2 lah memuji penagih dadah ni, kan tak pasal2 budak2 muda ikut Zamani ni..
      Dadah musuh utama negara.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Bukan puji lah sbb dia isap dadah…kami puji dgn bakat n hati dia yg lebih mulia drpd manusia beriman mcm ko ni!,esok2 ada ahli keluarga ko yg isap dadah ko nk bunuh ke?mmg busuk betul hati ko

        0

        0
    • artis mee segera low class says:

      mawi yg x hisap dadah pun org lngsung x pndang..tp zamani? sb nya zamani x sombong n berlagak..bakat besar..suara sedap..smoga zamani berubah dan teruskan kerjaya seni..

      0

      0
  2. Alhamdulillah. Hikmah disebalik kejadian..

    0

    0
  3. hanim says:

    Alhamdulillah..ade hikmah..semoge zamani dpt berubah n sabar dlm menjalani kehiduoan die selepas ni..jom sam2 doakan zamani bertemu jodoh yang baik..:)

    0

    0
  4. Anonymous says:

    syukur video itu di upload. mmg org yg upload tu peminat zamani

    0

    0
  5. Ex GF Zamani Slam says:

    jika kau selam hati ini..pastinya engkau kan mengerti..

    0

    0
  6. nok gebuzzz says:

    mmg terbaik!saya salah seorg yg memiliki album tersebut….harap zamani terus berkerjaya dlm bidang ini dan mempunyai imej yg bersih selepas ini

    0

    0
  7. peminat Zamani says:

    1) tak terkejut sebenarnya dgr berita Zamani ditahan coz lama dulu dah terfikir dia mesti terlibat penyalahgunaan dadah bila tgok keadaan fizikalnya. Tahu sendiri sudah lah…
    2) mmg setiap yg berlaku ada hikmahnya tapi sama-samalah kita ambil pengajaraan darinya. Dlm kes zamani ni begitu pantas Tuhan tunjukkan hikmahnya. Bimbang kalau tak ambil pengajaran ia akan berulang dan nak dapat balik hikmah yg baik tu akan mengambil masa yang terlalu lama hingga kita tak sanggup melaluinya keperitannya.
    3) Ternyata peminat di Malaysia bijak menilai artis. Kita nilai artis dari bakat, sikap rendah diri, sanggup mengaku kesilapan diri sendiri tanpa menyalahkan org lain, hormati org lain & tidak sombong. Selagi artis ada nilai2 ini peminat akan terus hargai walaupun ada kesilapan yg dilakukan. Peluang kedua pasti ada.
    4) Suka lirik lagu Buat Seorang Kekasih dan Damai Di Hati.
    5) Peminat hargai bakat Zamani maka diharap Zamani akan hargai sokongan peminat dengan menghargai diri sendiri dan bakat yang ada.

    0

    0
  8. Anon Tak Bernama says:

    iolss suka sgt dengan lagu Mentari Muncul Lagi.

    0

    0
  9. Anon Tak Bernama says:

    sekarang carta itunes album Malaysia tangga ke 4! Semoga abg Zamani dapat berubah dan kembali ke menyanyi seperti dulu!

    0

    0
  10. Kath says:

    Setiap manusia yang melaukan kesilapan,mahkamah yang betul2 adil adalah Tuhan yang maha esa.Jadi kita semua yang menjadi anak2 Tuhan,jika Dia mampu memberi pengampunan,kita juga boleh buat benda yang sma.jgn judge org….setiap berlaku ada sebab…dan setiap khilaf kita di dunia cuma tuhan yang layak mengadili.
    Sekian,Terima kasih

    0

    0