Written by Bella | February 11th, 2015

Bekas vokalis kumpulan popular  Exist, Ezad Lazim mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan melibatkan dadah di Mahkamah Majistret Selayang susulan kes penangkapan beliau sebelum ini.

Ezad telah didenda sebanyak RM 3,500 dan bakal menjalani tempoh pengawasan selama dua tahun.  Jika beliau gagal untuk membayar denda tersebut Ezad akan didenda sekali lagi dengan jumlah RM 2,200 serta penjara selama enam bulan bagi pertuduhan pertama.

Ezad dalam satu kenyataan mengaku bersalah memiliki satu paket plastik lutsinar berisi dadah jenis Metaphitamine (syabu) seberat 0.62 gram di kawasan Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama pada jam 1.30 tengah hari tanggal 19 November 2014.

Bagi pertuduhan kedua, Ezad didenda RM1,300 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda, selepas mengaku bersalah memasukkan dadah tersebut ke dalam badannya di Ibu Pejabat Polis Gombak kira-kira jam 2.30 petang pada hari dan tarikh yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) akta sama yang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Buat Ezad, beliau menerima segala keputusan dengan baik dan menjadikan ia satu pengajaran dalam hidup beliau.

Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan denda pun telah saya bayar di mahkamah dan pengawasan polis selama dua tahun saya terima dengan hati terbuka.

Setiap perbuatan yang kita lakukan pasti akan ada risikonya. Buat Ezad Lazim, jadikan pengalaman ini sebagai satu pengajaran dan selalu beringat bahawa anda merupakan seorang bapa dan suami, jagalah mereka sebaiknya.

Sumber Berita: mStar Online

 

8 responses to Kes Dadah: Ezad Exist Didenda RM 3,500

  1. […] Setiap perbuatan yang kita lakukan pasti akan ada risikonya. Buat Ezad …read more […]

    0

    0
  2. aku says:

    aku rasa artis malaysia ni kbanyakkn xleh jdi role model…. adesssssssssssss kecewa la.. industri makin jatuh kualitinya. kpd mak bapak yg suka bgi ank2 kecil join awal2 program cilik2 tuh be aware ya…. dgn pendedahan sosial skali… jgn mnyesal sudah

    0

    0
  3. maxmora says:

    ARTIS : DADAH DAN DEDAH , BERPISAH TIADA

    0

    0
  4. Anonymous says:

    ezad ada dadah cuma kena denda shj.. anwar meliwat siap kena pejara sampai 5 tahun lagi toooo…

    0

    0
  5. Anonymous says:

    tu je hukuman je? mcm kurang je

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Denda tu biasa utk penagih dadah yg memiliki dadah utk kperluanya..penagih di kira mahkamah sbgai pesalah pesakit. Lain lah klu die pgedar,bleh lah d gantung smpai mati..
    Jauh benar dr kes anwar..

    0

    0
  7. Ramona says:

    dia ni dulu rasanyer ada buat lagu “kerana percayakan siti” kan?

    0

    0
  8. mojo says:

    Hisap je dadah terus.muka pun dah macam penagih.

    0

    0