March 20th, 2014

Terharunya Abang Nara melihat gambar Erra Fazira memeluk erat anaknya, Engku Aleesya. Kalau tak silap, inilah kali pertama mereka bertemu sejak kes penceraian Erra dengan suaminya, Engku Emran. Memang confirm rindu tahap tertinggi punya. Itu yang peluk sekuat hati itu.

erra jumpa anak

Gambar mesra ini telah dikongsikan oleh Erra menerusi akaun Instagramnya dengan caption ” Love of my life.  of my life..! Mom miss u always sayang….”. Para pengikut Erra juga turut memberikan komen yang menyatakan keterharuan mereka melihat kemesraan anak beranak ini. Apa pun, semoga hubungan Erra dan Engku Aleesya semakin mesra walaupun dengan pelbagai rintangan yang mendatang. Sama-samalah kita doakan.


Comments are closed.

Loading...