Keputusan Penuh Siaran Langsung AIM 17 – Anugerah Industri Muzik

Hiburan

Keputusan Penuh Siaran Langsung AIM 17 – Anugerah Industri Muzik

keputusan penuh aim 17

Hari ini jam 9 malam bakal berlangsung sebuah lagi anugerah hiburan yang berprestij iaitu Anugerah Industri Muzik (AIM) 17. Kami di BeautifulNara akan memberikan anda perkembangan terkini dan keputusan secara langsung di laman web ini. Dan jangan lupa untuk join Fans Facebook BeautifulNara untuk perbincangan secara santai di sana.

Advertisement

Untuk anda yang berada di oversea, boleh menonton siaran langsung AIM 17 di website NTV7 atau mendengar secara live di laman web HOT FM.

Kami rasa Yunalis Zarai akan menang besar malam ini di Anugerah Industri Muzik (AIM) 17 malam ini. Sama-sama kita nantikan.

PEMENANG ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM 17)

1. Persembahab Vokal Berkumpulan/Duo Terbaik  Dalam Lagu-  Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti, Lagu Amarah

2. Artis Baru Terbaik – Yuna ~~~~~~~~ (yeah dah agak dah)

3. Vokal Terbaik Dalam Lagu Lelaki – Hazami (mak aih, Faizal Tahir ngan Abang Jamal kalah siot~~)

4. Album Nasyid Terbaik – In Team

5. Anugerah Kembara- Bunkface (hohoho. kumpulan masih baru tapi dah diiktiraf setinggi nie. Kami rasa Bunkface deserve anugerah nie. Anda rasa?)

6.Album Cina dan India Tempatan Terbaik – Karen Kong (Cina), Shrutti (India)

7. Anugerah Wirama – Adnan Abu Hassan (memang terbaik dari ladang)

8. Anugerah Lagu Melayu Terbaik Yang Dinyanyikan Oleh Artis Luar Negara – Kris Dayanti, Aku Wanita Biasa

9. Vokal Terbaik Dalam Lagu Wanita – Dato’ Siti Nurhaliza (aduh bila nak pecah monopoli Dato’ Siti nie, anyway tahniah)

10. Album Inggeris Tempatan Terbaik – Disagree

11. Album Rock Terbaik – Faizal Tahir, Album Adrenaline

12. Album Hip Hop Terbaik – DJ Fuzz dan Malique

13. Album Pop Terbaik – Dayang Nur Faizah, Dayang Live

14. Lagu Terbaik – Dan Sebenarnya, Yuna (Anda memang hebat!!!)

15. Album Terbaik – Adneralin, Faizal Tahir (Go Abang Faizal Tahir. Lagu anda memang best)

LIVE BLOGGING PASAL AIM 17

# Persembahan yang mantap tapi tak lagu apa dari Kris Dayanti dan Dato’ Siti Nurhaliza

# Hahaha. Terburai usus tengok Afdlin Shauki ngan Adibah Noor. Serious kreatif tahap tinggi ~~ (tengah mengutip usus-usus yang bertaburan di ruang tamu rumah)

#Wow. Satu kolaborasi antara Yuna dan Aizat. Dedua bergabung meletop!!! Good idea dari penganjur AIM 17. Kadang-kadang macam tak jelas sangat la pulak. Sound system problem ker? Atau telinga kitorang yang dah lama tak dikorek?

#Tahniah Yuna menang Artis Baru Terbaik. You deserve it girl. Semoga terus maju jaya selepas nie. Kalahkan Tok Ti plak ~~ Hehehe.

#Lamanya tak nampak Vince AF nie. Not bad gak persembahan dia. Vokal pun makin ok.

# Agak kejutan di situ untuk Vokal Lelaki Terbaik. Abang Faizal Tahir ngan Abang Jamal tewas di tangan Hazami. Tapi Hazami tue memang suara camtue ker bila cakap live?

#Wow Bunkface menang Anugerah Kembara. Tahniah. Kami rasa anda deserve Anugerah nie.

#Memang 1Malaysia betul persembahan AIM 17 nie. Terharu dengan kepekaan penganjur AIM 17.

#Bagusnya Karen nie cakap BM bahasa Melayu masa ucapan dia. Kagum-kagum.

#Mak aih. Shrutti nie baru 15 tahun jer rupanya. Gile berbakat.

#Oh baru terpk kenapa Zee Avi tak menang Anugerah Kembara. Dia lagi femes apa kat USA sana.

#Yeah, Zee Avi. First time dapat tengok dia nyanyi kat TV Malaysia.

#Muahahah. Lawak gile Afdlinnnnnnnnnnnnnnn

#Super cun Joo Anna Henley nie ~~

#Berapa punya panjang daa nama Anugerah Lagu Melayu Terbaik Yang Dinyanyikan Oleh Artis Luar Negara nie. Tukar jadi lagu Indonesia terbaik sudah.

#Aduh,  nasib baik keputusan nie keputusan juri. Memang layak Dato’ Siti menang. Agak kecewa sebab kitorang bajet Yuna menang. Tahniah Dato’ Siti.

#Faizal Tahir punya vokal memang terbaik gile.. Dengan stail mengangkang dia dan meneran dia tue, memang terbaiklah abang Faizal Tahir. Teruskan usaha mu.

#Hahah. Audi Mok pakai T-Shirt jer datang anugerah. Memang sempoi. Makcik-makcik die hard fans Faizal Tahir pun giler sporting. Hahaha.

#Superb vokal dari Altimet. Kalau kitorang nak rap camtue dah pancit dah.

#Cun gile Diana Danielle. Superb!!!! Cair terus jiwa raga ini.

#Gile punya gabungan 3 orang nie. Jacqlyn Victor, Karen Kong ngan Dato’ Sheila Majid. Memang terbaik!!!

#Memang gila Yuna menang anugerah Lagu Terbaik. Memang tahun 2010 nie tahun dia. GO YUNA GO.

Tamatlah sudah AIM17. Bagi kami biasa-biasa jer AIM kali nie. Agak menghambarkan la jugak. Host hanya lawak di awal-awal. Persembahan pun ok ok je. Pemenang tak dibagi masa yang cukup untuk bagi ucapan. Tapi nak wat camner memang untuk award macam nie selalu tak cukup masa.

Apa-apa pun tahniah untuk semua pemenang. Tahniah buat Yuna yang merupakan penyanyi feveret kami. Semoga terus maju jaya. Nantikan gambar red carpet AIM 17 nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...