Keputusan Nusyuz Oleh Mahkamah Kemenangan Besar Buat Saya – Ezany Nizariff

Hiburan

Keputusan Nusyuz Oleh Mahkamah Kemenangan Besar Buat Saya – Ezany Nizariff

Ezany Nizariff mendakwa keputusan mahkamah yang berpihak padanya dalam permohonan kembali taat (nusyuz) terhadap isterinya, Lizda Nuryanti Abidin, ialah bukti bahawa dia tidak melakukan kesalahan dan bukan punca konflik rumahtangga mereka.


Ezany juga memberitahu yang Lizda jelas menipu, apatah lagi wanita itu tidak pernah sekali pun hadir ke perbicaraan mahkamah mengenai permohonan tersebut. Katanya kepada mStar Online:

Advertisement

Jika dia berada di pihak benar sepatutnya dia hadir ke mahkamah ketika diminta berbuat demikian bagi mempertahankan diri tetapi dia tidak pernah sekali pun muncul.

Sebaliknya dia membuka aib kepada media dan sepatutnya dia beritahu kepada hakim apa sahaja dia rasakan tidak betul tentang rumah tangga kami dan biar hakim membuat keputusan.

Keputusan dibuat mahkamah membuatkan saya lega kerana ia kemenangan besar buat saya selepas dituduh dengan pelbagai dakwaan tidak benar menerusi kenyataannya di media.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling mensabitkan Lizda sebagai nusyuz dan keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mohd Azlan Mohd Azhar selepas membenarkan permohonan di bawah Seksyen 61 (3)(b)(1)(i) Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 yang dibuat Ezany selaku plaintif terhadap isterinya pada 22 Julai 2014.

Ezany juga memberitahu yang dia tidak pernah terfikir untuk kembali berbaik dengan Lizda sebaliknya kini dia membuat keputusan untuk berpisah dengan isterinya itu.

Saya tolak permohonan cerai dibuat Lizda sebelum ini kerana saya tiada sebab kukuh mengapa hendak ceraikan dia tetapi sekarang saya mempunyai sebab untuk berbuat demikian.

Tetapi buat masa ini saya belum fikirkan soal itu dan akan merujuk dengan peguam terlebih dahulu berhubung langkah seterusnya.

Dia juga akan cuba mendapatkan hak penjagaan kekal dua anak mereka yang kini bawah jagaan Lizda dan memberitahu sudah hampir dua tahun tidak bertemu mereka.

Kes hak penjagaan anak masih lagi berjalan di mahkamah dan berharap dapat bertemu dengan mereka tidak lama lagi.

Pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus selepas Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 43, mengakui isterinya minta diceraikan sebelum dia membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada Julai 2014.

Sebelum ini, Lizda telah tampil kepada pihak media memberitahu cerita dilarikan lelaki tersebut hanyalah rekaan Ezany, malah ujar Lizda, sejak tiga tahun lalu mereka sudah berpisah selepas Ezany sendiri didakwanya berlaku curang serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Liza juga mendakwa Ezany hanya berkahwin dengannya untuk mengambil kesempatan serta telah menipu Lizda dalam urusan bisnes belacan. Lizda juga memberitahu yang sudah beberapa kali pihak mahkamah Syariah Tawau memanggil Ezany untuk hadir kes tuntutan cerai tetapi tidak dilayan kerana ia difailkan di Tawau. Lizda memfailkan tuntutan itu di Tawau kerana ia lokasi mereka bernikah.

Ezany sebaliknya memfailkan kes hadanah Lizda di Shah Alam.

Aroma Festival Nasi Ambeng pastinya menggamit para pelancong dalam dan luar negeri untuk sama-sama menikmati keenakan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 5 April 2016

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...