Selepas 10 minggu berentap di atas pentas AF2013, akhirnya Faizul dinobatkan sebagai juara program realiti ini. Dengan kemenangan tersebut, Faizul membawa pulang  hadiah utama wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengilham, Datuk Siti Nurhaliza.
Pasangan duo Azhael yang diserap masuk menerusi AFMASUK pula berjaya menduduki tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. Tempat ketiga dimenangi oleh Amira yang menerima RM20,000 dan Indah pula mendapat tempat keempat serta RM10,000 sebagai hadiah.
Tempat kelima dan keenam masing-masing dimenangi oleh Nabila dan Aisyah. Sebelum ini Nabila dikatakan mampu membuat kejutan kerana undiannya yang sentiasa berada di kelompok tertinggi. Jadi apa kata anda? Adakah anda menonton konsert akhir AF2013 semalam? Adakah pelajar AF2013 kali ini bermutu? Lontarkan pendapat anda di ruangan komen untuk tatapan bersama.