Kenyataan Kontroversi Mengenai Tudung, Raja Azmi Tak Kisah Dikecam

Hiburan

Kenyataan Kontroversi Mengenai Tudung, Raja Azmi Tak Kisah Dikecam

Tahukah anda bahawa baru-baru ini Raja Azmi telah membuat satu kenyataan penuh kontroversi mengenai pemakaian tudung. Seperti yang kita ketahui, tudung dipakai untuk menutup aurat seperti yang telah disyariatkan oleh Islam. Kenyataan yang dikeluarkan menerusi sebuah program hiburan ini menimbulkan kontroversi sehingga Raja Azmi menerima kecaman dan kritikan daripada orang ramai.
raja azmiRaja Azmi sebelum ini sememangnya sering mengeluarkan kenyataan yang agak kontroversi. Kenyataan mengenai pemakaian tudung kali ini berbunyi:

Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka, Kak Mi tak boleh terima semua itu

Diminta menghuraikan lebih lanjut mengenai kenyataan penuh kontroversinya itu, Raja Azmi menerusi Kosmo berkata:-

Saya tetap dengan pendirian saya, mungkin orang ramai salah faham berhubung isu tersebut. Pemakaian tudung merupakan pilihan masing-masing tetapi hal ini melibatkan keikhlasan hati, kita perlu betulkan perkara asas seperti solat lima waktu dahulu.

Saya telah bersedia pada bila-bila masa untuk memakai tudung. Namun, buat masa ini saya akan bertudung pada masa tertentu sahaja. Insya-Allah, saya berusaha untuk melakukan perubahan sedikit demi sedikit demi kebaikan saya.

Bagi saya, apa yang perlu ditekankan buat masa sekarang adalah perkara asas dahulu. Saya perlu tunaikan solat lima waktu dengan teratur terlebih dahulu. Kalau solat lima waktu pun compang-camping, macam mana hendak melakukan kebaikan lain.

Ia (bertudung) merupakan pilihan masing-masing. Jika hanya memakai tudung pada luaran tapi hakikatnya berperangai tidak baik, saya kira itu tidak menjadi juga. Apa yang penting adalah keikhlasan hati dan kebersihan hati itu sendiri. Mungkin disebabkan saya seorang yang dikenali, perkara ini diperbesarkan

Advertisement

raja azmi tudung

Masuk neraka atau masuk syurga, bukanlah kita yang menentukannya. Namun sebagai umat Islam, marilah kita mencuba sebaik mungkin untuk mengikuti apa yang disyariatkan. Sebagai seorang selebriti, diharap Raja Azmi perlu lebih berhati-hati di masa hadapan ketika mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengan agama. Kadang-kadang lebih baik diam sahaja daripada mengeluarkan pendapat kita yang tak seberapa. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...