15 Jun yang lalu, Abang Nara telah terbang ke Bali. Bukan untuk bercuti atau berbulan madu, kedatangan Abang Nara ke sini untuk menyaksikan sendiri kemeriahan BII Maybank Bali Marathon.
Sampai sahaja di lapangan terbang kira-kira jam 4 petang, Abang Nara terus check in hotel di Kuta. Pihak penganjur menasihatkan Abang Nara untuk berehat secukupnya. Ini kerana kami akan pergi ke garisan permulaan BII Maybank Bali Marathon tepat jam 3 pagi. Fuh ~~
Abang Nara ingatkan pasti tak ramai orang kalau datang jam 3 pagi. Rupa-rupanya Abang Nara tersilap. Sudah ada ratusan pelari BII Maybank Bali Marathon di garisan permulaan. Kesemuanya penuh bersemangat. Ada yang tengah warm up, ada yang tengah berborak-borak dan ada yang tengah berlari-lari anak.
Abang Nara yang mengantuk terus rasa teruja. Mana tak terujanya, semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para peserta BII Maybank Bali Marathon memang mengkagumkan. Abang Nara sempat borak dengan salah seorang peserta. Katanya dia sudah berada di situ bermula jam 2 pagi. Hebat kan?
Sebelum marathon dimulakan, para peserta dan hadirin dihiburkan terlebih dahulu dengan persembahan tarian tradisional penduduk Bali. Menarik juga tarian yang dipertontonkan kerana ia dipengaruhi oleh agama Hindu yang merupakan agama terbesar di Bali. Lain daripada yang lain.
Debaran kian terasa sebaik sahaja persembahan tarian selesai. Untuk makluman,ada beberapa kategori yang dipertandingkan di BII Maybank Bali Marathon. Ada full marathon, half marathon, 10 kilometer, wheelchair marathon dan kategori kanak-kanak. Abang Nara kagum melihat pakcik-pakcik yang telah berusia turut sama menyertai marathon ini.
Daripada info yang diberikan, BII Maybank Bali Marathon kali ini disertai oleh kira-kira 2,500 pelari. 2,500 pelari ini datangnya daripada seluruh dunia. Dari Australia ada, dari Kenya ada, dari Amerika Syarikat ada. Paling menarik, kira-kira 100 pelari dari Malaysia turut hadir memeriahkan marathon ini.
Abang Nara paling terharu melihat semangat waja yang ditunjukkan oleh pelari-pelari marathon kategori wheelchair. Hampir mengalir air mata dibuatnya. Walaupun tidak sempurna tubuh badan, ketabahan mereka membuatkan orang ramai tidak berhenti bertepuk tangan ketika perlumbaan kategori mereka dirasmikan. Memang terbaik!!!
Selepas kira-kira 2 jam, para peserta marathon mula tiba di garisan penamat. Memang professional sungguh mereka ini. Laju gila. Peserta perempuan pun boleh tahan lajunya. Kalau Abang Nara masuk, confirm tak boleh menang dengan diorang. Hebat-hebat sungguh.
Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada semua peserta BII Maybank Bali Marathon. Menang atau kalah itu perkara kedua. Yang penting, anda telah “Push Your Limit†dengan menyertai marathon ini. Anda semua memang hebat. Abang Nara respek dengan kecekalan, ketabahan dan stamina anda.
Tahun depan kalau dipanjangkan umur, Abang Nara nak join kategori 10 kilometer BII Maybank Bali Marathon. Teruja pula melihat pelari-pelari yang bersemangat waja. Kalau korang pun berminat, silalah layari laman web www.balimarathon.com dan LIKE Facebook Maybank Bali Marathon untuk tidak ketinggalan sebarang informasi mengenai acara marathon tahunan ini.