Written by AbangNara | November 14th, 2014

Entah di mana silapnya, kemenangan Puteri Balqis di dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014 masih lagi dipertikai sehingga ke hari ini. Orang kata rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi. Antara alasan yang digunakan ialah pelakon cilik ini belum seorang ‘wanita’, hanya seorang kanak-kanak, sewajarnya kemenangan Puteri Balqis adalah untuk kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dan macam-macam lagi alasan.

puteri balqis

Kemenangan Puteri Balqis adalah menerusi lakonan hebatnya di dalam drama Balqis di mana dia menjadi pelakon utama untuk drama tersebut. Jadi sepatutnya tak ada masalah. Industri hiburan Malaysia seharusnya mengiktiraf bakat tidak mengira usia. Kalau dah memang lakonan power, sepatutnya tak perlulah dipertikaikan kemenangannya. Secara jujur, memang lakonan Puteri Balqis di dalam drama tersebut membuatkan Abang Nara mengalirkan air mata.

puteri balqis

Peliknya yang mempertikaikan kemenangan Puteri Balqis ini ialah nama-nama besar dalam industri hiburan. Diharap tahun hadapan pihak penganjur tidak tewas pada tekanan dan akan terus membenarkan pelakon kanak-kanak seperti Puteri Balqis untuk bertanding dalam kategori yang kononnya untuk pelakon dewasa sahaja. Apa pun, tahniah atas kejayaan Puteri Balqis. Semoga terus maju jaya di masa hadapan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

66 responses to Kemenangan Puteri Balqis Di Anugerah Skrin 2014 Masih Dipertikai

  1. nenekjebat says:

    HAI ABG NARA…SY SUKA BEAUTIFULNARA..EVERY HOUR MESTI BN..KIKIKI…

    0

    0
    • pak u says:

      Yang pertikai tu mesti artis2 yang lebih popular dengan gossip daripada yang lebih utamakan mutu lakonan kan? Korang mmg tak layak menang… banyak gossip dengan jantan jaa… eehh… blah la kau…

      0

      0
    • minah jambu sentiasa merah biru says:

      memang betol pe kenape si budak kecik ni yg angkat pelakon wanita terbaik drama ? mengarot kan ! datang kotor pon belom nk kasi dia pelakon wanita terbaik wanita pulak eeeeeee geli pulak minah jambu ngan orang2 ni lah …budak ni dia berlakon memang bagos minah jambu pon suka tengok dia berlakon dlm satu2 watak yg mencabar macm real kalau dia nangis..tapi dia belom dewasa lagi cmana pulak dia di ketgori kan pelakon wanita terbaik ?????? sape yg suroh kasi award kt si budak kecik ni ?????? eeeeeeeeee mengarot nyeeeeeeeeeeeeee huh !!

      0

      0
      • Anonymous says:

        kalau dh rezki tu rezki lh

        0

        0
      • Anonymous says:

        aku yg suruh le tk. tk boleh ke. sebab wanita tu adelh pompuan. tk kan tk boleh. apepoon rezki balqis . tahniah

        0

        0
      • gegirl says:

        Kenapa lah nk busuk hati dengan rezeki orang.. aku suka tengok dia belakon.. Dia memang pandai berlakon, more than Mia Sara.. Dia memang deserve pon untuk menang..

        0

        0
      • Biskut says:

        ade ker had umur utk d calonkan or menang kategori pelakon wanita terbaik?kalo takde tak payah la nk menyalak. kalo btul budak ni berbakat, ptt nya kt support. ni mesti makcik2 lanjut umo yg bertanding sama kategori hr tu tak puas hati sbb kalah dgn budak kecik. hahahahaa…….

        0

        0
  2. Bedah says:

    “Peliknya yang mempertikaikan kemenangan Puteri Balqis ini ialah nama-nama besar dalam industri hiburan” ppsssttt.. sape org tu Nara?
    Alaa.. ni rezki adik Balqis.. lagipon dia memang pandai berlakon ape..

    0

    0
    • wki-wki says:

      ego dorang ni jatuhlah kot sebab kalah dengan budak kecik.sebab tu sibuk nak di pertikai.
      habis tu kalau dia yang paling layak.. yang lain tak layak.. takkan nak juga bagi kat yang tak layak sebab nya balqis tak boleh nak masuk dalam kategori tu.. kalau macam ni punya pemikiran sampai bila tak maju2..

      0

      0
  3. anon says:

    Aku tak pernah tengok drama2 or filem2 ni tapi terror sngt adek ni berlakon, hidup sngt ke sampai mengalahkan org dewasa….. Tapi ape2 pun dah rezeki dia.

    0

    0
  4. kikikiki says:

    hui dasat betol dik oi

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Kemenangan Puteri Balqis sepatutnya tidak dipertikaikan. Dia memang teror berlakon . Yang patut dipertikaikan ialah anugerah yang diberi. Sepatutnya anugerah pelakon kanak-kanak terbaik bukan pelakon wanita terbaik. Dari itu yang patut dipersalahkan ialah penganjur dan juri. Tak kan tak boleh bezakan kanak-kanak dengan wanita.

    0

    0
    • jemah pkasam says:

      ko blakon klu nk anugerah..dh yg tua xde sorg pun layak,patut budak ni mnang,,yg tua asyik berselfie je,kepit jantan,bcuti,blakon pun cincai je lorrr

      0

      0
    • Bidasari says:

      Tak perlu kategori asing untuk kanak-kanak. Kalau tengok anugerah oscars pun, ada je kanak2 menang best actress mengalahkan pelakon dewasa. Kita rasa pelik sebab “best actress” dalam bahasa malaysia ” pelakon wanita terbaik”, bukan “pelakon perempuan terbaik”

      “Tatum O’Neal became the youngest Oscar winner in history, picking up the Best Supporting Actress trophy at the tender age of 10 for her role as strong-willed tomboy Addie in Paper Moon (1973), in which she appeared opposite her father Ryan O’Neal.”

      from: http://www.digitalspy.co.uk/movies/at-the-movies/a553937/the-oscars-youngest-winners-and-nominees-where-are-they-now.html#~oVAZ5y3rs7I9Ug#ixzz3J37WJLko

      0

      0
      • mimiyangdivine says:

        true…anna paquin menang academy award masa umur dia 11 tahun untuk kategori pelakon pembantu wanita terbaik bag filem the piano…tak de pun kecoh..

        0

        0
    • Anonymous says:

      wanita tu kn perempuan. dh rezki balqis menang. terima je lh.

      0

      0
      • Anonymous says:

        tadi aku baca bh online. tu puteri balqis tercalon juga untuk kategori pelakon wanita terbaik asian .2014. boleh je. wanita ngan pompuan tu kn same je. ko tu yg tk dpt bezakan/

        0

        0
    • Anonymous says:

      yg penting adil puteri balqis menang. ko ade

      0

      0
    • Anonymous says:

      wanita tu kn pompuan. tk payah bezaknlah. janji balqis menang.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Knp mesti ada kategori kanak2? Ni gender je ok…lelaki/perempuan…dont make things complicated…lps tu nak pecahkan lg kategori ke? Pelakon kanak2 lelaki terbaik, pelakon kanak2 prmpuan terbaik, pelakon bayi lelaki terbaik, pelakon bayi perempuan terbaik…pelakon kucing jantan terbaik, itik betina terbaik…gitu? Nak srh award tu berlangsung 3 hari 3 malam ke bhai?

      0

      0
  6. jemah pkasam says:

    Dia dlm takdir qismah mmg wow la..akon pun,jgn abai plajaran ye adik manis

    0

    0
    • Anonymous says:

      dalam video hafiz matahari tu pun.
      aku x pernah tngok adik ni brlakon tp masa mula2 aku tngok video hafiz tu dlm ht aku msa tu terdetik pndinya adik ni bwk watak tu..
      bila dia mng tu aku tringt dia rupanya yg kat video hafiz.

      0

      0
  7. semalu says:

    Nama2 besar yg mempertikaikan sb dia org jealous dia org tak menang…

    0

    0
  8. kak yoyo says:

    Masih teringat babak dia dlm drama balqis waktu sesi pengecaman mayat
    ibunya si nabila huda.mmg pandai cuba tahan nangis pura2 tidak kenal itu ibunya.

    0

    0
  9. NEELOFAK says:

    Sepatutnya Nur Fathia harus di berikan anugerah ni…Bukan Balqis…buatlah 1 kategori khas untuk Kanak-kanak

    0

    0
  10. Shhh says:

    Sapa agaknya senior2 tu…academy award pun ada jer pelakon kanak2 menang…

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Adik ni berlakon memang real. Menangis aku tengok. Pandai betul hayati watak.. memang patut menang, pelakon kanak2 terbaik.

    0

    0
  12. nona says:

    Ala…academy awards yg jauh lagi berprestige pun bagi award pelakon wanita terbaik kat kanak2…nama2 besar yg tak puas hati tu tak pernah dengar ke anna paquin menang oscar time budak2??? lagipun dah balqis tu memang berbakat, apa salahnya dia dapat award tu

    0

    0
  13. pedophilia says:

    sedap nyeee~~ fap fap fap!

    0

    0
  14. anonymous says:

    sepatutnya.. biarkan dia menang… tak perlu ubah kategori tu.. janganlah kita mengamalkan age discrimination… rasulullah sendiri… melayan para sahabatnya yang kecil kecil seperti orang dewasa… contohnya : zaid bin thabit , ali bin abi thalib semasa muda , usamah bin zayd dan lain2 lagi.. mereka diberi peluang yang besar dalam islam walaupun ketika usia kecil dan muda.. contohnya menjadi imam , dan panglima perang.. kerana ada beberapa anak yang kadang2 lebih bagus dari orang dewasa..

    0

    0
    • siti says:

      setuju, zayd bin thabit pun diberi peluang oleh Rasulullah tuk menulis wahyu. kanak2 seharusnya diberikan peluang .

      0

      0
  15. Cakie says:

    Kenapa nak pertikaikan utk wujud anugerah kanak2. Skrg ni kategori anugerah ikut jantina, dah budak tu wanita. pastu dia mmg perform. dpt la anugerah tu kt dia. kalo nk wujud anugerah utk kanak2. semua jenis anugerah mcm pelakon trbaik ke pmbantu ke pnulis skrip ke. pn kena tambah lg 2 kategori anugerah. satu knk2 utk lelaki n satu lg utk knk2 wanita. aduhai. cuba la fikir sikit

    0

    0
    • sharifah says:

      Bagus lakonan adik Balqis. Patut menang anugerah. Memang bakat semula jadi. Komen ini saya tujukan khas buat ayah dan ibu adik Balqis. Adik Balqis masih kecil lagi, disarankan untuk buat pemilihan pakaian yang sesuai dengan usianya. Dalam gambar yang pertama baju adik Balqis agak longgar dan boleh memperlihatkan bahagian dada. Diharap baju yang berlengan lebih sesuai dan sopan. Perjalanan hidupnya masih jauh.

      0

      0
      • Mariana Puki says:

        dah masok dah ostazah jadian nak komen baju budak, takkan nak dia pakai jubah? Biarlah sesuai aper baju tu utk budak perempuan, cute jer

        0

        0
        • Anonymous says:

          Saya bukan ustazah jadian dan bukan juga alim ulama. Saranan saya khas untuk ayah dan ibu adik Balqis. Tidak salah kiranya di kalangan kita sama-sama memberi pandangan yang membina demi melihat kejayaan adik Balqis. Fikirkan sendiri adakah anda ingin melihat genarasi kita hancur di masa akan datang? Atau boleh saya lebelkan anda seorang perosak bangsa? Mereka ini adalah warisan kita. Ataupun anda sendiri memang ingin menghancurkan generasi akan datang dengan menggunakan nama samaran yang sedemikian (marina puki)? Kalau anda lelaki adakah anda tidak malu pada ibu dan saudara-saudara perempuan anda? Kalau anda perempuan adakah anda suka orang menggelar anda sedemikian? Kalau anda tidak ada idea tolong jangan komen. Cukup sekadar baca komen-komen orang lain.

          0

          0
        • sharifah says:

          Saya bukan ustazah atau alim ulama. Saya juga tidak menyarankan adik Balqis berjubah. Saya seorang ibu kepada 2 orang puteri seusia adik Balqis. Adik Balqis baru berusia 7 tahun. Tanggungjawab yang berat terletak di bahu ayah dan ibunya dari semua aspek. Kalau anda sayang generasi yang a kan datang anda tidak akan menggunakan nama samaran yang sebegini (marina puki). Ini melambangkan keperibadian anda di tahap rendah dan tidak bermoral. Anda patut berasa malu pada
          diri sendiri. Jika anda seorang lelaki tataplah wajah ibu, isteri, saudara perempuan dan anak perempuan anda. Adakah anda tempat selamat untuk mereka berlindung?Jika anda seorang perempuan, tidak sepatutnya anda bersikap begini. Fikirlah sendiri apa yang sepatutnya.

          saudara-saudara perempuan anda

          0

          0
        • sharifah stalkzah says:

          dont teach my parents how raise me..lara alana ckp,bukan aku.hoho

          0

          0
  16. Yg betul je says:

    salam., apa nk diherankn dh memang budak ni layak di beri anugerah cmtu.. anugarah pelakon terbaik ke popular ke Bkn terletak pada tua @ muda., tetapi pd Bakatnya…saya memang akui Bdk ni Pandai Berlakon….yg kecoh-kecoh tu berusaha la menunjukkan lakonan yg terbaik….

    0

    0
  17. padahal yg duk pertikai tu jeles dgn kemenangan adik puteri balqis..sbb lakonan die biase2 je..mujurla adik puteri balqis ni rakyat malaysia..kalau rakyat negara lain mahu bergegar satu malaysia tak puas hati tu…

    0

    0
  18. elsa says:

    aku terus terang cakap tiap2 kali aku tgk adik balqis ni berlakon dlm drama or movie aku msti akn puji budak ni pandai gle berlakon. lg real dr pelakon senior u. N adik mmg deserve anugerah tu sbb adik mmg berbakat…susah nk cr pelakon knk2 yg mhayati lakonan cam adik ni …setakat ni aku tgk adik ni power lakonan dia..

    0

    0
  19. cikgu shaari says:

    Blakon2 jugak..pelajaran jgn lupa ye dik…

    0

    0
  20. calmy says:

    watak paling mudah dilakonkan ialah membuat org sedih, macam drama2 indon dan philipine pelakon asyik sedih sampai penonton pun ikut sedih, airmata bergelen2, sayu hati semua org..hmmm pandainya mainkan watak.. masyarakat bijak memang harus tahu mempertikai..bukan setakat dah rezeki dia..ok lah terima je..

    0

    0
    • syafa aqira says:

      Asalamualaikum wahai Cik Akak/abang
      Saya mengambil bidang undang2 di university Harvard, sebelum saya mendapat PhD I must do some analysis about human psychology……… For your
      Information to make someone cry ‘sincerely’ it’s double hard than to make people laugh……..I think your mindset had something wrong and you must fix it.

      0

      0
  21. jujur says:

    adab la artis dgn wartawan malaysia. tahu nak komen je. ada je yg xkena. dah rezeki budak tu terima jelah. kata open. open ale uto kalu camtu. kehidupan seorang artiskan ala-ala barat gitu tapi pemikiran mengalahkan org asli pendalaman huhu.

    0

    0
  22. aini says:

    Biar la dia.. Dia belakommg best pon. Kalau ada kategori pelakon kanak2 terbaik mesti dia dpt juga

    0

    0
  23. nak tgk says:

    berbakatla adik balqis ni…kalau diganding dengan syafie naswip+zahiril adzim mesti best drama nya..

    0

    0
  24. nok gebuzzz says:

    dgn budak pun nak pertikai..dah rezeki dia,mmg layak pun

    0

    0
  25. chot says:

    takde komersial value budak ni.

    0

    0
  26. shera says:

    Assalam….
    saya pertikaikan sebab kemenangan dia dlm bentuk kategori…memang tak mengenal usia kalau dah ada bakat..tapi biar la kena dengan kategori kalau nk iktiraf bakatnya…dia sebagai pelakon kanak-kanak yang mempunya bakat yang besar dlm bidang lakonan tuu memang tak dapat di pertikaikan..tapi dalam kategori wanita tuu memang tak kena pada usia…..usia yang perlu dipimpin dan diarah untuk mencari mood tertentu apabila hendak menghayati sesuatu watak…..kalau dah kategori wanita..mesti la ada kematangan….ikut kitaran la..dalam kehidupan pun kita ada jitaran tertentu…dari benih disenyawa menjadi bayi=>kanak2=>remaja=>dewasa=>tua……..harap pihak penganjur lebih teliti……mcm mana la sebagai pelakon kanak2 boleh dapat ketegori wanita….len kali letak la ketegori yang bersesuaian untuk dipertandingkan…….memang laa itu dah rezeki dia…tapi yang silapnya….pihak penganjur tuu sendiri yang membuat kan kemenangannya yang dipertikaikan…

    0

    0
    • cik enon says:

      wassalam w.b.t shera,

      ko rasa, kalo jalaludin hasan yg menang kategori ni, nak letak die kat kategori dewasa or tua eh? ko ni, kalau jadi penganjur anugerah ni, memang aku tak tengok dah anugerah ni. mau makan 3 hari 3 malam nak tunggu setiap kategori mengikut kitaran kehidupan yg macam ko cakap tu.

      0

      0
  27. Anonymous says:

    Dangkal dlm menilai bakat sebenar…anna paquin pnh menang academy award masa umur dia 9 thn…tu tak nak pertikaikan ke? Cheerio bods & ngangs

    0

    0
  28. Anonymous says:

    Masa tercalun x pulak di pertikai kan dah menang meroyan plak

    0

    0
  29. Munirah says:

    Dah2 tak perlu nak pertikai sangat kemenangan adik tu…sebenarnya dia dah menang di hati erma fatima sebagai pengarah drama balqis..erma buat drama tu khas untuk adik balqis sendiri..kalau dia tak berbakat maunya erma nak laburkan duit buat projek tersebut…tu artis senior wanita/perempuan lepas ni tolong buat homework lebih kalau nak menang…ada yang bagus sangat macam nabila huda, nokhiriah, umi aida and 2-3 orang yang lain..tengok adik balqis menangis kuar abis air mata, idung, air liur bagai mau kerr artis popular cantik2 berlakon gitu..watak pompuan kampung pn bulu mata kalah burung unta..setengah tu nak melawa tak kena tempat..jangan marah nooo cheq saja teguq meluat sangat aihhh..balqis bila besaq nanti kot2 dk berlakon lagi jangan duk buat pangai cam artis senior la ni jenis dengki tak ketahuan hala

    0

    0
  30. bintangkecil says:

    rasanya kat negara barat sana .bakat2x cilik ni tak dipertikaikan sekiranya mereka memenangi anugerah…sebagai contoh Anna paquin memenangi pelakon pembantu wanita di academy awards dalam usianya baru 11 tahun..walaupun beliau masih kanak2x but dari segi jantina ianya masih perempuan atau kata sinonimnya wanita sekaligus layak mendapat pencalonan walaupun dalam usia muda…mengapa orang kita perlu lagi bersikap prejudis terhadap benda remeh yg sebegini???

    0

    0
  31. uzzri says:

    Pelakon Wanita terbaik. Siapa Wanita? Kanak-kanak perempuan atau Perempuan Dewasa atau kedua-duanya sekali? Jawapannya untuk Perempuan Dewasa Sahaja. Oleh itu tidak salah untuk dipertikaikan.

    Bagaimanapun saya bersetuju dengan kemenangan beliau dalam kategori ini disebabkan tiada kategori pelakon kanak-kanak terbaik diwujudkan dalam festival 2014 ini.

    0

    0
  32. abang cute says:

    bengong ke apa..pasal umur pun nak bising…
    tak pe dik..rezeki adik Aqish…tak payah dok heran mulut orang yang pertikai…free je dapat dosa…baik la tumpang gembira sama…
    bakat yang dilihat bukan umur ye….abang doakan adik akan lebih berjaya lagi..jangan lupa diri Aqish..satu penyakit pelakon Malaysia ni adalah mudah lupa diri…

    0

    0
  33. WANITA says:

    korang ni pertikaikan macam adik balqish tuh lelaki kan ? asallah korang ni

    0

    0