Written by AbangNara | November 8th, 2010

ffm23

Sebenarnya kami taknak tulis mengenai kemelut Festival Filem Malaysia yang ke 23 baru-baru ini. Rasanya semua orang pun tahu siapa yang jadi pemenangnya. Namun sehingga hari ini, kira-kira hampir sebulan keputusan diumumkan, masih ramai lagi yang tak berpuas hati dan kecewa dengan senarai pemenang.

Yang paling jelas bengang sudah tentu Ahmad Idham, Mamat Khalid dan Farid Kamil yang masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati dengan pemenang bagi Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik. Di mata kami, kami nampak Mamat Khalid tersangatlah kecewa dengan kekalahan filem Estet di tangan filem Magika dalam kategori Filem Terbaik. Mungkin agaknya Mamat Khalid terover confidence dengan filemnya.

Kami tak tengok lagi filem Estet so kami tak berani nak komen apa-apa. Kami dah tengok filem Magika dan rasanya filem Magika sememangnya lain daripada yang lain. Ada unsur-unsur sejarah, ada unsur-unsur muzikal dan paling penting kami tak rasa membazir mengeluarkan duit menonton filem Magika. Antara filem Melayu yang not bad dari pandangan kami.

Pandangan kami, adat bertanding sudah tentulah ada menang dan ada kalah. Janganlah bila kita kalah, kita nak menyalahkan orang lain pulak. Mungkin ada sesuatu dalam filem kita, arahan kita, susunan muzik kita ataupun mutu lakonan yang menyebabkan pihak juri tidak memilih kita sebagai pemenang.

Kalau setiap kemenangan dipertikaikan, itu menunjukkan kurangnya sikap professional kita. Kita pun tahu juri bukannya orang yang sempurna. Mereka pun ada preference mereka yang sendiri. Rasanya kalau nak menang sangat, apa kata kita sendiri buat festival filem sendiri dan kita sendiri yang jadi juri. Confirm semua anugerah pun kita akan bolot.

Apa pun sebenarnya kami suka dan terharu dengan keprihatinan mereka-mereka yang menunjukkan rasa tidak puas hati dengan keputusan pengadil FFM23. Bukan apa, sekurang-kurangnya nampak masih ada yang sayang dan prihatin tentang industri filem tempatan. Sekurang-kurangnya bila selalu keluar suratkhabar pasal isu ini, masyarakat kita akan terasa nak pergi tengok filem tersebut untuk membuat penilaian sendiri.

Apa pun, kita tunggu FFM24 tahun depan. Mungkin ada berita baik untuk mereka yang kalah tahu ini. Siapa yang tahu kan?

P.S: Ini hanya pandangan peribadi saya sebagai seorang yang mendapat info daripada suratkhabar sahaja. Kalau ada salah silap harap maafkan. Hidup filem Malaysia ~~~

P.P.S: Kesian kat kambing seekor ini.

66 responses to Kemelut Keputusan FFM23, Buangkan Rasa Tak Puas Hati, Tingkatkan Prestasi

  1. haku ler says:

    x puas ati? rezki masing2.. da betahun wat filem, lum sumer filem tentu berkualiti… huhuhu.. jgn jeles dgn rezki org..

    0
    0
  2. suffer8zine says:

    alahai, kalah menang tu adat la, adehhh mcm2

    Terkini : Pemandu Bas Dirotan

    0
    0
  3. lalalala says:

    buat filem sbb nk anugerah je ke?helloo…

    hehe..sejarah membuktikan bnyk org yg menang anugerah akhirnya tak kemana kan…apepun rezeki orang tak baik dipertikaikan

    0
    0
  4. Gegeh says:

    Ader tak diorang cakap.. keputusan juri adalah muktamad dan sebarang surat menyurat dan bantahan tak akna dilayan.. biasenye peraduan der mcm tu.. ni pertandingan besar xkan xder.. yg tak menang tu..esp Farid Kamil..ble blah, kalo Mamat Khalid aku setuju sbb filem2 dia unik..Farid Kamil sengaja nk menambahkan hngat jer..mcm bagoos

    0
    0
  5. mamat khalid punya filem hampeh!..
    bukannya bagus sggt…

    0
    0
  6. Gegeh says:

    Helloo per nk gadoh psl FFM nih? korg tgk Oscar dulu.. American Pie citer hanjing pun leh menang wokey, aku rase Magika dan Evolusi KL Drift 2 takla sehanjing American Pie tu.. LU Pikiaq ler sendiri

    0
    0
    • buek says:

      kl drift tu same je level dgn american pie

      0
      0
    • TrueMovieFan says:

      @Gegeh
      Sejak bila pula American Pie pernah menang Oscar?? Silalah periksa apa apa fakta sebelum beri komen yang tak tentu hala. Bukan susah. Google kan ada. Filem yang menang Oscar bagi Filem Terbaik ialah American Beauty, bukan American Pie.

      0
      0
    • TrueMovieFan says:

      @Gegeh
      Sejak bila pula American Pie pernah menang Oscar?? Silalah periksa apa apa fakta sebelum beri komen yang tak tentu hala. Bukan susah. Google kan ada. Filem yang menang Oscar bagi Filem Terbaik ialah American Beauty, bukan American Pie.

      0
      0
  7. […] Panas, Kemelut Keputusan FFM23, Buangkan Rasa Tak Puas Hati, Tingkatkan Prestasi Submitted by selebriti on November 8, 2010 […]

    0
    0
  8. mat dol says:

    bagi aku..farid kamil paling over la…dia tak layak nak over protes….coz hasil keje dia pun out !

    0
    0
    • KakLong says:

      Aahh..rempit v3 citer mcm hampas!! hampas kelapa pun berguna lg..ape motif citer tu pun aku taktau la…even byk kene potong pun..tp jalan citer dia…aduyaii…

      0
      0
  9. nara chantek says:

    Dgn harapan yg berkobar2 aku pegi la tgok estet ingatkan dapat cite yg penuh dgn msg dan storyline yg cantik mcm air tangan arwah Yasmin Ahmad .. tapi … Pehhh punyalah tak best cite estet .. shoulin soccer versi melayu rupanya !! .. hancur harapan sama masa tgok kala malam bulan mengambang .. Ada gak la sikit special effect tp cuma utk meloyakan tekak.. Kredit utk magika yg mmg wajah baru filem malaysia .. Sori abg Mamat Khalid, saya mmg sokong kuat filem malaysia tp jgn le sampai hati buat cerita yg level ni utk rakyat Malaysia

    0
    0
    • aina says:

      saya juga sangat bekobar2 g tgk filem estet…tapi belum sempat abis tengok citer tuh, terdetik la dalam ati kenapa filem estet tak menang……arap rosyam nor jer ada duk buat lawak…sungguh tak sodapppp…

      0
      0
      • didi says:

        betul2..td aku nk g tgk wayg..aku tanye bdak jual tiket 2..dia kata estet xbest..huhu..org jual tiket pn kata xbest..mmg aku tgk cter lain la..cter mamat khalid aku ske zombie kg pisang je..man laksa,kala malam bulan mengambang sume mengecewakan..mcm mana la kala mlm bulan mengambang bole menang dlu..xpaham btol..aku sokong magika menang..mmg lain yg lain..ala2 fairy tales malaysia..

        0
        0
        • buek says:

          aku tak setuju,aku tak penah tgk estet so no komen..tp kala malam bulan mengambang bagi aku sgt best! lain dari yg lain..out of the box..dalam industri filem malaysia la

          0
          0
  10. feyus says:

    Tidak perlu tersinggung atau cemburu. rezeki masing2. :)
    Tingkatkan prestasi artis2 kita. Jgn duk berperang je sama2 artis.
    Erti Haji

    0
    0
  11. Lovely says:

    Filem Magika cam
    Filem Alice In Wonderland

    0
    0
  12. taruna says:

    malas nak tengok citer melayu … kuliti x ada …satu2 citer melayu yg berkualiti ialah PGL ..ceritanya x le seronok tetapi pembikinannya .. dgn gambar yg cantik .. penataan cahaya yg terang .. mmg boleh dipertontonkan diluar negara .Baru le x mlu ..

    0
    0
  13. Mz Malu2 Kucing says:

    sy tgk smua cerita melayu best2…1 maslah yg sy tgk which is fotografi dllm filem tu….ada cerita best tp teknik penggambaran teruk…sekaligus mencacatkan kualiti filem….cuba bandingkan dgn filem Thai…visual sgt cantik…

    0
    0
  14. abu says:

    ala.. estet tu bajet nak buat mcm papadomla.. filem menang kat festival baru nak tayang..
    pastu konon box office..
    lambat lagi bro… dulu filem lu menang pun orang simpan dalm je

    0
    0
  15. Kasih says:

    xpayah lah berbalah ttg isu kemenangan ni, krn rezeki msng2 dh tertlis… xsemestinya yg mennag tu bgs dan kalah tu hampeh kan…

    tp secara jujurnya mmg tabik dkt citer Magika sbb ada kelainan dan citer pun santai jer…

    actually byk citr melayu yg best dan memberi kesedaran pd kita…

    0
    0
  16. roseate says:

    Bukan nk ckp saye ni pndai sgt psl filem, tp sabtu baru ni saye tgk filem estet (terase estet mcm bagus sbb sume dok ckp estet patut mng), rs sedih sgt2…
    starting je dh mengecewakan. x kesah la farid kamil nk menyanyi dlm estet mcm filem hindustan, or nk tukar2 bj, tp bunyi pergerakan penari lg kuat dr nyanyian dorg tu.
    pastu cite psl bola sepak. tu je konflik dlm cite ni.
    dr mula smpai habis, saye cr nilai bgsa n budaya 1 Malaysia. dorg nk ckp estet filem yg sgt berbudaya sbb yg saye blh jumpe ialah sume pelakon m’gunakan bahasa melayu n berpakaian tradisional.

    mamat khalid terlalu rs estet sgt bagus. saye rs die xpnah tgk filem magika. sblm kite nk kutuk filem org lain, lebih baik kite bandingkan filem kite sendri dulu. karya Allahyarham Yasmin Ahmad mmg tiada pengganti.

    bg saye, magika mmg patut menang. klu sape x tgk mmg rugi.

    saye nk tggu brape kutipan estet ni. mesti die dh prasan box office. huhuhu…..

    0
    0
    • bukan estet says:

      filem yg sgt2 boring dr mula smp habis.tak de arah tuju. trpaksa tgk coz nak compare ngan magika. magika 10 kali lg best.

      0
      0
  17. sweet_lady says:

    Paling menyampah baca komen dari Farid Kamil… cakap macam tak boleh terima hakikat yang Shamsul menang… dah tak percaya dgn qada’ dan qadar Tuhan ke? Dah rezeki Shamsul.. nak buat macam mana… please la.. think positive…

    0
    0
  18. istika_nadiyana says:

    BN sape juri masa FFM ni????sbb diorg kata FFM ni antara bapak ngan anak…..sape yerk juri die….kasi tau la…

    0
    0
  19. jemapoh says:

    rasa btul gak..rasa mamat khalid patut menang kot kategori pengarah terbaik..sbb syamsul yusuf..too soon dia dpt anugerah..mmg filem dia tu bagus..kalo dpt award pengarah harapan bley la kot..pengarah terbaik xlyk lagi kot..utk anugerah filem terbaik..rasa Magika mmg layak..ini pendapat aku ar..

    0
    0
    • buek says:

      aku tak pernah rase file syamsul yusuf ni best ataupun die pengarah terbaik..movie die tang tuu je..takde benda lain..

      0
      0
  20. bos surti says:

    alah… mcm juara lagu la, dah boleh agak saper yg akan menang berdasarkan populariti atau kekayaan harta @ gelaran pangkat penyanyi/mak bapak penyanyi/mengikut kehendak peminat. juri tu lakonan semata-mata…

    0
    0
  21. Fnamaku says:

    MAGIKA mmg best… seyes pgrh cam ni diperlukan d msia.. tabik sama KRU… best giler..~ x sabar nk tgk merong mahawangsa plak… ngeeeeeeee~

    0
    0
  22. elmo VS erni says:

    byk sgt yg x kena FFM kali ni,pengarah terbaik org lain,filem terbaik org lain,sinematografi terbaik org lain.. spatutnya filem terbaik,pengarahnya pun terbaik la.. lalalala…

    0
    0
  23. diriku ini.... says:

    yg dipertikaikan ialah cara juri buat pencalonan dan bagi kemenangan…..siapa yg menang tak kisah tp asas kepada kemenangan itu perlu ada sebenarnya…juri pun manusia juga tp seharusnya kena counter check balik setiap keputusan yg dibuat esp dlm meletakkan 5 calon akhir dan pemenangnya harus ada relevennya..barulah keputusan itu nmpk mantap…ini mcm bagi gula2 dgn bdk2 supaya jgn nangis….

    soal rezeki soal lain….ianya adalah soal setiap org bebas bersuara utk keadilan dan mengelak perkara itu berulang selain memperbaiki sistem penjurian…
    biar nmpk matang…..

    0
    0
  24. diriku ini.... says:

    1. Magika mgkn layak menang filem terbaik tp kenapa juri tak bagi ja award pengarah harapan dan terbaik terus kpd Edry?….

    2. Mana lagi tinggi nilainya…pengarah terbaik atau pengarah harapan?….dua calon pengarah terbaik adalah pengarah yg kalah kepada pengarah harapan. Sebaliknya Edry yg menang tak tercalon pula utk pengarah terbaik….nasib baik pngrh yg kalah tu tak menang….

    3. Pelakon harapan wanita putri Mardiana tercalon juga utk pelakon wanita terbaik tp kalah kepada daphne iking dlm kategori pelakon harapan..sdgkan daphne tak tercalon dlm kategori pelakon wanita terabik..jd mana lagi hebat harapan atau terbaik?…

    4. Pemenang Lakon layar dan cerita asal terbaik adalah gambaran filem terbaik sebenarnya tp berlaku sebaliknya..itu yg selalu berlaku di mana2 festival filem di dunia…

    Kononnya juri2 yg dilantik arif dan berpengalaman diperingkat malaysia, asia dan dunia tp nmpk mcm dah lali mgkn dah tua….deria rasa mereka dah berkurangan…makanyalantik lah pula juri2 yg lebih segar dan muda….susah2 ikut stail oscar libatkan ramai juri…

    0
    0
  25. diriku ini.... says:

    pada saya syamsul yusof atau Edry mmg layak menang pengarah terbaik..bukan soal baru tp penilaian dibuat ke atas filem yg dipertandingkan bukan pengalaman berapa lama dlm industri yg dipertandingkan….kalau mcm tu knp dulu-dulu pengarah veteren mcm aziz satar tak menang pun?

    Syamsul dan Edry punya cara pengarahan yg segar dan terkini….itu kelebihan mereka….mcm Mamat dan ahmad idham biarpun org lama kalau hasil kerja tak mencapai piawaian juri pun tak kan menang juga…

    0
    0
  26. linda says:

    mamat khalid saja wat kecoh n kontroversi je.. sbb dia nak filem dia box office.. bile dah kecoh2 camni,, org mesti tgk citer dia kat wyg tok compare kan dgn magika n utk tgk best sgt ke citer tu?? btul x???

    0
    0
  27. Mama Shah says:

    Tahniah Shamsul. Awak mmg pun anak Ayah,anak Mak. Org yg cetek fikiran jer yang tak bolih menerima hakikat.Buat malu jer. Teruskan perjuangan Shamsul yang masih jauh. Biarlah dia orang semua tu dengan kebodohan yang memalukan. Macam bagus..hu..huuu.

    0
    0
  28. Mama Shah says:

    Tentang kenyataan Mamat Khalid yg menyentuh tentang..rasa kecewa setelah berpenat lelah ( konon )menghasilkan filem dengan nilai-nilai ” malaysian” tapi katanya tak dipandang org. Adakah jika semua penerbit/pengarah filem yg bertanding dgn mesej ” Malaysian”…Mamat Khalid tetap nak menang? Fikir2kan lah… Org lain tak bagus ker? Ahmad Idham pun, jangan menyalahkan org lain diatas kekurangan diri. Awak belum sebagus mana. Jgn cemarkan imej awak.

    0
    0
  29. Mama Shah says:

    Farid kamil, adakah awak rasa diri awak yang terbaik? Org yang baik, tidak akan bersuara dgn cara nak menjatuhkan nama org lain. Cara awak..jelas menunjukkan pemikiran awak. Awak buat jer yang terbaik dgn ikhlas tanpa niat nak mwenang anugerah… Itu la jadinyer. Betul tak? Tolong..jawab.

    0
    0
  30. Mama Shah says:

    Aku Minat dgn karya2 Mamat Khalid. Semuanya. Teringin nak tgk cerita Estet. Aku suka sgt cerita Man laksa. Best. Tapi..tak bolih la kecewa dgn kemenangan org lain. Dah rezeki org. Lain kali rezeki Bang Mamat, takkan nak komplen pulak. Cuba lagi. Ada pengarah/penerbit filem, kata..buat filem bukan untuk anugerah… Bila org menang….bising pulak.. Mcm Bagus. Ahmad Idham la tuh….macam dah buat filem ala2 world box office.

    0
    0
  31. MrPayid says:

    aku xfhm nape Mamat Khalid nak x puas hati.. sedangkan filem2 yg dia hasilkan ntah apa2.. xde kualiti… contoh Man Laksa & Kala Malam Bulan Mengambang

    0
    0
  32. jemapoh says:

    filem mamat khalid xterbaik..filem dia byk memaparkan realiti kehidupan dan politik jugak
    contoh filem pertama beliau..yg nampak agak bodoh..tp kalo korang tgk xteliti betul…filem LANG BUANA…filem dia memaparkan kemelut diantara org melayu dan org ditanah melayu..last2 bangsa asing amik kesempatan..ade part watak dipegang allahyarham m.rajoli yg xsepakat tu..semua geng dia tua2 ja..yg skit2 nk amalkan hukum hudud je tau..haha..tu ade maksud terbaik punya..

    0
    0
  33. Mama says:

    Kepada Abang Mamat Khalid, Abang Ahmad Idham….Adik Farid Kamil…..adakah anda dah bolih terima hakikat. Org-org macam anda ni lah yang merosakkan nama orang Me-l–u. Tak bolih tenguk org lebih…Bila Me-l–u nak maju? Sepatutnya kita bersatu..berbincang naikkan nama dan standard korang.Sudahlah sana sini..huru hara….Org dalam industri filem pun nak tunjuk huru hara?

    0
    0
  34. Mama says:

    Tahniah Edry Abd Halim. Tahniah Shamsul Dato’ Yusoff. Semoga bakat-bakat muda yang lain diluar sana akan mengikut jejak langkah anda. Hidupkan Filem Malaysia .Filem yang ramai jumlah penonton, tak semestinya Filem terbaik? Kadang-kadang, filem tu, orang suka tgk. Itu jer…Filem terbaik..mesti ada mesej terbaik…Kdg-kdg ada mesej terbaik pun…tak semestinya terbaik..Kalau pengarahnya tak terbaik…Apapun Tahniah Shamsul..Tahniah Edry KRU..World….

    0
    0
  35. sokong filem malaysia says:

    adoyai ape nie…rezeki masing2 la wahai artis2 dan pengarah2 malaysia…kenapa la kita xterima ngan hati terbuka..anugerah oscar lagi dasyat bnyk yg di sangka menang, xmenang pun, relax je..sepatutnye kite cek balik mane silap kite..magika memang terbaik ape setakat nie..mane ade pengarah kt malaysia berani nak wat filem musikal and dongeng2 lagi n sanggup ilang bejuta2..take risk la people…baru jadi mcm nie, da kecoh bagai.. mamat khalid ada pendapat die tersendiri sbb die pengarah yg byk ngan pengalaman…tpi farid kamil nk bg panas kenapa?da rezeki syamsul, biar la…so, farid kamil wat la apa yg patut nk dpt gak pengarah terbaik, nie x..Farid kamil, anda xperlu la nk mepertikai kan org dng fakta2 anda…kita improve kan la cerita malaysia ke tahap antarbangsa…wahai org2 industri…mantap kan la filem malaysia ke mata dunia, dan sudah la mempertikaikan apa yg sudah terjadi..mcm mane nk maju kalo kite xteliti balik ape salah kita!!! move forward industry people…

    0
    0
  36. Lovelyvic says:

    Saya memang sokong MAGIKA menang. Walaupun aku tak suka filem muzikal tapi aku salute dengan Magika yang berjaya menghasilkan filem yang boleh buat aku tonton dengan penuh gelak ketawa dan keluar panggung masih senyum puas hati. Pendek kata kalau inilah jenis filem yang dipertandingkan ke peringkat antarabangsa mewakili filem Malaysia, eden bangga!!

    0
    0
    • aries_april says:

      eden pn bngga…
      actually sis..mira ni x prnh tngk movie mlyu kat pnggung.klau citer oversea..lju ja kki ni.pnt keja cam na pn..msti nk p gak…
      .bkn x nk naikkan flem mlyu…tp flm mlyu still kat takuk lma..xda brbah…sma ja ngan movie2x p ramlee dlu…
      dri buang duit p tonton kat pnggung yg mhl smpai 10 hinggit tu..
      baik tngk drama kat tv..
      byr duit astro ja…
      mcm2x citer leh tngk…

      drama ni lgi bgus dri filem mlyu…
      lakonan dia orng lgi mntaop…
      n teater…
      biar mira brabis duit kat smau tu…tp tuk tngk movei malay kat pnggung…mira x kan p…

      tp ats dskan kwn..n dia yg blnja..mira p la jga tngk..(coz mira sslu warning kwn..klau nk ajk tngk movie malay..korang kna blnja..x blnja mira x nk p..klau movie omputih…dia orng x nk p..mira pksa jga.mira blnja pn x pa…..
      best giler magika….
      mira ksi 4.5 bntng dri 5

      0
      0
  37. Amam says:

    Shamsul n Edry…jangan ambik Farid kamil berlakun. Bukan bagus pun…Keras macam. Tunjuk Macho.. Tak Macho pun..Nak tgk lama mana bertahan percintaan Farid kamil ngan DD. Selamat Shamsul…Aku tenguk Shamsul ni…lebih berseri, lebih ceria setelah putus dengan si DD. Gembira n lega agaknya hati si Shamsul..Takper Shamsul…ko jual mahal…lagi ko mahal. Ko buat filem banyak2…Jangan tergoda dengan godaan2 diluar sana. Siapa tak nak jadi girl friend Shamsul…..

    0
    0
  38. Rooney says:

    Bosan lah Magika.

    Filem Estet pun bosan sebab ada Farid Kamil.

    0
    0
  39. saya prihatin says:

    saya pun tak paham dengan ahmad idham, mamat khalid n farid kamil. bukan rezeki doraang untuk menang. mungkin ada sesuatu kelainan yang ada pada edry dan syamsul yang membuatkan juri memilih merekaa sebagai pengaraah terbaik. filem edry laain dr yang lain. bnyaak message yang disampaikan. syamsul filem dia pun adaa kelainan. kepada ahmad idham, mamat khalid n farid kamil terima la kekallahaan anda. yg menang bukan orang lain, org melaayu kita, mmg hasil edry dan syamsul bgss.

    saya ssokong apaa abang nara ckp, mybe mamat khalid terlalu confident sampai dia rasa dia ptt menang. abang nara ada baca pancaindera pasal farid n syamsul. busuk la hati farid kamil tu. konon dapat menambat hati diana danielle. tgk diana danielle still menyokong ex bf dia as a pemenang.

    apa2 pun terima lah kekalahan dengan hati yg terbuka

    0
    0
  40. saya prihatin says:

    saya pun tak paham dengan ahmad idham, mamat khalid n farid kamil. bukan rezeki doraang untuk menang. mungkin ada sesuatu kelainan yang ada pada edry dan syamsul yang membuatkan juri memilih merekaa sebagai pemenang. filem edry laain dr yang lain. bnyaak message yang disampaikan. syamsul filem dia pun adaa kelainan. kepada ahmad idham, mamat khalid n farid kamil terima la kekallahaan anda. yg menang bukan orang lain, org melaayu kita, mmg hasil edry dan syamsul bgss.

    saya ssokong apaa abang nara ckp, mybe mamat khalid terlalu confident sampai dia rasa dia ptt menang. abang nara ada baca pancaindera pasal farid n syamsul. busuk la hati farid kamil tu. konon dapat menambat hati diana danielle. tgk diana danielle still menyokong ex bf dia as a pemenang.

    apa2 pun terima lah kekalahan dengan hati yg terbuka

    0
    0
  41. gosipgurl_fea says:

    filem tu universal… yang terbaik dari yang terbaik semestinyalah apabila kutipan pecah panggung n dpt kritikan yang bagus!

    0
    0
  42. Mama says:

    Farid Kamil mmg perasaan. Shamsul nampak lebeh selesa, lebeh relax, lebeh ceria, sejak berpisah ngan si DD. tak pasai2. si Farid serabut tu…kata sepatutnya Shamsul cemburrukan dia, sebab dia dapat si DD. Bodoh punya Farid Kamil. Tak ada sangkut paut kisah kemenangan Shamsul dgn cemburukan si DD.Mcm Budak hingusan. Ben-o-g.

    0
    0
  43. damai says:

    tahniah pada yang menang. biaselah adat pertandingan, ada yang menang, ada yang kalah. yang kalah tak semestinye selama-lamanya kalah klau belajar daripada kesilapan dgn merujuk kpda yang menang. dan yang yang menang pn tk semestinye sentiase menang kalau riak dengan kmenangan n tk berusaha sebab over confident diri akan sentiase menang.

    apa-apa pn congrats edry buat cerite lain drpd lain :) it’s okay la kalau org kata magika berunsurkan barat sebab muzikal.. sedangkan dorg lupe filem2 zaman P.Ramlee dulu2 pn sudah memang wujud budaya muzikal2 ni. cume biase lah orang tengah marah, benda yang tk masuk akal pn dorang cakap.

    congrats jugak kt syamsul. tk sangka dia anak mak eh? bagus bagus :) tingkatkn prestasi :) muda2 menang pegarah trbaik..

    buat mamat khalid: tak ape la. next time cube lagi. mungkin cerite estet tk ‘kaw’ kot. banyak2 lah buat cite mcm zombie kampung pisang. best :) kalau tk menang ffm, nk pertikaikan pon org sokong, sebab seronok. ni estet, alahai maaf la tk boleh nk tolong..

    buat farid kamil: syamsul amik awak belakon dulu :( mesti dia sedih awk cakap mcm ni kn? takpe la, belajar daripada kesilapan.

    buat ahmad idham: cerite adnan sempit best tapi tk payah la sebab cite tu best n box office, nk canang kn semua knape awk tk menang ni kenape org ni ape sume. jangan bongkak ye :) next time cube lagi. mane tau blh menang?

    0
    0
  44. Mama Ai says:

    Pesanan buat:-
    Mamat Khalid: Buangkan perasaan tak puas hati, tingkatkan prestasi. Walaupun kita rasa filem kita bagus…tak semestinya bagus atau layak untuk menang. Ada sebab Tuhan dah tentukan kekalahan berpihak pada bang Mad. Jgn pertikaikan kemenangan org blain. Tak malu ker?

    Pada Ahmad Idham: Jangan perasan bagus. Awak bukannya bagus pun.Tingkatkan prestasi. Rezeki ada dimana-,mana. Cubalah berfikiran positif sikit. Cara awak jelas menunjukkan perangai awak yang sebenar.

    Pada Farid kamil: Awak jangan perasan bagus.Sudah jelas siapa awak yang sebenarnya. Berlakun pun dok cover macho…macho ker?

    0
    0
  45. Mam says:

    Pesanan Buat Zed Zaidi: Kalau org macam Farid Kamil tu…( semua org dah tau perangai sebonar ) tak payah lah nak jadi org tengah…nak selesaikan masaalah dia dgn saper-saper..lah…Tapi jelasnya dengan Shamsul. Tak payah jadi org tengah. Yang jadikanb masaalah, jadikan org marah…pada Farid Kamil…yang mulut pekasam..Jelas menunjukkan dia cemburi n sakit hati…Shamsul menang pengarah terbaik. Shamsul pun terkejut agaknya dia dipilih sebagai pemenang. Pada Zed juga, kena hati2 mengeluarkan pendapat,,,nanti,,,,org ingat balik perangai awak yang mengutuk Shamsul hari tu…..

    Pesanan buat Farid Kamil:- Belajarlah lebeh banyak lagi dlmn pelbagai perkara…Belajar jadi org yg dihormati, belajar jadi org yang patut dicontohi..Belajar jadi org yang sentiasa bersyukur, Jgn jadi org yang ada niat memburukkkan org lain. Berdiosa dan satu hari Tuhan akan membalas dgn rasa yang sama ( menjatuhkan nama baik org lain ) Tunggu lah, kalau umur kita panjang.
    Mintak2 Farid akan menang tahun2 mendatang. Saya yakin ..Shamsul sudah pasti bertepuk tangan memberi sokongan..Anak Dato” Yusuff Haslam,, takkkan nak tunjuk muka monyok macam Farid Kamil. Pandai Dato” Yusoff Haslam, mendidik anaknya.. Kalau kita menghormati org, org akan hormati kita….
    Kau org sakit hati kat Shamsul tu..sebab dia hebat…ada syarikat Filem…ada bakat mengarah( walaupun korang kata tak bagus – tapi org suka) hensem,Dia tegas dlm menbgarah… kaya…Itu sebab lah org2 yg macam korang yang tak puas hati dgn kejayaan org lain…Cemburu..

    Pada Shamsul….Nasib baiklah kau “Anak Ayah, Anak Mak”- tu sebab lah kau jadi ” Manusia “. Aku suka la Shamsul berlakun dalam Halimagh Jongang. Halimah Jongang 2, tak der ke Shamsul berlakun…A.Aida, ambil la Shamsul berlakun. Sungguhb tak berlagak Shamsul ni… Org ambil berlakun drama pun dia masuk..Best pulak tu..walaupun muka kau mmg la mcm poyo2 tapi…aku raya cuma nak cover malou kot…heee

    0
    0